Tuesday, 19 June 2012

Saya Tak Nak Jadi Fitnah kepada Agama Saya

Assalamualaikum w.r.t.


Saya seorang yang berlatar belakang agama yang biasa. Oleh kerana Abah adalah seorang ustaz, saya juga kadangkala mendapat tempiasnya. Alhamdulillah persekitaran yang baik menjadikan saya terdedah dengan perkara yang baik dan sentiasa mahu lakukan yang baik.
Namun cabaran duniawi tidak dapat lagi dinafikan. Semakin saya membesar dan mengenali ramai orang, saya semakin tertarik dengan pelbagai cara hidup yang indah dan mempesonakan. Gaya hidup kebendaan dan hiburan. Saya sendiri merasa rugi jika saya tidak mencubanya. Namun kadang kala latar belakang agama saya menghalang saya untuk mencubanya. Maka saya rasakan hidup saya terbatas dan terkongkong.
Entah dari mana datangnya bisikan yang banyak menyuruh saya mencuba pelbagai nikmat dunia. Maka saya mencari banyak dalil yang membolehkan saya untuk mencubanya seterusnya 'menghalalkan' perbuatan saya dan mungkin membuatkan saya berasa tidak berdosa.
Atas nama kesederhanaan, saya mula berpendapat hidup ini perlu seimbang. Dunia pun kita kejar, akhirat pula jangan kita tinggalkan. Maka saya mula berjinak-jinak dengan banyak hal dunia. Hiburan, bergaul rapat dengan bukan mahram dan mementingkan harta. Dalam masa yang sama saya juga bersolat. Malah saya jarang tinggalkan solat berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid yang berdekatan.
Saya juga menyertai beberapa organisasi keagamaan kerana saya cenderung dan minat dalam bidang dakwah. Sekiranya ada program dakwah, saya tidak akan tegah untuk menolaknya jika ada yang mengajak. Malah ada yang memanggil saya ustaz kerana kadangkala saya berpeluang berceramah di hadapan umum dan mampu mengeluarkan hadis dan ayat Al-Quran. Alhamdulillah...
Pada satu saat saya merasakan diri saya bagus. Saya lakukan aktiviti dakwah. Saya berkelakuan baik dan dihormati ramai orang. Hanya dengan penampilan saya, mereka merasakan saya baik. Tetapi dalam kebaikan itu, tanpa sedar saya juga banyak melakukan perkara yang batil dan dosa. Saya sudah kurang menjaga batas pergaulan. Kata-kata saya mula celupar. Usikan saya kadangkala mengguris hati ramai orang. Di saat inilah bila saya amati dan fahami keadaan diri saya, rupanya saya sudah jauh tersilap langkah. Tidak hairanlah saya selalu mengalami kegelisahan yang saya tidak tahu dari mana puncanya.
Hati saya mula berbolak-balik. Akhirnya saya akur dan bertekad untuk menghentikan semua pemahaman saya dahulu. Nampaknya kefahaman saya sebelum ini menjerumuskan saya dalam dunia fitnah yang sungguh besar. Fitnah pada agama.
"Alah, selalu pergi surau pun keluar dating juga"
"Selalu jadi imam, ada parti pun pergi, siap berkaraoke lagi"
"Dia yang tak tinggal solat pun boleh buat jahat, aku ni lagi la boleh"
Sedikit sebanyak perkataan di atas terdengar di telinga saya. Walaupun perkataan itu tidak ditujukan kepada saya, saya seperti terasa dan saya tahu ia adalah salah.
Hati saya terasa sungguh berdosa kerana telah menyumbang kepada fitnah ini. Saya mula menyesal dengan perkara yang saya telah lakukan dan bertekad untuk menghentikannya. Biarpun tidak mampu meninggalkan semua, namun saya mesti mencuba.
Semoga Allah mengasihani saya dan memberi kekuatan kepada saya untuk terus menentang arus duniawi yang selalu menjatuhkan nilai iman di hati saya.
Saya mula sedar kebaikan dan kejahatan tidak boleh dicampur aduk. Jika seseorang telah bertekad mahu menjayakan bidang dakwah, beliau juga perlu bertekad untuk menjaga setiap tingkah lakunya supaya manusia lain bukan hanya mendengar dari mulutnya atau membaca dari penulisannya, malah pada perbuatannya setiap hari.
Seorang pendakwah berusaha menjadikan dirinya orang yang mampu membawa agama biarpun berada dalam arus duniawi yang menentang gerakan dakwahnya. Di samping membuat beberapa pembaharuan kaedah yang seiring dengan perkembangan dunia moden, tetapi masih tidak lari daripada syariat agama.
"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui." [Surah al-Baqarah ayat 42]


Sumber: iluvislam
Kisah penulis ni tak sama dgn ili tapi apa yg ili nak highlight kat sini, jangan menilai seseorang itu hanya dgn pandangan luaran saja kerana hakikatnya nilaian hati itu lebih penting. Tapi layakkah kita..mampukah kita utk menilai seseorang dgn pandangan hati kita. Kita tidak berhak sebenarnya...kita manusia biasa..hamba naif yg tak mampu melawan kuasa ILAHI. Hanya DIA yg berhak menentukan amalan baik buruk seseorang tu. Jangan letakkan posisi kita di peringkat tertinggi sebab ada yg lebih tinggi darjatnya dari kita dan jangan letakkan posisi kita di peringkat yg paling rendah sebab ALLAH jadikan makhluk-Nya dgn sebaik-baik kejadian. Jadilah kita seperti diri kita sendiri..berusaha menjadi yg terbaik. Manusia mengetahui tapi ALLAH Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya amal perbuatan sangat bergantung kepada niat dan seseorang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya."

Pesanan dari Ili Norlisa:: "Saya buat entry berunsur keagamaan dgn ciri islamik, berkongsi sedikit ilmu yg saya miliki dgn harapan saya juga dapat belajar dari tulisan saya sendiri. Jangan lihat pada siapa saya..lihatlah pada apa yg saya tulis. Jika ada kebaikan, jadikanlah ia amalan. Jika ada keburukan jadikanlah ia pengajaran & jauhilah perkara tersebut. Kerana saya hanya insan biasa2 saja..ada banyak kekhilafan..masih belajar utk menjadi hamba yg diRedhai-Nya..punyai cita2 utk menjadi orang baik2. Doakan saya dan doa saya juga utk kalian agar kita sama2 mendapat Redha & Rahmat dari ALLAH..insyaALLAH."

Setiap orang di beri dua pilihan dalam hidupnya..utk memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Kenapa perlu memilih jalan kejahatan kalau ia hanya mengundang keburukan..resah gelisah, hidup yg tidak tenteram sedangkan ALLAH telah sediakan jalan kebaikan utk kita nikmatinya dgn ketenangan bersama keberkatan dari-Nya..bahagia hidup dunia & akhirat.

_wassalam_


Solat Sunat Awwabin

Assalamualaikum w.r.t.

Bila datang mood nak jadi Ustazah ni jangan tangguh2 lg, kena cepat2 realisasikan sebelum bertukar watak menjadi penulis novel jiwang,hehe. Segmen ilmu pulak so xdelah blog ni jadi diari luahan rasa hati ili je kan yg akhirnya akan buat ili malu sendiri,haha. Nak buat baik ni x boleh bertangguh..mana tw kot2 hayat ili sampai saat ni je, at least sempat ili buat satu entry sbg wasiat..bekalan utk akhirat kelak. Semoga bermanfaat utk semua.




Solat Sunat Awwabin...first time ili dgr waktu usrah baru2 ni, tak pernah buat lg tapi insyaALLAH ada niat tk tunaikannya. Rasa kurang sgt3 lg ilmu berkenaan solat ni, yg wajib pun cm x sepenuhnya faham apatah lg 45 jenis solat lain yg kita xtw. Kerdilnya seorang hamba & malu utk bertemu dengan Penciptanya...
Solat Sunat Awwabin adalah solat sunat yg dikerjakan di antara waktu Maghrib dgn Isyak. Solat ini boleh dilakukan dgn dua rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga tiga kali solat (6 rakaat dgn 3 salam).
Kelebihan Solat Sunat Awwabin adalah bertujuan memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa. Perkataan 'Awwabin' sendiri berasal dari Bahasa Arab yg bererti orang yg sering bertaubat. Ia juga dikenali sebagai Solat Sunat 'Hifzul Iman' (memelihara iman) maka adalah digalakkan melakukan Solat Sunat Awwabin/Hifzul Iman. Harus dipesankan di sini Solat Sunat Awwabin ini hendaklah dilakukan tanpa ada 'bercakap-cakap' selepas selesai solat fardhu Maghrib.
Lafaz niat Solat:
Bacaan dalam solat:
(i) Solat Pertama::Membaca al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas enam kali, Surah al-Falaq sekali dan Surah an-Nas sekali pada rakaat yg pertama dan kedua kemudian disudahi dgn salam.
(ii) Solat Kedua::Membaca al-Fatihah diikuti surah yg dikehendaki pada rakaat yg pertama dan kedua kemudian disudahi dgn salam <boleh pilih mana2 surah>.
(iii) Solat Ketiga::Membaca al-Fatihah diikuti dgn surah al-Kafirun sekali pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas sekali pada rakaat kedua kemudian disudahi dgn salam.


Doa: Tiada doa khusus utk Solat Sunat Awwabin <mungkin ada tapi tiada dalam sumber simpanan ili>. Namun begitu, sebaik-baik doa adalah doa yg kita fahami maksudnya, tak kisah nak guna Bahasa Arab @ Melayu janji niat kita..hajat kita sampai kpd ALLAH. Makbul atau tak, itu bukan urusan kita..DIA lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya & ALLAH memberi apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. 


Di saat kita meminta untuk pandai, masalah pula yg timbul..
Di saat kita meminta bahagia, derita pula yg dirasa..
Sampai kekadang kita sering kali berputus asa dgn Rahmat-Nya..
Andainya kita tahu..telah bersabda jibril 
"Wahai Tuhanku, KAU makbulkanlah permintaan hamba-Mu itu."
Lantas ALLAH bersabda
 "Biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya."

~Renung2kan & Selamat Beramal...wassalam~

p/s::Kalau ada silap salah dgn tulisan ili ni mtk bagi teguran ya, syukran jazillan.:-)

Monday, 18 June 2012

Entry Kosong, Kosong..

Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya..aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia
Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia
Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan ShangRiLa

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia
Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia
Untuk dia..Untuk dia..Untuk dia

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan..menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia..bahagia
Itu bukan segalanya

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku..ok
Untuk aku
Untuk aku..

Kosong..Kosong..
Oh, No!! ili..hilang ciri2 gadis baik dgn lagu islamik version sebelum ni kan..tiba2 muncul lagu ni lak jadi lagu blog,haha. Abaikan..terasa minat dgn rentak lagu ni..1st time dgr terus masuk blog & please..lirik tu xde kaitan dgn ili pun. Even lagu ni tajuk 'Untuk Dia' tapi bukan untuk dia yg ili selalu citer tu,hehe. 
Apa yg ili nak citer kali ni...kisah seorang gadis, perempuan @ wanita. Perempuan ni sifatnya memang unik, terserlah yg perempuan adalah sifatnya utk dibimbing & lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan. Memang sifatnya suka berbelanja//suka shopping, sensitif, perasaannya mudah terusik, mudah mengalirkan air matanya & perempuan juga punyai nilai kasih sayang yg sgt tinggi sebab tu perempuan yg bergelar ibu bukan lelaki. Naluri perempuan juga kuat..punyai intuisi yg tinggi terhadap satu2 perkara berbanding lelaki. Ustaz Azhar Idrus kata apa "Hati perempuan memang halus, hanya lelaki sejati yg mampu menjadi penawar."
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang tidak akan dapat diluruskan bersamamu di atas satu jalan, jika kamu menikmatinya, maka engkau menikmatinya dalam keadaan bengkok, namun apabila engkau ingin meluruskannya, maka boleh jadi patah."
Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nisa' [4]:34,
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka."
<ayat ni adalah separuh dari maksud sebenar ayat 34 Surah An-Nisa', selebihnya lebih memberi penerangan ttg hak suami isteri..tak sesuai lg untuk kita2 yg bujang ni..:-)>
Ya..perempuan memang lemah tapi ini bukan satu kesempatan bagi lelaki utk membuli perempuan. Kerana tangan yg disangka lembut menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia mencipta sejarah. Buktinya...cuba ingat balik kisah Sumayyah, kisah Asiah & banyak lagi kisah srikandi Islam terdahulu yg telah mencipta sejarah hingga akhirnya menjadi wanita terawal yg akan masuk Syurga kelak.
Panjang pulak entry & tak cukup masa kalau ili nk huraikan dgn lebih mendalam sifat org perempuan ni...cukup takat ni dulu ya. kan byk merapu dari memberi ilmu..bukan boleh percaya ili ni,hehe.


_wassalam_

Sunday, 17 June 2012

Kerana Malu..

Assalamualaikum w.r.t.

Kerana malu ili convert entry sebelum ni..entry 'Aku Anak Kampung' dari published ke draft balik sebab apa...sebab malu la,hehe. Cukup 24 jam je publish, bertuahlah kalau siapa yg sempat baca tu. Kalau dia pun dah terbaca lagi bertambah malu ili,haha. <ili2...sejak bila pandai malu lebih2 ni,hee>
Kerana malu juga ada sedikit kesal dgn tindakan ili dulu..
Kerana malu ili Redha dgn Takdir yg telah tersurat utk ili & dia..
Bab kata Ummie "Kalau ada jodoh tak ke mana"..
Ya..kerana jodoh itu telah ditetapkan oleh ALLAH sejak kita dalam kandungan ibu kita lg, bukan jodoh je..rezeki, ajal maut, kahwin @ tidak, takdir kita hidup di dunia ni semua tu telah tersurat cuma masih menjadi tersirat kerana perkara2 tu semua adalah Rahsia ILAHI. Manusia hanya boleh berusaha, doa & tawakal. Redha akan ketentuan-Nya. Jaga ikhtilat, jaga hati, jaga iman, jaga hubungan dgn ALLAH & berusahalah menjadi yg terbaik. Dan perlu di ingat..kalau kita bermimpi, berangan utk mendapatkan kebahagiaan di dunia & akhirat jangan mulakan sesuatu tu dgn maksiat. Dalam apa jua perkara letaklah agama sebagai rujukan utama, insyaALLAH...bahagia akan menjadi milikmu.
  • Pendek je entry kali ni sebab...malu,ha3
  • Semalam ada seorang sahabat fb bertanya tentang mandi wajib...antara mandi nifas & mandi wiladah. Ramai yg masih keliru & x tahu pasal benda ni. ili cuma bagi sedikit info yg ili tw ttg perbezaan dua jenis mandi wajib ni & hukumnya. InsyaALLAH..ili akan buat satu entry tentang mandi wajib pula agar dapat membantu kaum2 sejenis ili di luar sana yg masih kurang faham ttg benda ni. Kita orang perempuan x boleh ambik mudah hal ni tw sebabnya antara sebab seseorang itu wajib mandi wajib mmg byk terletak kepada perempuan..k2, nt ili sambung penjelasannya pada entry terkemudian k...:-)
  • ili sensitif sgt dgn gerak hati ili sekarang, dulu x pernah ambik peduli pn ttg gerak hati sendiri...so lepas ni ili xkan publish entry yg ili dah buat tp hati ili memberat agar tidak publish entry tersebut. Contohnya entry 'Aku Anak Kampung' tu..patutlah rasa hati tak 100% rela lepas publish mmg saja memalukan diri sendiri je,haha.
  • ili nak minta maaf...mohon ampun zahir & batin. Kot2 ada yg terasa hati dgn ili kan...sesungguhnya salah satu sebab agar hati menjadi tenang adalah dgn membiasakan diri utk saling minta maaf & memberi kemaafan...^_^

~wassalam~


Sunday, 10 June 2012

Al-Waddud::Mencintai Dengan Tulus

Assalamualaikum w.r.t.


Rasa Cinta bagaikan pohon di dalam Hati yg akarnya berupa kepatuhan kepada Pencipta (al-Khaliq), batangnya adalah makrifat kepada-Nya dan cabangnya adalah rasa takut kepada-Nya. Daun-daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya dan buahnya adalah ketaatan kepada-Nya, bajanya selalu ingat kepada-Nya, maka kecintaan yg tidak memiliki faktor-faktor tersebut bererti Cintanya tidak sempurna.
Sesiapa yg mampu mencintai ALLAH berdasarkan ilmu, maka dia akan mendapatkan hati yg khusyuk, jiwa yg qana'ah dan doa yg didengar. Sesiapa yg tidak boleh mencintai ALLAH, maka dia terjerat dgn empat perkara iaitu ilmu yg tidak bermanfaat, hati yg tidak khusyuk, jiwa yg tidak pernah berasa puas dan doa yg tidak dimakbulkan. Sehingga ilmunya menjadi bencana dan racun kepada dirinya dan dia tidak mengambil manfaat dari ilmunya kerana hatinya semakin jauh dari ALLAH, jiwa bertambah kering dan tamak, bahkan semakin bertambah rakus dan buas. Akhirnya, doanya tidak didengar akibat melanggar perintah ALLAH dan tidak menjauhi apa-apa yg dibenci & dimurkai-Nya. Imam al-Bukhari berkata, bahawa "al-Waddud" bererti kecintaan yg murni dan ALLAH mencintai setiap hamba-Nya yg beriman dan mereka juga mencintai-Nya dgn tulus.
Tips cinta yg dapat meraih Taman Syurga & kebahagiaan abadi:
Pertama & yg terutama mestilah meletakkan Cinta kepada ALLAH, kedua Cinta kepada Rasul-Nya iaitu kekasih ALLAH..Nabi Muhammad SAW. Ketiga adalah Cinta kepada Ibu & Ayah. Bagi wanita yg telah bersuami Cinta di tempat ketiga adalah Cinta kepada suaminya. 
Cinta keempat, kelima & seterusnya macam x wujud je atau mungkin ada cuma kadang-kadang manusia ni sukar utk membezakan antara Suka, Sayang, Cinta, Kasih, & Rindu. Ok, ili nak kena beli satu buku dulu baru boleh describe tentang perbezaan perasaan ni sbb ili sendiri pn x reti nk beza perasaan2 ni semua. Sebenarnya..ada perbezaan, dapat dilihat melalui tindakan & gerak hati tapi hanya orang2 terpilih je yg dapat merasainya. <<cakap mcm pro sgt ya ili, padahal ko sendiri pn susah nk faham bahasa hati ni...:-)


Ingat sahabat...letakkan Cinta ALLAH di tempat yg paling tinggi. Muhasabah kembali betapa besar nikmat Cinta yg telah dikurniakan ILAHI kpd kita..kenapa mesti kita curang dengan-Nya. Jangan lebihkan kekasih @ teman lelaki semata. Itu bukan cinta namanya...and please Islamic Couple Tak Pernah wujud & Tak kan ada. Couple in Islam is Nikah. Dan jangan adakan 'in a relationship' dgn alasan bercinta & berhubungan kerana ALLAH. Menghalalkan yg Haram itu tetap Haram hukumnya.
<sedih bila tgk sahabat sendiri mewujudkan islamic couple>

  • My Life Novel dah makin cantik, bagi ili lah..org lain xtw. Minat lain2. So, idea mencurah-curah dtg tk menulis, gangguan betul time2 darurat nk exam ni. Bagi mengelakkan idea tu hilang berterbangan begitu sj, ili terpaksa buat sticky note. Cuti ni mmg jd full time blogger lh kan...ya2 je full time blogger, dok rumah nt jd surirumah sepenuh masa adalah kot,hehe.
  • Di saat2 genting ni, ili nak mohon ampun...Maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali ili sama ada secara langsung atau tidak langsung. and dont forget to make doa for me for this final exam, ok?
~wassalam~