Assalamualaikum w.r.t.
Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke Syurga
Dia yang mencintaiku
Dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta Yang Kuasa
Untukmu Imamku
Ku serahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Menggapai cintaNya
Bersama denganmu
Untukmu Imamku
Ku berikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu
Untukmu Imamku..saat lafaz ijab & kabul disahkan oleh dua orang saksi, cukup syarat berserta walinya. Di ketika itu, dia bergelar Imamku. Bukan lagi bakal imam tetapi kita telah diberi sijil halal oleh-Nya. SubhanAllah..impian terindah bagi semua wanita, dia benar-benar menjadi wanita apabila mula memikul tanggungjawab sebagai isteri & juga ibu. Lengkap fitrahnya seorang muslimah.
Bila & siapa..Hanya Allah yang Tahu & Maha Mengetahui.
Pesan pada Ain & Syiera, persediaan untuk menjadi ibu bukan di buat sebaik sahaja diri telah disahkan mengandung tetapi ia bermula saat kita mula memilih calon ayah untuk diorang lagi. Ya..diorang, bakal anak-anak Syurga..saham akhirat bagi ibu & ayahnya. Bagaimana anda? Tanggungjawab sebagai seorang ibu bukan sekadar menjaga & mendidik mereka, namun ibu perlu berusaha memilih ayah yang terbaik untuk anak-anaknya sejak sebelum berkahwin lagi. Setelah berusaha..bertawakallah sepenuh hati dengan pilihan dari-Nya. Saling melengkapkan kekurangan pasangan masing-masing, bersama mendidik ulamak-ulamak kecil agar menjadi mujahid & mujahidah sejati. Dengan cabaran dunia sekarang, ili takut..takut tak mampu mendidik amanah Allah itu dengan sebaiknya. Perlu mencari ilmu..rajin bertanya pada yang berpengalaman..doa & usaha lagi.
Komputer kita boleh selalu upgrade tetapi jangan kita terlupa untuk upgrade pendidikan anak-anak.
Credit to blog:- https://radieah.wordpress.com/category/kemudi-rumah-tangga/
"Faiza azamta fatawakkal 'alallah"
"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah
kepada Allah."
Bayangkan, anak-anak kita mungkin tidak lagi mengenali permainan galah panjang, lubang tikus, teng-teng or kelantanese call it as dekcok, main pondok-pondok dan macam-macam lagi. Tapi mungkin mereka lebih bijak dalam mengenali ipad, ipod, iphone dan pelbagai jenis 'I' lagi. Dunia tanpa sempadan..tak ke ngeri tu kalau tak dikawal sebaiknya. Apapun kena kembali pada asasnya, cuba sehabis baik untuk terapkan ilmu agama seawal anak masih di alam rahim lagi, kita hanya mampu berusaha..doa sungguh-sungguh, insyaAllah..DIA pasti tak sia-siakan doa hamba-Nya yang berusaha kan. Saidina Ali telah berpesan:
"Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan."
Credit to blog:- https://radieah.wordpress.com/category/kemudi-rumah-tangga/
Tengok berita dalam akhbar sekarang lagi buat rasa seram, bayi yang di hantar ke pusat asuhan atau yang berada di bawah jagaan pengasuh selain ibu bapanya di dera, cedera & lebih parah ada yang sampai di jemput ajal. Nauzubillah..moga anak-anak kita terlindung dari perkara macam ni. Tak ke takut tu? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tak mungkin nak biarkan suami bekerja mencari nafkah seorang diri, si isteri perlu memberi bantuan. Bila fikir pasal ni, kenalah merancang. Misalnya, bagi isteri bekerjaya..anak sorang takpe lagi tapi mungkin bila dah masuk dua, si isteri kena fikir untuk berhenti kerja dan mencari pendapatan dari rumah. Kalau keadaan mengizinkan, kerjalah selagi mampu. Namun susah untuk percaya pada pengasuh..suami isteri kena betul-betul tolerate dalam bab penjagaan anak ni. Jangan biarkan anak terabai walaupun tidak di didik sepenuh masa oleh ibu & ayahnya. Ingat, kita bukan sekadar menjadi ayah & juga ibu kepada mereka tetapi kita turut menggalas peranan sebagai doktor, cikgu, ustaz/ustazah juga rakan kepada anak-anak kelak.
"Anak yang di didik dengan harta akan subur nafsunya. Anak yang di didik dengan kasih sayang dan agama Allah S.W.T akan subur hatinya."
[Imam Al-Ghazali]
Berpegang kepada sunnah..pendidikan awal kanak-kanak yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Asasnya agama, akhlak ibu bapa banyak mempengaruhi tarbiyah anak-anak. Jaga adab, jaga hati, jaga iman..jaga hubungan dengan Allah. Jaga Islam dalam diri..jaga agama dalam institusi keluarga. Jaga ikhtilat/hubungan antara bakal suami & bakal isteri sejak di alam pertunangan lagi. Ada hikmah mengapa Allah haramkan couple, betapa indahnya syariat yang DIA telah tetapkan untuk kita hamba-Nya. Kita berusaha bermula dari proses pemilihan pasangan berpandukan Al-Quran & As-Sunnah..selebihnya hanya Allah yang berhak tentukan.
"Ya Allah, berikanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminang & dia menikahiku, menjadi sahabatku di dunia & di Syurga-Mu."
Ok, apa yang tercatat dalam entry ni terutama bab asas pendidikan anak-anak bukanlah dari pengalaman ili sendiri tau..haha. ili masih milik Allah sepenuhnya & selamanya serta masih di bawah jagaan insan yang melahirkan ili..UMMIE, insyaAllah kalau Allah izin satu hari nanti ili akan dipertanggungjawabkan kepada seorang insan yang bergelar suami ili & insyaAllah kalau berkesempatan ili juga akan bergelar seorang ibu kelak. Kenyataan dalam entry ni adalah dari pendapat berdasarkan pengalaman ili sendiri dibesarkan dan ada juga dari sumber bacaan ili sebelum ni. Apa yang baik kita ambillah iktibar, apa yang buruk jadikan sempadan. Ingat..Allah takkan bagi sesuatu kalau kita tak mampu nak tanggung atau hadapinya. Pasti ada hikmah terindah yang tersembunyi. Walau apapun yang terjadi..jangan pernah jauh dari-Nya. Starting point..turning point..punca segala ketenangan & kebahagiaan hidup kita semua ada dalam nikmat sujud kita kepada ALLAH SWT. Kalau tak mampu lagi bersendirian menghadapi kesulitan, carilah orang yang kita boleh percayai & yakin agamanya untuk minta nasihat. Allah tengok pada usaha kita bukan rintihan semata.
_Hanya Allah yang berhak menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin_
Wallahu a'lam bissawab

No comments:
Post a Comment