Saturday, 28 April 2012

Tak Sabar Nak Serah Hati kat Suami

Assalamualaikum w.r.t...



Tajuk kontroversi, konon-konon nak buat tajuk cm artikel Hilal Asyraf..'Ummi Abah, Hilal Mahu kahwin'..lebih kurang lh tu,he. Nak cakap ili gatal nak kahwin lh tu kan...apa2 je lh korg, asal korg bahagia & jangan lebih2 buat gosip tk ili lg. Mmg korg prihatin..caring sal ili sbb semua dok sibuk satukan ili..carikan calon pasangan ili since 1st year lg kn..terima kasih ili ucapkan. But now, ili harap sgt benda ni stop sampai sini je, jgn gosip2kan ili lg tw. x yah susah2 satukan ili dgn dia @ sapa pn...biarkan semuanya mengalir mengikut aturan ILAHI. Siapa dia..di mana ili akan jumpa & bila kami akan disatukan biarlah ALLAH yg tentukan. ili lebih selesa..lebih tenang begini & hanya menurut setiap apa yg ALLAH telah tetapkan tk ili...ili percaya pada Sunnahtullah & setiap kejadian ada hikmahnya. Bukan hak ili tk menentukan takdir yg telah terlaksana utk ili...mungkin boleh merancang tapi perancangan kita x sehebat perancangan ILAHI, bila apa yg kita rancang x spt apa yg ALLAH rancang...Jangan kecewa, indahkan ia dgn m'ikhlaskan hati & Redha akan ketentuanNYA. Mencari..Menanti..biarlah menjadi rahsia..Rahsiaku adalah Rahsia ALLAH.


K..back to the topic, sebenarnya..deeply in my heart, ili dh ada perasaan rindu akan kehadiran seorang lelaki yg halal tk ili, rindukan sebuah keluarga yg sakinah..ili xtw, ni ke yg org pgl seru dh sampai tu. Ingat lg, 1st time ili mula terfikir bab2 kahwin ni..masa tu ili baru hbs matrik n dlm persediaan utk masuk usm. Tengah berangan sambil bercakap dgn Umi ttg impian ili dlm pelajaran tiba2 Umi tanya "Kak xnk kahwin ke", ili senyap..terkedu sbb xpernah terlintas pn pasal ni dlm fikiran ili sblm ni. Masa sekolah n lepas hbs spm, mmg ada beberapa lelaki yg usik ili konon2 nk tackle tk couple lh kn, 1st masa ili form 1..ada bdk hantar surat. Dia campak surat tu kat atas buku ili masa dlm bas, huh mmg ili terkejut hbs. ili balik ili baca n malam tu ili gtw Umi sal ni..plg best ili bg surat bdk tu kat Umi ili suruh Umi baca,haha. Umi pesan..xyah balas lh, buat derk je tapi ili degil..ili balas gak surat dia. But seriusly, ili lupa...lupa 100% apa isi surat tu & ili lupa apa yg ili dh balas. Yang pasti, flow nya x lari dr plan tk memikat & couple. Dan yang amat pasti jgk..ili x layan dgn permintaan dia tk couple myb. Budak tu x serik htr surat sampai ili form 3..satu pn ili x balas dh & ili x simpan pn surat2 dia. Jangan tanya apa ili buat kat surat2 dia. Masuk form 4, dia pindah sekolah..lega sikit ili,hehe. Tapi after sekolah still lg dia cari ili..mana entah dpt no fon ili n dia call..sekali jgk ili angkat..call lepas2 tu ili buat x layan n bg mcm2 alasan. Sama jgk kat fb, ili x layan chat @ komen dr dia & latest ili tgk kat profile dia..dh ada awek dh pn. Ok lh tu..& ili mmg x dpt lari dr dia pn sbb dia ada pertalian saudara dgn ili tapi mmg dah lama x jumpa keluarga dia. Biarlah..ili anggap yg ni kisah budak2 sekolah yg x berapa nk matang lg. Kisah nk couple ni x berakhir kat situ je, after spm ada lg sorg..yg ni kesian sbb kena teruk dgn ili..ili bg ceramah habis2 kat dia sampai dia kata baik putuskan persahabatan antara ili dgn dia sbb ili dah marah sgt n takut jd makin parah. Then terputuslah hubungan ili dgn dia,haha jahat tol ili. Dan jangan terkejut lau ili cakap ili pernah dilamar<mungkin>, boleh kenal dia sbb tertukar org..senang citer dia tersalah mesej n nama dia sama dgn nama kawan satu kelas ili masa sekolah. ili ingat mmg betul2 kawan sekelas sbb tu ili layan msj2 dia walaupun sebelum ni ili x pernah main mesej dgn mana2 dak laki skelas ili <budak baik katakan,haha>, x lama dia pn mengaku yg dia org lain sbnrnya. ili ok je lh...just maafkan dia tapi sekali dia bg ayat mengejut. Dia cakap...dia nak jadikan ili isteri dia, ili gtw jangan main2, ili baru 18 tahun kot masa tu. Dia serius..asyik ulang ayat yg sama.. 'dia nak jadikan ili isteri dia'. Panik jgklh ili..lau x silap umur dia waktu tu 24 tahun & dia seorang tentera. Dan dia jgk gtw yg dia akan ke Palestin kot, ili pn dah lupa tk bertugas di sana. Apa ili buat..ili bg ayat2 ceramah jgk n ili terbagi satu ayat yg ili tw..mmg akn buat dia terasa hati sgt2 dgn ili. Memang ili menyesal sbb bg ayat cm tu kat dia, lepas ili msj ayat2 tu dia x contact ili dh..senyap terus, ili msj mtk maaf pn xde jawapan. So citer ili dgn dia sampai situ je...xtw apa jd kat dia skrg. xde effect kat hati ili pn kes ni selain rasa bersalah tu tp ili dh msj mtk maaf kn, lgpn masa tu mmg lh ili sgt naif lg bab2 ni..baru hbs sekolah kn,hehe. Maka berakhirlah kisah-kisah remaja yg nak couple dlm hidup ili, xde lg slps tu sbb mungkin diorg tgk perwatakan ili kot n takot nk try <perasan ada org nk tackle,haha>.
Bila melangkah ke alam universiti..hmm mereka lebih tahu, yg ni ili xnk citer panjang sbb dunia universiti ili masih jauh lg & belum berakhir. ili rasa alam kampus lah alam tempat kita mengenal erti kehidupan sebenar.
Salah seorang sahabat ili pernah gtw yg iman ili ni kuat sbb sampai sekarang ili x pernah couple tapi hakikatnya sahabat...ili x sebaik itu. Hati ili jg lemah..iman ili x seteguh spt yg disangka. ili jg pernah khilaf dan kalah dgn kata hati sendiri. Macam yg ili cakap sblm ni, tdk mudah utk bermujahadah melawan perasaan sendiri. Betullah, jihad yg paling besar ialah jihad melawan nafsu diri sendiri. Alhamdulillah, ili bertahan x couple sampai sekarang & kuat melawan perasaan tu sbb ili amat2lah yakin pada keindahan cinta selepas kahwin & rasa kasihan ili yg teramat sgt kpd suami ili kelak jika ili bergelumang dgn cinta lelaki yg belum tentu menjadi milik ili lg.


ili & ayat bunga-bunga...yes, mmg ili tw ada org mungkin dh fed up @ geli @ boring dgn ayat-ayat jiwang ili kat blog ni. Even Adik ili sendiri pn cakap yg dia x faham lau baca entry ili sbb byk ayat kiasan. ili cakap kat Adik..mmg lh kena byk kias, mana boleh main redah sebut je nt x best lh,haha. ili mtk maaf lau mmg ada pembaca yg terasa begitu tp ili nk kisah pn mcm x perlu je..ni kn blog ili, mmg dh lama ili simpan impian tk punyer medan penulisan sendiri. Since sekolah lg mmg ili minat menulis, pernah hantar artikel kat majalah sekolah cuma x berpeluang tk mendalami ilmu penulisan je sbb ili cenderung tk pilih bidang yg lbh tinggi dr tu. Kadang2 terasa cm salah masuk bidang engineering pn ya jgk tp ili tw pilihan ALLAH utk ili adalah yg terbaik. Hmm..ili buat blog ni pn mmg tk diri sendiri kn, x harap tk jd famous blogger mcm Mira n Mukhsin atau sapa2 je. My blog is one of my love novel now...my life novel. Bukannya ili nk citer setiap apa yg ili lalui setiap hari kat blog ni pn cuma bila ili rasa nak menulis @ terjumpa artikel n kebiasaannya ili suka pilih lirik lagu tk ili jadikan entry blog ni. Mungkin dr situ maka lahirlah ayat-ayat jiwang ili, dh nk wat cm ne..mmg jiwa ili lembut n mudah tersentuh dgn benda2 cm tu. Tapi ok apa, at least ili buat tk diri sendiri bukan bagi kat lelaki @ org lain sesuka hati. Lainlah ili buat entry jiwang2 n bg kat pkwe baca..sah2 dpt dosa free. Honestly, ili lg geli bila baca ayat2 jiwang yg di share oleh pasangan couple, loya pn ya jgk bila tgk diorg pgl 'b' lh, 'hubby' , 'syg' 'baby' n mcm2 lg istilah manja yg digunakan oleh couple skrg. Tak geli ke, bg ayat cm tu kat org especially antara lelaki & perempuan yg bukan mahram, hisy simpang malaikat 44 lau ili nk wat cm tu. Istilah awak saya tu ok lg lh ni dh mula pgl mcm korg betul2 laki bini dh. Suami isteri lau guna bahasa cm tu berlipat kali ganda dapat pahala sbb apa...Sifat Romantis antara suami isteri adalah salah satu Sunnah Nabi tw. Lau couple pn dh pgl ayang2 segala mmg confirm dapat tambah dosa lh..1 sbb couple, 1 lg sbb tak menjaga adab pergaulan & batas2 sbg seorang muslim. Maaf ya lau ayat ili kasar sgt n akn ada hati2 yg terasa...ni honestly dr apa yg ili rasa. Orang lain mngkin tgk benda ni sbg sesuatu yg sweet tapi maaf..tidak bg ili. 
Sal ili yg terlebih jiwang sekarang...ili pn xtw sejak bila ili mula terlebih ni,haha. Layan je lh selagi ili sedar apa yg ili lakukan & x melanggar hukum Tuhan. <if korg tgk ili dh over sampai tahap melalaikan, kata2 nasihat dr korg mmg ili alu2kan..tegurlah lau ili ada salah k>


ili ada satu lg kisah...kisah ni mmg agak dramatik <perasan>. ili pernah gtw Umi & Adik ili yg ili dh ada calon menantu Umi & calon abang ipar tk Adik ili. Tapi ili x direct gtw Umi...malu woo,haha. ili msj kat Adik dulu n bg hint kat Adik suruh gtw Umi. Lepas tu Umi call..mmg Umi excited sgt nk tw..yalah, 1st time dia dgr anak dia dh sangkut kat someone. Macam mana ili boleh tersangkut tu..ili xnk citer,he. Umi soal selidik siapa dia, ili gtw apa yg ili tw je lh n ili cakap kat Umi..ili x couple dgn dia & org tu  pn xtw yg ili dh sangkut dgn dia. ili just mtk Umi doakan yg terbaik utk ili & dia. Dan ili xleh lupa suara bahagia Umi setiap kali terkeluar citer sal ni..ili tw & ili faham perasaan Umi yg rindukan kehadiran seorang anak lelaki & semestinya cucu. Yalah, Umi ili kahwin lambat...kawan2 dia yg lain even yg lebih muda dr dia pn dh berderet cucu. Apatah lg nenek ili yg mcm dh x sabar nk tgu ili kahwin,hehe. Tapi ili jg tw..Umi xkan semudah tu memberi keizinan jika ditakdirkan ili bertemu jodoh masa ili masih belajar ni. Bila balik rumah, Umi bukak je mulut tk bertanya tentang dia..ili cuma senyum x pandang muka Umi...serius malu yg amat sgt tk citer. So, ili x pernah bercerita depan2 dgn Umi sal ni...sebelum ni lau ili cerita pn hanya melalui telefon. Mana boleh hadap muka Umi...leh pengsan ili sbb malu,haha. Sekarang cuma Umi, Adik & seorang sahabat baik ili yg tw hal ni. Dia?? Ya, selepas sekian lama ili bertahan, memohon doa pada-Nya meminta petunjuk...akhirnya dgn tiba-tiba ili tergerak hati tk mesej dia. Diam-diam sudah..rahsia, mana boleh share kat sini,hehe. Konklusinya..ili tw dia faham & tw pe yg ili rasa kat dia. Selepas apa yg jd, ili malu sgt3...terfikir...kenapalah ili boleh sampai buat tindakan mcm tu tp nak wat cm ne..benda dh jd. Mungkin ili silap mentafsir petunjuk dari ALLAH @ khilaf diri sendiri. Tapi ili xlah sebaik mana & ili tetap manusia biasa yg hidup di zaman hari ini bukan zaman Nabi kita dulu yg jauh berbeza dari apa yg kita lihat sekarang...But now...lepas apa yg jadi, ili makin tekad..cinta ili bukan untuk dia, jodoh ili belum tentu dia & ili x perlu fikir samada dia @ siapa yg akan jadi suami ili nt. Sekarang, matlamat ili..impian ili hanya menanti seorang yg betul-betul ALLAH hadirkan dia sbg jodoh ili andai tiba saatnya nanti..bukan lg mencari. Ada sahabat2 yg kata ili nak kahwin sgt dh ni..mmg betul, ili tgh persiapkan diri utk mencapai mampu ke alam rumahtangga. Kenapa..sbb ili xnk lg bg dosa2 ili selama ni berada di bwh tanggungan ibubapa ili lg terutamanya Umi ili. Bukan jg dgn berkahwin ili akan bg dosa2 ili kat suami..tidak sama sekali tapi..hati ili..hanya ili yg faham. ili rindu akan pimpinan seorang suami..ili dpt rasa & ili berusaha utk menjadi yg terbaik..ili xnk Mahligai Kasih ili dgn suami nt dicemari oleh kenangan cinta yg ternoda..cinta yg mengundang murka ALLAH. Cukuplah dosa2 ili selama ini, ili xnk tambah saham dosa itu dgn menjalinkan hubungan terlarang antara seorang lelaki dan perempuan. ili ingin Hadiahkan Cinta Suci Buat Insan Bernama Suami..Dengan nama ALLAH sebagai Juri..Bukan nilaian nafsu sendiri.
Tapi kan...mustahil ada orang nk melamar ili waktu ili tgh belajar ni, mesti fikir..macam mana nk tanggung ili dgn pelajaran yg x seberapa ni...bukan sehari dua, lama lg. So, ili sendiri pn dh pk cm ni...konklusinya, x perlulah ili kalut sgt @ terlalu mengharap..ili dah tenang..bahagia dgn apa yg ili lalui sekarang..cukuplah ALLAH yg masih ada utk ili. Keluarga tercinta dan ili bahagia dikelilingi sahabat2 yg x jemu melayan kerenah ili & hadir di setiap saat ili perlukan diorg. Syukur akan nikmat-Nya...


ili minat artikel yg ditulis oleh Hilal Asyraf...suka kisah perjalanan cinta dia. Mungkin kisah dia yg boleh diteladani oleh remaja @ pasangan yg ingin melangsungkan perkahwinan. Sesuai dgn situasi kita yg berada pada zaman serba moden dan mencabar ni. Antara kata-kata Hilal Asyraf yg ili minat: 

  • Cinta itu adalah hendak bersama ke Syurga, apa-apa yg melempar ke neraka, itu bukan Cinta namanya.
  • Cinta adalah satu perkara yg menarik buat saya, saya menjumpai kesukaran dan cabaran di dalamnya, pada masa yg sama..di celah-celahnya saya melihat kemanisan dan kebahagiaannya, membuatkan saya belajar untuk menghentikan masa..mengambil yg positif dan memandang apa yg negatif itu sebagai ujian yg mengajar saya. Cinta sama ada ia merosakkan seseorang atau ia membina peribadi yg matang. Semuanya bergantung kpd definisi yg dipegang.
  • Kalau ada seseorang mencintai kamu (untuk mengahwini kamu) dan kamu mengetahuinya, sedang pula kamu tidak mencintainya (sehingga hendak berkahwin dengannya), maka beranikanlah diri utk menyatakan bahawa kamu tidak mencintainya agar dia tidak terseksa menunggu dan hidup kamu juga takkan terganggu.
  • Beriman dgn faham bukan dgn perasaan, barulah lahirnya realistik dan sederhana dlm amalan. Satu perkara yg sgt saya tekankan dlm percintaan antara lelaki dan perempuan adalah persiapan ke arah rumahtangga. Segala kata-kata sweet dan jiwang, takkan punya makna apa-apa sekiranya pasangan itu tidak mempersiapkan diri mereka ke arah rumahtangga, ke arah membina rumahtangga yg diRedhai ALLAH dan mampu membawa ahlinya ke Syurga sana.
  • ALLAH mahu kita belajar sebab tu DIA bg kita ujian. ALLAH mahu kita perbaiki diri sebab tu DIA berikan kita masalah. Indahnya bersangka baik kpd ALLAH SWT...Air mata mmg akan mengalir tetapi kerana sangka baik tadi, langkahan takkan pernah berakhir.
  • "Wahai orang-orang yg beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka." <Surah At-Tahrim ayat 7>                                                                                               

Ni antara tulisan Hilal Asyraf yg ili sempat ambik <pdhal malas nk taip,hehe> Istikharah & Istisyarah, isu memendam perasaan & byk lg artikel yg boleh dijadikan panduan buat mereka yg berkenaan.:-) Nak lebih tahu boleh semak link di bawah...


"Pasangan yg bercinta sebelum kahwin belum tentu dapat mencapai kebahagiaan selepas kahwin kerana masing-masing hanya menyembunyikan keburukan dan membayangkan kecantikan antara satu sama lain. Istilah 'Pengantin Baru' sebenarnya bermaksud semuanya baru, tidak pernah di pegang2, tidak pernah date dan sebagainya."
<petikan dr fb>



Ok..setakat ni dulu kisah ili <bajet famous sgt kn>. Next time ili sambung lg 'novel' ni...

P/s::
  • Untuk korg>>entry ni yg dimaksudkan, so korg baca lh sampai muntah2 ya,haha.
  • Mungkin akan ada lg entry @ ayat2 ili yg jiwang slps ni & bagi sapa yg x mampu nk baca dh tu just ignore my blog k, xde effect kat ili pn. ili tulis & ili sendiri yg akan ulang baca apa yg ili tulis tu sbb sometime ili sendiri x percaya..betul ke ili penulisnya,hehe.
  • ili minta maaf andai ada kata-kata ili yg buat mereka yg baca akan terasa hati...
  • Dan Peringatan Paling Penting...Jangan ada sapa2 yg berani p soal siasat Umi ili n Adik ili lak sal dia yg ili citer kat atas ni...cukup sampai di sini saja,haha.
  • warhhh...1st time ili betul2 buat entry panjang tulisan ili sendiri ni, excited buat 'novel',he.
  • ili tetap seorang hamba..seorang insan biasa yg x punya apa2 kelebihan...
  • Sudah Cukup Sudah ili...kn byk pulak mengarutnya...
Sekian...Wassalam.



No comments:

Post a Comment