Monday, 4 June 2012

Fitnah Seorang Mujahid

Assalamualaikum w.r.t.

Effect mood yg sedih kala ini & emosi yg x berapa nk stabil gara2 sdg berada dlm fasa 'study week' maka terhasillah entry ni. Sebelum tu ili nk mtk maaf awal2, mungkin akan ada ayat ili yg akan buat insan2 di luar sana terasa. Tiada niat tk mengata @ menulis hal-hal berbangkit cuma sekadar luahan yg x memberi makna apa2<<cehhh, keluar dh ayat bunga2 dia. Ni bahaya ni bila mood x stabil mula lh nk brjiwang segala,haha. { Ingat Pesanan Ustaz ili!! }
Para ulama mentafsirkan kalimah Fitnah di dlm Al-Quran <Surah Al-Baqarah ayat 191 dan 217> dgn beberapa maksud.  Di antaranya ialah:-
  • Syirik atau kufur
  • Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yg beriman
  • Usaha utk memurtadkan org Islam
  • Azab akhirat
  • Ujian dan bala bencana
  • Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak dan menyeleweng
Fitnah dlm bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Tapi perlu di ingat, apa-apa yg diklasifikasikan sbg tuduhan..itu bukan dimaksudkan dgn fitnah. 
Ok...apa kaitan ili dgn fitnah ni? Tiba-tiba cakap sal fitnah pulak. ili rasa ili x alami fitnah ni tp mungkin boleh disifatkan sebagai ujian dan cubaan. Tak perlu kot ili explain panjang2 bab ni. Sejak berada di alam kampus ni, byk pulak ujian yg ili terima. Tapi ili bahagia...bersyukur dgn apa yg ili terima sbb ujian ni walau kdg2 mendatangkan kesedihan namun ia byk mengajar ili utk lebih tabah. ili belajar menerima...ili belajar menghargai...ili belajar utk menjadi yg terbaik & ili belajar ttg satu kehidupan yg mmg ili tak sangka ili akan berada pada tahap sekarang. Bila flashback balik apa yg ili telah lalui, sungguh ili x percaya ili mampu berada dlm situasi sekarang. Walau x seindah dan x sebahagia org lain tp ili bersyukur...ALLAH pilih ili utk hadapi semua tu. Dan kadang-kadang ili terfikir, perlu ke memandang ke belakang setelah melangkah ke hadapan? Mungkin boleh, kehidupan masa lalu adalah kenangan dan jadikan ia sbg pengajaran utk dapatkan yg terbaik pada masa hadapan. Cakap mmg mudah tp ili ni x cukup insaf lg tk jadi yg terbaik, masih mencari hidayah-Nya agar ili dan sahabat semua berpeluang mendapatkan kebahagiaan hakiki di akhirat sana.


Hanya ALLAH yg tahu ketakutan ili beberapa hari ni, ili takut...takut andai diri ili menjadi bahan fitnah kpd insan lelaki. Yes..mungkin salah ili, ili yg lalai..terleka hga terlupa akan adab yg seharusnya ada pada seorang muslimah. Tapi ili xnk nama ili dijaja sbg fitnah kepada seorang lelaki. Tak kisah sapa pn dia. Fitnah..cm berat sgt tk digunakan dlm kes ili ni, tuduhan pn cm x sesuai je so ili anggap benda ni sbg ujian ke atas ili. ili yg kena menilai diri sendiri tanpa melihat pada kesalahan org lain. ili takut...diri ili membawa kelalaian & binasanya seorang Adam..nauzubillah..hal ni yg plg ili cuba elak dari dulu. Ketakutan ili pada lelaki bukanlah semata-mata ili fobia dgn masa silam tp ili jg takut andai menjadi sumber dosa free kpd kaum Adam. Biar ili x baik...biar ili x solehah tapi demi yg terbaik tk generasi ili kelak, ili belajar tk menghindari benda-benda cm ni.
ALLAH berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)
ALLAH SWT berfirman:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra’du 13: Ayat 28)
ALLAH SWT berfirman:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."
(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)


  • Nukilan dan ayat skema bosan kali ni sbb ili merasakan ada kesedihan dlm hati so effect mood yg x ceria.
  • ili ni terlebih emosi kot...cepat perasan pn ya jgk. Tak hairan kalau ada yg x suka sikap ili ni & mungkin akan hilang rasa hormat pada diri org lain terhadap ili. Cepat2 lah insaf ili oit...huhu.
  • Satu hari nt mungkin blog ni akn di 'private' kan...bimbang ada hati yg terusik dgn kata2 ili kat blog ni & ili takut ili terbuat perkara yg ili cuba elakkan selama ni.
  • Ayat kat blog ili mmg byk kiasan, xkn mudah tk bg org faham sbb mmg ili xnk sapa yg baca faham pn...secret2,hehe.
  • For the sake of my life, ili dah nekad...cuti ni ili akan stay kat rumah. Menghabiskan masa bersama keluarga..kesian Ummie ili. Akhirnya..ili ikut jgk kata hati tu kn, harap ada kebaikan dan hikmahnya.
  • ili bukanlah seorang yg baik2, insan biasa yg x lepas dr melakukan kesilapan. Kdg2 ili benci dgn reaksi & tindakan diri ili sendiri terutama bila tersedar yg ili telah khilaf. Tak kuat rupanya ili ni, belum layak di gelar seorang mujahidah @ muslimah solehah. ili mtk ampun luar & dalam for those yg terasa dgn sikap @ ucapan ili selama ni. Ukhuwah till Jannah...xde sbb seseorang itu tk putuskan silaturrahim sesama kita kerana hakikatnya setiap kita adalah bersaudara...saudara seIslam..:-)
_Sudah cukup Sudah...ili xnk diri ili menjadi Bahan Fitnah kepada Seorang Mujahid_

"Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirat."

No comments:

Post a Comment