Monday, 17 February 2014

Realiti Insan

Assalamualaikum w.r.t.

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti
Keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
 Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Kembali kepada realiti..lumrahnya begitu la selagi bergelar mahasiswa//mahasiswi universiti ni. Kehidupan sebagai seorang pelajar tetap harus diteruskan walaupun hati memberat kerana kurang minat mungkin, semoga Allah bantu untuk memelihara keikhlasan niat. 
This sem, its going to be the final semester for batch 2010-2014 but not for me. Empat tahun sudah berlalu tapi ili tak mampu habiskan ijazah dalam masa tu, perlu teruskan setahun lagi, insyaAllah..ada hikmahnya, ili redha..maafkan kakak Ummie.:-(
Betul la..semua yang berlaku ada hikmahnya, tika ili terasa 'down' yang amat..Allah datangkan kegembiraan yang tak terjangka. SubhanAllah..sebelum tahu lagi Allah dah hadirkan solusi untuk kuatkan semangat ili. Betapa DIA Maha Memahami kemampuan hamba-Nya..Allahu Rabbi.
Oh, sebenarnya tengah date dengan fyp tapi terbuka blog then terus menyedari yang minat saya lebih cenderung di sini. Maaf fyp..malam ni saya curang lagi,huhu. 
Esok akan masuk sem baru..ntah la, nak kata takde feeling..ada la jugak sikit, menagih ilmu..sape yang taknak tapi ntah kenapa keterujaan dalam bidang engineering ni masih kurang, ili yakin ili mampu..kalau dulu boleh berjaya cemerlang kenapa sekarang tidak..banyak kelemahan sikap ili. Berubah la ili..berapa kali dah pesan kat diri sendiri tapi tetap juga diulangi kesilapan tu. Tak malu ke..malu pada diri, malu pada yang memandang..tebalkah muka untuk hadap semua tu? 
Allah dah kurniakan pelbagai nikmat..butakah ili untuk menilai? Kasihan kepada mereka yang berkenaan..ampunkan ili!!
Ok..sem ni, actually bukan sem ni je tapi tahun ni..ili memang kena banyak motivasikan diri sendiri. Harus kuat..banyak yang akan ili tempuh demi yang terbaik untuk masa akan datang, insyaAllah. Terasa takut..mampukah ili? Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang kita rancangkan bersama, doa banyak-banyak..agar semua Allah perkenankan **ini yang Mak pesan.




Gambar Ma je takde..sebut nama Umi, Ma & Mak je dah buat ili rasa..Ya Allah, banyak tanggungjawab ili..kenapa masih berlengah ni? Namun, impian dan kata-kata takkan jadi kenyataan kalau sekadar bermimpi tanpa apa-apa tindakan. Bak kata Syiera:     "a DREAM is just a dream, a GOAl is a dream with plans and a deadline"
Deadline dah ada walaupun mungkin tak seperti perancangan yang ALLAH telah tetapkan but ili, you should has target now..jalankan pelbagai visi yang tertanam sekian lama dalam sanubari tu *bajet sastera habis la ni :P
Ada lagi satu entry//cerita sebelum wujudnya entry yang ni tapi tersangkut..tak tahu macam mana nak tamatkan penulisan kat entry yang tu so ili dahulukan entry yang ni buat masa sekarang. Mungkin entry yang tu boleh simpan sebagai kenangan, dah sampai 'deadline' nanti..mana tahu ter'publish' jugak nanti.  Mungkin lepas ni ili akan upgrade setiap entry dengan date & time of started writing, baru boleh tahu berapa lama ili ambik masa untuk siapkan entry2 tersebut,hee.
Sekian..wassalam~


~We Love..We Care..We Share~