Sunday, 16 September 2012

لو كان بيننا الحبيب

Assalamualaikum w.r.t.


لو كان بيننا الحبيب

لدينا القاصى والقريب

من طيبة قبل المغيب

طالبا قرب الحبيب

بقربه نفس تطيب

فتدع الله يجيب

انوار طاح لا تغيب

بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب

محمد مكرم الغريب

بقربك الروح تطيب

يا رحمة للعالمين

Andai Rasulullah masih ada bersama kami
Pasti yang jauh dan dekat akan datang kepadanya
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum ianya berakhir
Dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah
Kerana mendampinginya jiwa menjadi tenang
Dan doa akan diperkenankan oleh ALLAH
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna
Wahai Tuhan..makbulkanlah hajat kami untuk bertemu dengannya

Hidayah-Mu ibarat alam yang terbentang luas
Sebagai kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Bicaramu bagaikan sungai yang jernih
Berdamping denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah

Ku tebuskan diriku dengan dirimu..Wahai Rasulullah
Wahai Muhammad yang memuliakan segala makhluk
Berada disisimu jiwa menjadi tenang
Wahai pembawa rahmat kepada sekalian alam


Cuba bayangkan andai Baginda ada bersama kita hari ini..
Adakah kejahatan & kejahilan akan terus berleluasa?
Adakah manusia semakin berani mengingkari suruhan ILAHI?
Atau mungkin dunia berubah menjadi Syurga dunia..
Tiada lagi keganasan
Tiada lagi peperangan
Tiada lagi pembunuhan
Dan terhapuslah segala penderitaan dan kesengsaraan...
Namun ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 30:
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Jika ALLAH tidak ciptakan kejahatan, bagaimana kita tahu adanya kebaikan?
 ALLAH telah berfirman...
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." <Surah Adz Dzaariyaat : Ayat 56>


**Jatuh cinta <<over sgt ayat ni>> dgn lagu Law Kana Bainana lepas tengok video Tanyalah Ustaz di youtube..yalah tv kat rumah ili cuma ada siaran TV 1, TV 2 & TV 3 je. Tak pernah tahu citer @ apa2 tayangan di TV 9, 8TV, TV 7, astro dan stesen tv lain kalau org tak bgtau kat ili,huhu sungguh aku ini tak up to date,haha. Ok..tu je, semoga ada yg bermanfaat utk di baca & diamalkan.:-)

Renung pada diri..Renung dalam Hati..Layakkah kita bertemu dengan Kekasih ALLAH..Nabi Muhammad SAW..samada sebagai tetamu yg diundang atau tidak diundang...

~wassalam~

Tuesday, 11 September 2012

Kiasan Hari Akhir

Assalamualaikum w.r.t.

Kunjungan ke negara Aceh yang pernah mengalami gempa bumi dan tsunami adalah satu pengalaman yang begitu menginsafkan. Walaupun sudah 7 tahun musibah itu berlalu, namun kesan-kesannya masih bersisa dan ada yang dikekalkan oleh kerajaan aceh untuk renungan bagi generasi akan datang dan juga pengunjung luar yang datang ke Aceh.
Empat hari tiga malam ketika berada di bumi Aceh terlalu banyak perkara yang membuatkan jiwa saya tersentuh. Kejadian tsunami yang telah meragut lebih kurang 230 ribu nyawa membuatkan saya berasa begitu kerdil di hadapan Allah dan menunjukkan betapa berkuasanya ALLAH, hanya dengan sekelip mata boleh melenyapkan nyawa yang begitu besar jumlahnya, tiada yang mustahil di sisi-Nya.
Menurut Pak Irwan yang menjadi pemandu pelancong rombongan saya dan juga pembantu Ustaz Zulfikar di Maahad Daarut Tahfiz, sebelum terjadinya tsunami berlaku 2 kali gempa bumi. Yang pertama tidak begitu kuat kemudian disusuli gempa yang kedua yang amat kuat iaitu berukuran 9.2 scala richter. Dalam keadaan yang kelam kabut,  tiba-tiba datang pula tsunami besar yang menyebabkan semua orang ketika itu menjadi panik.  Masing-masing melarikan diri tanpa menghiraukan apa yang ada di hadapan. Apa sahaja yang berada di hadapan saat itu manusia yang menghalang akan terus dilanggar atau dipijak, pagar terus dirempuh, sawah terus diredah walau sedalam mana pun yang penting ketika itu nyawa mesti diselamatkan.
Menurut kata Pak Irwan lagi, ketika tsunami datang ada bersama-sama yang hanyut berupa wang tunai dan ada juga peti yang berisi emas, tetapi ketika itu tiada seorang pun peduli dan mengambilnya. Ya, saat itu tiada siapa yang memikirkan kesenangan duniawi, semuanya ingin menyelamatkan diri masing-masing. Keinsafan terus menyelinap di dalam diri.
Kata Pak Irwan, ketika itu tiada siapa yang tidak menangis dari kecil hingga ke orang tua semuanya menangis. Yang selama ini tidak solat, selepas kejadian terus rajin solat. Kejadian tsunami benar-benar menginsafkan semua penduduk aceh.
Ustaz Zulfikar, pengasas Maahad Daarut Tahfiz turut berkongsi pengalamannya ketika kejadian tsunami. Pada pagi subuh itu Ustaz Zulfikar mengimami solat subuh berjemaah di masjid Bustanul Jannah, ketika membaca surah al-Hajj ayat 1-2 nafasnya terputus sehingga mengulanginya tiga kali. Ayat tersebut bermaksud:
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal Sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya."
Selepas solat subuh Ustaz pulang ke rumah untuk tidur kerana semalaman berjaga. Sampai di rumah rupa-rupanya bapa dan ibu mertuanya juga tidak tidur semalaman kerana anaknya yang baru lahir menangis sepanjang malam. Ustaz memohon izin pada bapa mertuanya untuk tidur dahulu. Ketika sedang nyenyak tidur ustaz dikejutkan dengan gegaran kuat, lantas bangun dan teringatkan surah yang dibacanya ketika mengimami solat subuh pagi tadi lantas mencari isterinya.
Ketika bertemu, Ustaz Zulfikar berasa lega kerana isterinya sedang memegang erat anaknya. Mereka bergegas keluar dari rumah. Datang gempa yang kedua lebih yang mana ianya lebih kuat dari yang pertama. Ketika itu, Ustaz Zulfikar melihat kedai yang berada di hadapan rumahnya bergoyang bagaikan daun pisang.  Semua duduk kerana tidak dapat berdiri dan berjalan. Andai ada yang berjalan pastilah akan terhoyong hayang kerana goncangan yang begitu kuat. Benarlah apa yang dinyatakan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran yang bermaksud;-
"dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk."
(Surah al-Hajj ayat 2)

Apabila gempa berhenti, ustaz Zulfikar terus masuk ke rumah untuk melihat keadaan di dalam rumahnya. Dilihatnya pinggan mangkuk berserakan, almari tumbang dan banyak harta benda yang musnah. Tiba-tiba terdengar jeritan orang di luar,
"Air laut naik! Air laut naik!".
Ustaz bergegas keluar rumah, dilihatnya dari arah laut, datang air besar bergulung-gulung yang membawa bersamanya pokok dan rumah. Ustaz terus memapah isterinya yang masih dalam pantang manakala ibu mertuanya pula menggendong anaknya, sementara bapa mertuanya pula hanya berpaut pada tiang di tepi rumah. Seraya berkata;
"Kamu pergi selamatkan diri, tinggalkan aku disini. Aku sudah tua tidak larat berlari." Pesan ayah mertua Ustaz.
Dengan hati yang berat ustaz Zulfikar meninggalkan bapa mertuanya yang berdiri di atas pagar tepi rumah dan berpaut pada tiang.
Air laut naik sehingga paras lutut bapa mertuanya. Situasi cemas itu menghilangkan rasa lelah, entah dari mana datangnya tenaga untuk berlari memapah isteri, sawah separas lutut diredah. Lari dan terus berlari ke arah bukit berdekatan yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari rumah. Air laut terhenti setakat dikaki bukit. Bukit ketika itu dipenuhi dengan ramai orang yang menyelamatkan diri.
Menurut cerita ustaz zul, air laut mulai surut pada waktu tengahari dan ustaz zul terus pulang ke rumah untuk melihat keadaan bapa mertuanya.
"Alhamdulillah, bapa mertua saya selamat dan masih berpaut pada tiang di hadapan rumah. Di halaman rumah saya ada 7 mayat yang bergelimpangan." Ceritanyaa lagi.
Benarkah bencana yang menimpa rakyat Aceh ini satu musibah disebabkan kemurkaan Allah? Tidak layak rasanya untuk menghukum, kerana hikmah di sebalik kejadian ini pastilah hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui. Tidak semestinya musibah beerti kemurkaan Allah dan demikianlah juga pada setiap nikmat yang diberi Allah adalah tanda ia dimuliakan.
Prof. Quraish Shihab dalam kenyataannya menyatakan, "Sebenarnya sesuatu yang menimpa itu tidak selalu buruk. Hujan bisa menimpa kita dan itu dapat merupakan sesuatu yang baik. Memang, kata musibah konotasinya selalu buruk, tetapi boleh jadi apa yang kita anggap buruk itu, sebenarnya baik, maka Al-Quran menggunakan kata ini untuk sesuatu yang baik dan buruk."
Firman ALLAH yang bermaksud:-
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah:
1. Orang yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepadanya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh.
2. Orang yang menilai bahawa musibah adalah sebagai penghapus dosa. Ia tidak pernah menyerahkan apa-apa yang menimpanya kecuali kepada ALLAH SWT.
3. Orang yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwanya. Orang yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa dengan musibah itu ALLAH SWT menghendaki kebaikan bagi dirinya.
Sumber: iluvislam
Bumi USM dibasahi hujan, kalau dpt tidur best jgk ni tapi sebelum tu ili bukak iluvislam..jenguk2 artikel baru & terjumpa artikel ttg tsunami di Aceh ni. Teringat pengalaman ili sendiri sewaktu program ke Yogyakarta @ Jogja di Indonesia tahun lepas. Masa tu ili sempat melawat tempat yg pernah mengalami gempa bumi dan ada satu kumpulan yg pergi ke lokasi letupan Gunung Merapi. Kalau tanya wartawan Google mesti korg dpt flashback balik bencana2 alam yg pernah berlaku di Jogja ni. ili just nk share gambar yg ili ada je.


Ni gambar bekas tapak kejadian gempa bumi di Kampung Hiriloyo, Imokiri, Kota Pantol, Jogja. Masa ili prg tempat ni dah ok sikit..dah mula dirikan beberapa bangunan baru.





Yang ni gambar2 di kawasan letupan Gunung Merapi.

Kesan larva gunung berapi & bangkai kepala lembu...
Kita yg melihat kesan-kesannya pun dah dpt bayangkan mcm mana situasi masa hari kejadian sebenar tu apatah lagi mereka yg mengalaminya sendiri.
Dan ingatlah salah satu kepercayaan dlm Rukun Iman bagi umat Islam adalah beriman kepada Hari Akhirat.
~Tepuk Dada Tanya Iman~
...wallahu a'lam bissawab...


Saturday, 8 September 2012

Dunia Baru

Assalamualaikum w.r.t.

Dunia baru la sangat...rasa dah tua je bila bergelar pelajar tahun 3 ni. Dapat pulak roommate junior second year kan..mmg bergelar kakak dlm bilik,huhu. Tengok bilik sem ni mcm happy sikit sbb dpt bilik double <x apply pun tapi ehsan pihak desa jaya nk bagi>, rumet pulak mesra walaupun malu2 nk tegur <adik kan>...senang la nk ajak 'gosip2' lepas ni,hee. Semangat nak hias bilik bg lg cantik..tgk bilik baru lepas renovate..ada tile & cat baru lg <saya suka..saya suka>.
Untuk sem baru..xnk letak apa2 azam @ target baru..nk go through je. Nanti target tu target ni..berangan yg tu berangan yg ni..kalau x dapat boleh bagi stress kat diri sendiri je.


Ni view dari bilik ili..dgn suasana yg aman damai & pemandangan lestari mcm ni..
bimbang mood 'berbunga-bunga' ili makin meningkat je,haha.

Besarnya 'tikus'...
Ramai dah bertukar ke wing baru..ok la, beralih angin.:-)

~wassalam~