Tuesday, 29 May 2012

Cemburu itu Kurnia ILAHI


Aku sudahpun menikahi seorg lelaki yg aku tak pernah kenal sebelum ini, walaupun sudah setahun aku tak tahu bagaimana dgn sikapnya..aku cemburu, x faham ke dia ni? Tolong lah Faham . Please lah faham, berkali kali aku cakap pun tak kan faham punya lah. Seketika aku menoleh ke arah suami ku, dia sdg ketawa bersama teman sepejabatnya yg dia terserempak di parking kereta di sebuah mall. Lelaki okay, bukan perempuan. Tapi skrg yang buat aku cemburu adalah seorang wanita yang dari tadi berada di sebelah temannya itu, pasti itu isterinya..cantik, seksi pulak tue. Telan air liur jelah aku... Aku jeless, kenapa lah laki aku ni.. jangan lah sembang lama lama, mesti dia usha bini org tue. Aku cemburuuu, nak jerit pun dia tak akan paham punya, aku nak cakap pun malu. Baru setahun aku dan dia bina mahligai yang indah ini. Malangnya, aku kuat cemburu. Aku akuinya tw . 

Sayang ok tak ni? Dari td abang sembang dgn kawan abang, syg asyik usha je dari dalam kete ni kenapa syg? Cuba cakap. Suami aku masih boleh gelak gelak lagi? Tak nampak ke muka aku yang tengah muncung je ni? Alaaaa, cepat laa pujuk. Nak tak nak, aku hanya menggeleng. Suami aku hanya tersenyum melihat gelagat ku, masih sempat dia mencuit pipi ku. Org tengah marah ni, masih nak cuit-cuit. Taknak, aku merajuk. Suami ku meneruskan memandu kereta seketika dia memandang ku, kejap kejap senyum . suka lah tue, tengok bini org tue, cantek lagi dr aku. Geram ni.. Grrr 

Syg.. syg nak pergi mana2 tak ? lepas balik dr shopping , syg nak g mana lagi? Jom, abang bawak nak ? suami ku seperti tahu aku sedang merajuk dgnnya. Aku hanya membatu tanpa sebarang respons. Ok, taknak lah tu kan ? balik rumah terus k ? suami aku terus memandu laju.. aigoo, nak cakap mcm mana ni? Dia memang takpaham aku. Aku tensionnn , aku cemburu lahh .. aku tengah merajuk ni. Pujukk laa. Namun harapan ku sia2, suami aku masih seperti tdk dapat tahu yg aku sedang merajuk. Lampu isyarat merah, kereta diberhentikan. Tiba-tiba di sebelah kanan suami ku sebuah kereta myvi, di dalamnya seorang wanita yg agak cantik, bukan agak. Tapi memang cantik. Aduhh, ujiann lagi! Adoii.. aku makin memuncung kerana suami aku tersenyum-senyum sambil memegang janggutnya yg tak seberapa panjang tu, senyum? Sakitnya hati. Suka lah tu? Perempuan cantik dekat sebelah dia...nak usha, usha je lah. Tak yah nak cover cover sgt . aku seperti hendak menangis, mana tak tension. Semua hari ni perempun cantik je yg dia jumpa. Jeles ok!! 

Seminggu sudah berlalu kejadian hari tu masih tak dapat aku lupa kan, hari ini suami aku nak keluar 40 hari (jemaah tabligh). Tinggal lah aku seorang diri kat rumah, apa lagi ujian time dia nak keluar nanti? Cemburunya aku. Abang nak pergi dah ni, hati2 tinggal dekat rumah. Abang sayang kan cayang cangat cangat. Tomei nye cyg abang ni. Jgn lupa kat abg tw, jgn tengok laki lain. Abg cubit nanti, aku tersenyum melihat gelagat suami ku..sempat dia mencium dahi ku sebelum pergi menaiki motor. Aku pun masuk lah bilik, rindu nya. Padahal tak sampai seminit dia pergi, rasa nak nangis.. tiba-tiba tengah tengah baring, aku terjumpa sepucuk surat. Aku pun tanpa melengahkan masa, aku baca lah. Yang pasti, surat ni dari laki aku. Tak mungkin posmen masuk sampai dalam rumah kot. Suratnya berbunyi mcm ni...:-

“Sayang oh Sayang, abang nak cakap sikit. Sayang cemburu tu maknanya apa? “ aku sempat menjawab “cintaa” aku meneruskan membaca surat tersebut..

“cinta kan syg? Syg, syg igt tak? Syg igt tak waktu abg tgh sembang dgn kawan abang? abang usha syg tw, takut2 syg usha kawan abg ke kan? Mana lah tahu, kawan abg kan hensem dari abg..sedihh, abang lagi ensem kan syg? Cepat jawab. Abg marah ni. Hehe gurau lah syg.. igt tak waktu dalam kereta dekat traffic light? abg usha syg senyap2 tw, syg tahu tak? Kereta dekat sebelah syg tu ada lelaki ensem, lama je dia usha syg...tahu lah isteri abg ni cantik, nampak mata je pun dah tahu cantik sgt tw. Tension abg..abang cemburu gila. Rasa nak keluar je kereta, nak marah lelaki tu. Tapi abg sabar, abg pura-pura senyum. Nasib baik  abg sabar tw syg. Byk lagi abg cemburu dgn syg, syg suka buat abg cemburu. Abg di anugerahkan seorg isteri yg cantik sgt3. Yang penting, abg syg kan syg sgt3. Syg lah anugerah terindah yg ALLAH titipkan buat abg..abg xnak org lain, abg Cuma nak syg tahu. Abg cemburu. Nak buat macam mana ni syg? Abg cemburu sbb abg apa? C.I.N.T.A “ Sampai situ je aku baca, aku tak tahan aku terus nangis seketika aku ketawa sambil mengelap airmata ku. Aku terharuuu...sedih <suami aku lagi cemburu giler2 dr aku cemburu kat dia> Aku sedihh... 
Sekarang aku tengah tunggu suami aku pulang, semoga dia selamat sampai. Sebab aku dah rindu kan dia sgt2 . Aku dapat msj dr dia, dia cakap “ abang balik ni, syg jgn bagi abg cemburu lagi tw”. InsyaALLAH abang..satu je aku igt kata-kata suami aku dari dulu sampai sekarang 
“when we’re cemburu, we’re not gaduh2 but we’re in cinta sekali lagi

Nakal ek??

  • Cerita ni adalah rekaan <actually ili ambik dr fb,he>
  • This story...it really2 touched my heart..:-)
  • Sweet sgt...
  • Benar...Takut dan Cemburu pun Kurnia ILAHI. Indahnya ia jika kena pada tempatnya...^_^
Sekian...


Monday, 21 May 2012

Talasemia & Rhesus Darah

Assalamualaikum w.r.t.

Since, ili x pernah berkongsi entry yg betul2 berilmu kan so kali ni ili nak citer ttg BLOOD @ DARAH. Wow, sguh berbeza dgn bidang engineering yg ili dalami sekarang,haha. Dulu masa sekolah ambik major in Biologi tapi main2 sbb serius x minat bab2 ni sbnrnya,hehe. Tapi, sejak dua menjak ni mula terfikir ttg penyakit yg mungkin nampak x bahaya tp lepas ili kaji dan baca beberapa artikel...benda yg nampak 'simple' ni lh mungkin akan jd complicated satu hari nanti. Dulu masa ili prg kursus kahwin, dlm satu slot kesihatan mmg ada sebut sal ni tapi just intro yg mmg xkn buat org pertama kali dgr faham. Yes, talasemia & rhesus darah yg ili nak citer kali ni mmg ada kena mengena dgn penyakit yg lebih fokus pd perkahwinan means antara suami isteri. Rasa semua dah tw, kalau nak kahwin skrg mmg wajib buat ujian HIV tp x wajib buat Ujian Talasemia. Cuma digalakkan pasangan yg akan berkahwin tk buat Ujian talasemia ni, insyaALLAH sgt berguna tk masa depan keluarga terutama anak-anak.


Talasemia (Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Ia merupakan penyakit yang diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah  bahagian darah merah  yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan  pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.  Kekurangan sel darah merah akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras Hb semakin menurun.
Pesakit talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan Hb dlm sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dgn baik. Dengan itu, tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dgn baik & mereka boleh mendapat sakit yg teruk.
Pesakit talasemia juga biasanya mempunyai paras hemoglobin yg rendah iaitu kurang drpd 10g/dl. Mereka yg menghidap penyakit talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit malaria. Terdapat dua jenis talasemia:
  • Talasemia minor: merujuk kpd mereka yg  mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major: merujuk kpd mereka yg mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia. 


Berdasarkan gambar di atas <<mcm taip data she pulak>, sekiranya kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku:-

  • 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
  • 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
Tanda-tanda dan gejala penyakit Talasemia:-
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yg serius apabila mencapai usia di antara 13 hga 18 bulan.
  • Tubuh pucat, lemah dan gelisah.
  • Anemia yg serius boleh menyebabkan sesak nafas.
  • Perut buncit disebabkan hati dan limpa membengkak.
  • perubahan bentuk tulang muka, pipi dan rahang yg tidak normal.
Rawatan penyakit Talasemia:-
  • Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
  • Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam  organ penting badan spt hati, jantung, dan kelenjar endokrin yg akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dgn suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yg sesuai di kalangan ahli keluarga.
Langkah mencegah Talasemia major:-
  • Menjalani penyaringan bagi yg mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
  • Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dgn pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah utk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
  • Jika kedua-dua pasangan adalah pembawa Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dgn menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yg boleh dilakukan semasa awal kehamilan utk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.
Saringan ujian darah utk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut utk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yg sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.


Rhesus adalah protein khusus (antigen) yg terdapat pada permukaan sel darah merah. Rhesus ni asal nama sejenis kera rhesus (Macaca Mulatta), org yg kaji benda ni dulu dia guna darah kera ni so wujudlah nama rhesus. Kera dan manusia, dua-dua spesis mamalia so xde beza pn, jgn korg igt korg xde rhesus & kajian ni x valid pulak,haha. Rhesus terbahagi kpd dua iaitu Rhesus positif dan rhesus negatif. Mereka yg mempunyai faktor protein pada permukaan sel darah merah disebut rhesus positif manakala yg tidak memiliki atau kurang faktor protein ini di sebut rhesus negatif.
Rhesus negatif banyak dijumpai pada penduduk Eropah, Australia dan Amerika. Rhesus positif pula banyak dijumpai pada penduduk Asia dan Afrika. Malaysia termasuk dalam kategori pemilik rhesus positif plg ramai, hanya sedikit yg memiliki darah rhesus negatif. Pemilik darah rhesus negatif ni situasinya sama spt pemilik darah jenis O di mana kalau diorg nak menerima darah, mereka hanya boleh terima darah yg rhesus negatif. Berlainan dgn pemilik darah rhesus positif yg boleh menerima kedua-dua darah jenis positif atau negatif.
Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif <bagi yg darah rhesus negatif>, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yg akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yg boleh berfungsi utk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh meninggal disebabkan kemasukan jenis darah yg tidak bersesuaian.
Perbezaan faktor Rhesus (Rh) jarang berlaku, ini kerana hampir 90% perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif. Umumnya faktor Rh yg berbeza antara ibu dan anak  dlm kandungan tidak menjadi persoalan utk kehamilan yg pertama. Bagaimanapun apabila ibu hamil kali kedua atau ketiga dan seterusnya, perbezaan faktor Rh mula mendatangkan komplikasi kpd bayi, contohnya masalah kekurangan darah (anemia) yg teruk.
Permasalahan Rhesus semasa mengandung berlaku bila seorang wanita yg negatif mempunyai pasangan Rhesus positif. Ada 50% kemungkinan anak dlm kandungan itu positif sbb biasanya Rhesus anak lebih mengikut Rhesus bapa. Jika anak dlm kandungan pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dgn darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dlm badan ibu dan membentuk antibodi yg memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi. Antibodi yg dibentuk dlm ibu akan berkekalan. Masalah timbul bila si ibu mengandung kali kedua dan anak dlm kandungan positif juga. Antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yg menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops Fetalis'.
Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sgt ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung utk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yg Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka diminta membawa suami utk diperiksa jenis darah. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati spt demikian>>bila sudah bersalin darah anak akan diperiksa utk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dlm lingkungan masa 72 jam>>suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yg akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kpd Rhesus positif. Ini akan diulangi setiap kali ibu bersalin jika anaknya itu positif juga. Melalui teknologi perubatan sekarang juga, si ibu akan go through sistem tukar darah berkala utk perkembangan janin dlm kandungan. But always paid and paid...ada duit semua jd <cm ni lh lbh krg maksud ayat ni>.

Sumber:: 100% daripada Prof. Dr. @ Pak Cik Google. InsyaALLAH tepat sbb ili ambik juga dari artikel2 akhbar internet & salah satunya kajian yg dilakukan oleh Doktor dari USM. Sesiapa yg nak dapatkan maklumat lebih lanjut boleh kunjungi klinik2 atau hospital berhampiran anda.:-)

**Darah ili jenis B+, Talasemia tu xtw lh sbb x pernah buat lg. InsyaALLAH...ili berniat tk buat ujian Talasemia sebelum kahwin nt...^_^. So, sapa2 yg jenis Rhesus positif cm ili tu...u're welcome to marry me,hahaha

  • Entry kali ni mmg ili buat research dgn bantuan Google.com tp ili taip one by one, No copy paste here & ada ili guna ayat sendiri tk mudah faham. Semoga bermanfaat tk semua.
  • Andai ditakdirkan satu hari nanti, ili @ sahabat2 semua di beri ujian dgn diri sendiri atau ahli keluarga yg disahkan sbg pembawa Talasemia, ili harap kita semua tabah tk terima kenyataan tu. Ingat...kadang-kadang ALLAH datangkan ujian sbg penghapus dosa-dosa kita yg terdahulu, terimalah ia dgn hati yg lapang.
  • P/s:: Sesiapa yg xnk kena suntik byk kali sewaktu hamil & bersalin nt...KAHWINlah dgn Rhesus yg sama ya...:-)
  • ili nak jd seorang Ibu, Ustazah & Doktor yg terbaik tk anak-anak ili kelak, kenalah study byk benda kan...huhu.
  • Maafkan kesilapan ili samada ili lakukan secara sedar @ tidak, dalam x sedar kita mungkin telah buat seseorang di sekeliling kita terasa hati dgn sikap kita tu sbb kena sentiasa mtk maaf & memaafkan. InsyaALLAH...hati akn lbh tenang.
_Ok...Wassalam_

"Amat ajaib orang yg beriman itu, Semua perkara yg dilaluinya baik belaka.
Diuji dia bersabar, maka ujian tidak akan merosakkannya. 
Diberikan anugerah dia bersyukur, maka anugerah itu tidak akan mengkorupkannya."

Saturday, 5 May 2012

In Heaven With Love

Assalamualaikum w.r.t.

Manusia dicipta untuk Bahagia
Cinta adalah satu Amalan Hati
Love is a Noun?
and
Love is a Verb
Cinta itu Ibadah?
Siapa yg tiada rasa Cinta, Hatinya kering..kaku 


Hakikat Cinta Dalam Kehidupan Mukmin

Talk show anjuran Exco Kebajikan & Kerohanian Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (sekolah ili), serius mmg best..terbaik tp kecewa sbb masanya tersangat singkat..nak lg,he. So, ili nk share sikit antara isi kandungan talk ni, actually ili ada full video recording..eh x full sgt sbb sesi soal jawab tu xdpt record..memory full. Nak yg full..mtk kat abg technician yg record gna video cam tu.:-)
CINTA...adalah kecenderungan & keterikatan hati yg terjadi di antara kedua pihak, iaitu Pihak yg diCintai & Pihak yg Mencintai. Cinta juga adalah lawan kpd benci. Cinta diperbolehkan, bahkan terkadang diwajibkan. Namun ada juga cinta yg dilarang, bahkan kebanyakannya memang diHaramkan. 
CINTA...adalah Amalan Hati yg akan terwujud dlm Lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dgn apa yg diRedhai ALLAH maka ia akan menjadi ibadah & sebaliknya jika tidak sesuai dgn Redha-Nya maka akan menjadi Perbuatan Maksiat.
CINTA terbahagi kpd tiga:-

Pertama...Cinta Ibadah:
"Tetapi ALLAH menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan Iman itu Indah dlm Hatimu." <Al-Hujarat: ayat 7>

Kedua...Cinta Syirik:
Cinta yg membawa kpd syirik iaitu cinta kita kpd sesuatu yg disamakan dgn  ALLAH SWT.
"Dan di antara manusia ada yg menjadikan selain ALLAH sbg tandingan-tandingan (bagi ALLAH), mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut spt cinta mereka kpd ALLAH." <Al-Baqarah: ayat 165>

Ketiga...Cinta Maksiat:
Ni yg plg byk terjadi skrg, seolah-olah ia satu habit & kemestian pulak...Cinta maksiat iaitu cinta yg akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yg diharamkan ALLAH & meninggalkan apa-apa yg diperintahkan-Nya.
"Dan kalian mencintai harta benda dgn kecintaan yg sgt." <Al-Fajr: ayat 20>

Keempat...Cinta Manusiawi (Tabiat):
Ini Fitrah & ini yg kita nak..Cinta Ukhuwah & Mahabbah. Kasih sayang spt kasihnya org tua kpd anaknya & sayangnya org kpd fakir-fakir @ org sakit. Kasih sesama manusia...
"Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf a.s.) berkata: 'Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapak kita drpd kita." <Surah Yusuf: ayat 8>

**Tidak ada Cinta kalau x ada suka..suka mesti bersebab. Suka..Kasih..Sayang..Cinta & Rindu. If ada perasaan suka & masih dlm keadaan yg belum mampu, Jangan buat perkara yg akan mencambahkan perasaan suka itu sblm berkeinginan utk menikah. Love is Sharing Not Depends on that Person.

*Pernikahan...kita bukan nak menikah...bukan jg utk berwalimah Tapi kita nak bina Rumahtangga di atas Hubungan Cinta yg boleh dapatkan Cinta ALLAH SWT..:-)

Tiga perkara yg perlu dititikberatkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan:-

1) Learn about Islam...
  • Cinta yg bukan didorong oleh syahwat
  • Be a Good Muslim
  • Tugas kepimpinan di bawah tanggungjawab suami
2) Learn about Human / your partner...
  • Man from Makkah..Woman from Madinah
  • Know each others
3) Learn about Marriage...
  • Ada Cinta Bersemi...Di Jalan Dakwah Aku Menikah.
  • Ni tajuk buku..sesuai tk mereka yg betul2 nak kahwin dh,
**Cinta..Jangan Mulakan dgn Maksiat.!! Jangan Gusar andai jodoh belum hadir..ia urusan ALLAH. Cepat @ lambat pasti akan tiba jua. Just Get Ready and Make a Preparation...

Ok..ni serba sedikit apa yg terdapat dlm talk 'In Heaven With Love', yg sempat ili catat & ringkasan slide penceramah. Talk ni serius best..fokus utama Cinta lh kn. Ala2 kursus kahwin pn ya jgk,haha. Tapi...lau ada couple yg prg masa talk ni..Confirm diorg terasa..Pedih.
ili...apa yg ili rasa?? ili rasa happy..bahagia, bertambah tekad hati ili..bertambah kuat prinsip ili. Cinta hanya utk suami..setelah akad menghalalkan ili dgn 'dia', sehingga waktu itu..sorry to say..No Love for Man...^_^
ili tw..semua dh pandang ili lain mcm, ili baru kuarkan artikel 'Tak Sabar Nak Serah Hati kat Suami' tp ili dah dpt feedback yg pelbagai. Perli2 tu of course lh kn...family sendiri pn. Ada yg suruh ili penuhkan ilmu dulu sebelum melangkah ke alam yg penuh mencabar ni. Betullah kan tp pandangan ili sedikit berbeza. Ilmu ALLAH ni luas..sgt byk & x terhitung dgn byknya buih di lautan & sehingga ili mati pn mustahil utk ili dpt penuhkan ilmu tu. Apa yg dpt ili lakukan..hanya terus belajar, mempelajari, mencari sebyk mungkin ilmu & cukup kefahaman sblm memasuki gerbang perkahwinan. Itu yg ili usahakan skrg & itu jugalah yg dimaksudkan oleh penceramah (Pak Cik Rosdi). Make a preparation...bukan dari skrg, bukan jg akan datang tapi sebenarnya kita dah mula buat persediaan ke alam rumahtangga sejak lama dlu..dah start pn. Tanpa kita sedar...tgk lh 3 perkara penting sblm berkahwin, Learn about Islam, Learn about Human..bukan ke semua org dah lalui benda ni. Perkara ketiga..learn about Marriage, mungkin ini sbg persediaan terakhir sblm benar2 ingin menjadi seorang suami/isteri atau mungkin boleh bermula sejak kita mula mengenal ikatan perasaan antara seorang lelaki dan seorang wanita yg bukan mahram.
ili buat entry sblm ni..bukannya bermaksud ili terdesak nk kahwin sekarang pn dan tak mungkin dlm waktu terdekat ni. Yang ili nak share adalah ttg perasaan yg hadir & apa yg ili buat tk m'hadapi situasi mcm tu. ili x layak pn tk bg talk/ceramah/tazkirah semua..ili juga manusia biasa, punya fitrah yg sama mcm org lain. Hmm..cakap sal fitrah, Pak Cik Rosdi jgk ada gtw yg fitrah ni bukan pd cinta mencintai je, marah, sedih, suka & segala jenis2 yg trdapat pd seorang insan tu adalah fitrah tp biasalah kn cinta jgk yg jd fokus utama. Bila sebut cinta tw pulak itu fitrah tp lau benda lain...tergagap-gagap nk jawab,haha<<<mengata diri sendiri>. Yes..now ili dlm proses ketiga..Learn about Marriage sbb ALLAH telah hadirkan ujian perasaan itu kat ili. Unbelievable..ili pn xsangka seawal ni ili blh terfikir soal kahwin tp ili tw ALLAH knows the best for me. I'm not a perfect person but i try to be perfect for everyone..i try my best dan ili xperlukan pujian @ kata2 yg buat ili rasa bangga, dan ili juga x kisah akan kata2 yg memerli ili @ cacian yg mngkin ili akan terima. ili jg tw..ada org yg anggap ili seorang yg brmasalah tp diorg xtw yg ili bahagia dgn masalah yg ili hadapi. Setiap kali ili terima kata2 yg buat ili rasa lemah, setiap itu jg ili akan ubat hati ili dgn kata-kata...ALLAH tahu apa yg ili rancang, ALLAH lebih tahu niat ili & ALLAH Maha Mengetahui perancangan terbaik utk ili. 


Ni situasi skrg, mmg x dinafikan. Kalau ada org yg timbulkan isu kahwin awal..kahwin pd usia muda, ramai yg bersuara, ramai yg menentang tp kenapa x ramai yg bersuara menegur @ memberi nasihat kpd mereka yg couple. Bukankah couple sebelum nikah itu jelas hukumnya haram?? Ok, ili pn sama..xde keberanian utk menegur tp ili suka share apa yg ili dpt dari sumber bacaan yg ada. Semoga ALLAH memelihara hati ili & sahabat2 semua...


_Wallahua'lam_

  • ili masih belajar..utk menjadi seorang muslimah yg diRedhai ALLAH & bermakna utk keluarga ili, sahabat2 & mereka yg sentiasa ada dgn ili. Dan ili jg manusia biasa..xdpt lari dr melakukan kesilapan. ili mtk maaf kpd semua yg pernah terasa dgn kata2 @ tindakan ili. Tegur & nasihatilah ili jika ada khilaf yg ili lakukan.
  • Blog ili mmg mostly talk about Love sbb ili jenis yg x suka bercerita ttg apa yg trjd everyday in my life...ili menulis bila perlu n bila terasa nk menulis je. Sorry for those yg boring baca sal cintan-cintun ni.:-)
  • ili jg punyer impian yg satu hari nt ili dpt share kisah cinta ili kat sini...sama cm kisah Dena Bahrin <terkini> @ Hilal Asyraf yg dpt kuarkan artikel 'Motivasi: Sebelum Aku Menikah'...Love After Marriage, insyaALLAH.

Jangan Mencari Cinta, Minta pada ALLAH. Kalau cari, selain mendapat dosa, kita mungkin jg silap...<Tn. Hj. Rosdi Baharom>

Cinta adalah utk ke Syurga, apa-apa yg membawa ke Neraka..
itu Bukan Cinta...<Hilal Asyraf>

Kita diCipta utk Bahagia. Kita dijanjikan oleh ALLAH SWT akan dikurniakan Kebahagiaan, tetapi dgn Syarat Kita Melayakkan Diri kita utk Mendapat Kebahagiaan yg dijanjikan...<In Heaven With Love>