Saturday, 5 May 2012

In Heaven With Love

Assalamualaikum w.r.t.

Manusia dicipta untuk Bahagia
Cinta adalah satu Amalan Hati
Love is a Noun?
and
Love is a Verb
Cinta itu Ibadah?
Siapa yg tiada rasa Cinta, Hatinya kering..kaku 


Hakikat Cinta Dalam Kehidupan Mukmin

Talk show anjuran Exco Kebajikan & Kerohanian Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (sekolah ili), serius mmg best..terbaik tp kecewa sbb masanya tersangat singkat..nak lg,he. So, ili nk share sikit antara isi kandungan talk ni, actually ili ada full video recording..eh x full sgt sbb sesi soal jawab tu xdpt record..memory full. Nak yg full..mtk kat abg technician yg record gna video cam tu.:-)
CINTA...adalah kecenderungan & keterikatan hati yg terjadi di antara kedua pihak, iaitu Pihak yg diCintai & Pihak yg Mencintai. Cinta juga adalah lawan kpd benci. Cinta diperbolehkan, bahkan terkadang diwajibkan. Namun ada juga cinta yg dilarang, bahkan kebanyakannya memang diHaramkan. 
CINTA...adalah Amalan Hati yg akan terwujud dlm Lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dgn apa yg diRedhai ALLAH maka ia akan menjadi ibadah & sebaliknya jika tidak sesuai dgn Redha-Nya maka akan menjadi Perbuatan Maksiat.
CINTA terbahagi kpd tiga:-

Pertama...Cinta Ibadah:
"Tetapi ALLAH menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan Iman itu Indah dlm Hatimu." <Al-Hujarat: ayat 7>

Kedua...Cinta Syirik:
Cinta yg membawa kpd syirik iaitu cinta kita kpd sesuatu yg disamakan dgn  ALLAH SWT.
"Dan di antara manusia ada yg menjadikan selain ALLAH sbg tandingan-tandingan (bagi ALLAH), mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut spt cinta mereka kpd ALLAH." <Al-Baqarah: ayat 165>

Ketiga...Cinta Maksiat:
Ni yg plg byk terjadi skrg, seolah-olah ia satu habit & kemestian pulak...Cinta maksiat iaitu cinta yg akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yg diharamkan ALLAH & meninggalkan apa-apa yg diperintahkan-Nya.
"Dan kalian mencintai harta benda dgn kecintaan yg sgt." <Al-Fajr: ayat 20>

Keempat...Cinta Manusiawi (Tabiat):
Ini Fitrah & ini yg kita nak..Cinta Ukhuwah & Mahabbah. Kasih sayang spt kasihnya org tua kpd anaknya & sayangnya org kpd fakir-fakir @ org sakit. Kasih sesama manusia...
"Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf a.s.) berkata: 'Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapak kita drpd kita." <Surah Yusuf: ayat 8>

**Tidak ada Cinta kalau x ada suka..suka mesti bersebab. Suka..Kasih..Sayang..Cinta & Rindu. If ada perasaan suka & masih dlm keadaan yg belum mampu, Jangan buat perkara yg akan mencambahkan perasaan suka itu sblm berkeinginan utk menikah. Love is Sharing Not Depends on that Person.

*Pernikahan...kita bukan nak menikah...bukan jg utk berwalimah Tapi kita nak bina Rumahtangga di atas Hubungan Cinta yg boleh dapatkan Cinta ALLAH SWT..:-)

Tiga perkara yg perlu dititikberatkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan:-

1) Learn about Islam...
  • Cinta yg bukan didorong oleh syahwat
  • Be a Good Muslim
  • Tugas kepimpinan di bawah tanggungjawab suami
2) Learn about Human / your partner...
  • Man from Makkah..Woman from Madinah
  • Know each others
3) Learn about Marriage...
  • Ada Cinta Bersemi...Di Jalan Dakwah Aku Menikah.
  • Ni tajuk buku..sesuai tk mereka yg betul2 nak kahwin dh,
**Cinta..Jangan Mulakan dgn Maksiat.!! Jangan Gusar andai jodoh belum hadir..ia urusan ALLAH. Cepat @ lambat pasti akan tiba jua. Just Get Ready and Make a Preparation...

Ok..ni serba sedikit apa yg terdapat dlm talk 'In Heaven With Love', yg sempat ili catat & ringkasan slide penceramah. Talk ni serius best..fokus utama Cinta lh kn. Ala2 kursus kahwin pn ya jgk,haha. Tapi...lau ada couple yg prg masa talk ni..Confirm diorg terasa..Pedih.
ili...apa yg ili rasa?? ili rasa happy..bahagia, bertambah tekad hati ili..bertambah kuat prinsip ili. Cinta hanya utk suami..setelah akad menghalalkan ili dgn 'dia', sehingga waktu itu..sorry to say..No Love for Man...^_^
ili tw..semua dh pandang ili lain mcm, ili baru kuarkan artikel 'Tak Sabar Nak Serah Hati kat Suami' tp ili dah dpt feedback yg pelbagai. Perli2 tu of course lh kn...family sendiri pn. Ada yg suruh ili penuhkan ilmu dulu sebelum melangkah ke alam yg penuh mencabar ni. Betullah kan tp pandangan ili sedikit berbeza. Ilmu ALLAH ni luas..sgt byk & x terhitung dgn byknya buih di lautan & sehingga ili mati pn mustahil utk ili dpt penuhkan ilmu tu. Apa yg dpt ili lakukan..hanya terus belajar, mempelajari, mencari sebyk mungkin ilmu & cukup kefahaman sblm memasuki gerbang perkahwinan. Itu yg ili usahakan skrg & itu jugalah yg dimaksudkan oleh penceramah (Pak Cik Rosdi). Make a preparation...bukan dari skrg, bukan jg akan datang tapi sebenarnya kita dah mula buat persediaan ke alam rumahtangga sejak lama dlu..dah start pn. Tanpa kita sedar...tgk lh 3 perkara penting sblm berkahwin, Learn about Islam, Learn about Human..bukan ke semua org dah lalui benda ni. Perkara ketiga..learn about Marriage, mungkin ini sbg persediaan terakhir sblm benar2 ingin menjadi seorang suami/isteri atau mungkin boleh bermula sejak kita mula mengenal ikatan perasaan antara seorang lelaki dan seorang wanita yg bukan mahram.
ili buat entry sblm ni..bukannya bermaksud ili terdesak nk kahwin sekarang pn dan tak mungkin dlm waktu terdekat ni. Yang ili nak share adalah ttg perasaan yg hadir & apa yg ili buat tk m'hadapi situasi mcm tu. ili x layak pn tk bg talk/ceramah/tazkirah semua..ili juga manusia biasa, punya fitrah yg sama mcm org lain. Hmm..cakap sal fitrah, Pak Cik Rosdi jgk ada gtw yg fitrah ni bukan pd cinta mencintai je, marah, sedih, suka & segala jenis2 yg trdapat pd seorang insan tu adalah fitrah tp biasalah kn cinta jgk yg jd fokus utama. Bila sebut cinta tw pulak itu fitrah tp lau benda lain...tergagap-gagap nk jawab,haha<<<mengata diri sendiri>. Yes..now ili dlm proses ketiga..Learn about Marriage sbb ALLAH telah hadirkan ujian perasaan itu kat ili. Unbelievable..ili pn xsangka seawal ni ili blh terfikir soal kahwin tp ili tw ALLAH knows the best for me. I'm not a perfect person but i try to be perfect for everyone..i try my best dan ili xperlukan pujian @ kata2 yg buat ili rasa bangga, dan ili juga x kisah akan kata2 yg memerli ili @ cacian yg mngkin ili akan terima. ili jg tw..ada org yg anggap ili seorang yg brmasalah tp diorg xtw yg ili bahagia dgn masalah yg ili hadapi. Setiap kali ili terima kata2 yg buat ili rasa lemah, setiap itu jg ili akan ubat hati ili dgn kata-kata...ALLAH tahu apa yg ili rancang, ALLAH lebih tahu niat ili & ALLAH Maha Mengetahui perancangan terbaik utk ili. 


Ni situasi skrg, mmg x dinafikan. Kalau ada org yg timbulkan isu kahwin awal..kahwin pd usia muda, ramai yg bersuara, ramai yg menentang tp kenapa x ramai yg bersuara menegur @ memberi nasihat kpd mereka yg couple. Bukankah couple sebelum nikah itu jelas hukumnya haram?? Ok, ili pn sama..xde keberanian utk menegur tp ili suka share apa yg ili dpt dari sumber bacaan yg ada. Semoga ALLAH memelihara hati ili & sahabat2 semua...


_Wallahua'lam_

  • ili masih belajar..utk menjadi seorang muslimah yg diRedhai ALLAH & bermakna utk keluarga ili, sahabat2 & mereka yg sentiasa ada dgn ili. Dan ili jg manusia biasa..xdpt lari dr melakukan kesilapan. ili mtk maaf kpd semua yg pernah terasa dgn kata2 @ tindakan ili. Tegur & nasihatilah ili jika ada khilaf yg ili lakukan.
  • Blog ili mmg mostly talk about Love sbb ili jenis yg x suka bercerita ttg apa yg trjd everyday in my life...ili menulis bila perlu n bila terasa nk menulis je. Sorry for those yg boring baca sal cintan-cintun ni.:-)
  • ili jg punyer impian yg satu hari nt ili dpt share kisah cinta ili kat sini...sama cm kisah Dena Bahrin <terkini> @ Hilal Asyraf yg dpt kuarkan artikel 'Motivasi: Sebelum Aku Menikah'...Love After Marriage, insyaALLAH.

Jangan Mencari Cinta, Minta pada ALLAH. Kalau cari, selain mendapat dosa, kita mungkin jg silap...<Tn. Hj. Rosdi Baharom>

Cinta adalah utk ke Syurga, apa-apa yg membawa ke Neraka..
itu Bukan Cinta...<Hilal Asyraf>

Kita diCipta utk Bahagia. Kita dijanjikan oleh ALLAH SWT akan dikurniakan Kebahagiaan, tetapi dgn Syarat Kita Melayakkan Diri kita utk Mendapat Kebahagiaan yg dijanjikan...<In Heaven With Love>


No comments:

Post a Comment