Firstly, ili nk ucap..Alhamdulillah, sungguh ALLAH tu Maha Penyayang. Kalau hati ili mula rasa lain ili akan bukak web iluvislam & biasanya artikel2 baru yg ada mmg kena dgn situasi ili masa tu cuma depends la hati ili blh terima ke x. Harap2 kalau benda baik, hati ili xkn menolak, insyaALLAH. Berckap mcm hati tu bkn milik ili lg je,hehe. Entahlah...
Kali ni ili nk share artikel bertajuk 'Aku Malu utk Menjadi Sayap Kirimu'.
PERIGI MENCARI TIMBA?
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi."
Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya? Mari kita bersama - sama mengkaji sirah terdahulu.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya?
Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W , beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita.
Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakanlah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.
InsyaALLAH jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana ALLAH dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, ALLAH akan mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan ALLAH, pasti bertemu jua dengan takdirnya.
Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah.
Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber'couple', dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Akhir kalam, jika kita benar - benar sudah bersedia dan sudah berjumpa dengan seseorang yang kita rasa dia betul - betul boleh membimbing kita, maka tidak perlulah segan silu untuk menyuarakan keinginan kita kepadanya kerana di zaman yang serba moden ini tiada lagi istilah "Perigi mencari timba" dan jika ingin menyuarakan keinginan itu mestilah selari dengan ajaran Islam kerana Islam itu indah.
<mcm biasa, kalau nk brkenalan dgn penulis sbnr blh layari web iluvislam k.:-)>
"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu." (Imam Nawawi )
Sejujurnya, kalau benda ni jadi kat ili, ili mmg xkn buat perkara yg sama iaitu melamar pihak lelaki dgn m'gunakan ibubapa sbg org tgh. ili tw ili x mampu, ili xde sapa2. ili hanya ada DIA jd ili hanya boleh berdoa, berdoa & terus berdoa. Dugaan yg plg berat ialah bila kita m'hadapi dugaan perasaan...betul ke?he...senyum, x perlu kata apa2.:-)
Aku malu untuk menjadi sayap kiri mu kerana ku tahu aku tidak layak untukmu.
Teringat kata2 ni:
"Tak perlu rasanya kita menyibukkan diri mencari jodoh sendiri, kerana jodoh itu memang dah lama ditentukan oleh Ilahi. Yang perlu kita usahakan sekarang ialah untuk menjadi yang terbaik, kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."
![]() |
| Jodoh itu Rahsia ALLAH |
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA,
Cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"


No comments:
Post a Comment