Friday, 23 March 2012

Perginya Seorang Ayah



Setiap insan pastikan merasa, Saat perpisahan terakhir.
Dunia yg fana akan ditinggalkan, Hanya amalan yg akan dibawa.

Sesungguhnya dari ALLAH kita datang & kepada ALLAH jua kita akan kembali.

Al-Fatihah tk arwah bapa saudara ili yg telah kembali ke rahmatullah pd ptg 21 Mac 2012.
ili dh hilang seorang lg ayah...the only one. ili tgk wajah AyahLong ili semasa dikafankan seiras sgt2 dgn wajah arwah Datuk ili yg meninggal pd tahun 2008...Rindu ili terubat walau ili dh hilang kedua-duanya..xde lg insan lelaki yg dpt m'gantikan seorang ayah dlm hidup ili. ALLAH mmg nk uji ili, dugaan brtimpa dtg dlm 1 masa. Hati ili kena kuat...empangan air mata mesti kukuh...Masa hadapan ili masih kabur.
Ingat kata2 ni ili...Ujian tu Indah kalau kita yakin akan keindahan Hikmah dari ALLAH.




<ili kena pandai bg nasihat kat diri sendiri...ALLAH kan ada, ili x hilang DIA>



Tuesday, 20 March 2012

Hidayah & Jodoh itu Milik ALLAH

Disebabkan ili jgk pernah post sal ni jd ili nk buat correction sikit, manusia x pernah lepas dr melakukan kesilapan sbb tu saling ingat mengingati tu penting. Jom kita share...
Saya melihat satu bicara mula tersebar dari kalangan Facebookers, yakni kata-kata:

"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.

Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."


Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.


1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.

2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.

Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.

3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di luh mahfduz sana".

Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.

Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.

4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.

5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.

Jadi saya suka kita memahami perkara ini,
dan berhentilah dari menyebarkannya.

---------------------------------------------------
Teringat pepatah melayu,
"Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali."

Sumber: fb Tautan Hati

Sejujurnya, kalau tanya pendapat ili sal ni...ili xlah 100% setuju yg kita x perlu mencari jodoh hanya krn jodoh itu telah ditetapkan oleh ILAHI. Kalau perempuan mungkin lah tp xkan lelaki pn nk buat benda sama jgk kn. Lau semua x mencari, mana nk dapat suami@isteri. Perempuan mungkin hanya boleh menanti org masuk meminang, lelaki nk tunggu dipinang jgk ke?huhu x berani ili nk cakap lbh2 hal ni. Kesimpulannya, tak kenal maka tak cinta. Islam x menghalang umatnya berkenalan antara lelaki & perempuan tp ada syarat2nya agar syariat tidak dilanggar, batasan agama pn terjaga. Kata ustazah ili dulu, lakukan istikharah utk 'mencari' suami mu...jgn tunggu ada org hantar wakil merisik @ dilamar baru nak buat istikharah. Ustazah ili tu, dia mula buat istikharah masa lepas hbs spm lg & dia jumpa suami dia di salah sebuah masjid. Citer seterusnya ili xtw tp nk gtw...mulakanlah istikharah cinta jika hatimu mula merindu akan kehadiran seorang lelaki dlm hidupmu. Jangan biarkan nafsu menguasai diri sehingga fitrah bertukar menjadi fitnah. 
Hidayah itu Milik ALLAH, Jodoh itu juga Milik ALLAH. Carilah kedua-duanya agar lengkap sunnah Rasulullah SAW yg menjadi ikutan kita sebagai Umatnya...




Bersaksi Cinta di atas Cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka Hati yg tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah Cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah Cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam Mahabbah Rindu
Di Istikharah Cinta...

"INGAT...Cari..Jodoh iaitu Suami BUKAN Teman Lelaki ya Sahabat2 ili Semua!!"


Monday, 19 March 2012

Putaran Kehidupan

Dah dewasa kan, sesuai lah lagu ni tk ili, hehe.


Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, pastikan kau ketemu...



**Kisah duka...xde lh duka sgt pn tp xtw kenapa hati rasa kosong sgt, semalam & hari ni seolah2 ili hidup di dunia lain. Mcm org yg x brperasaan pn ada jgk. Senyum, tawa ili masih rasa palsu...xde keikhlasan. Ya ALLAH, knp mcm ni...adakah aku tdk cukup brsyukur dgn nikmat-Mu. Rasa takut...kdg2 dtg darah gemuruh jiwa semangat membara <penyakit baru ili>  tu buat dada ili rasa sakit sgt...entah dr mana ia dtg...jantung ke hati, xdpt dikenalpasti,he. Oh, perasaan...jgn dera ku begini. Rindu pd sebuah senyuman...rindukan kegembiraan...rindukan keceriaan dr diri sendiri...harap esok masih ada utk ili...


Saturday, 17 March 2012

17 Mac 2012...Hari yg Menyedihkan

21 tahun dahulu, pada tarikh 17 Mac 1991 bersamaan dgn 1 Ramadhan 1411H bermulalah kehidupan seorang insan bernama Ili Norlisa Binti Nazlie Leong. 21 tahun dh tp rasa cm 21 tahun yg x brmakna je, rasa kurang segala2 lg. Kalau ALLAH ambik ili tk kembali kpd-Nya saat ni, ili mngkin 'prg' dgn rasa tdk tenang sbb byk lg impian ili yg belum trlaksana. Amalan ili cukup ke tk mnjamin Syurga di akhirat kelak, sudahkah ili memberi kebahagiaan sepenuhnya kat keluarga trutama Ummie ili, saudara mara ili yg lain, sahabat2 ili, & ummah Rasulullah SAW di dunia ni...sunggguh kalau prsoalan ni di prsoalkan kpd ili, ili xleh jawab dgn baik. ili x cukup brbakti lg kpd org2 yg ili syg. Tapi andai hidup ili akn dtg hanya akan menambah dosa2 yg sedia ada, ili Redha kalau ALLAH tarik balik nikmat nyawa yg DIA dh beri kpd ili selama ini. xtw lh, knp hari lahir ili kali ni sgt menyedihkan hati ili hga satu saat air mata x mampu di tahan lg...menangis di hr kelahiran, huhu sayunya rasa hati. Ini bukan tangisan kegembiraan tp tangis kesedihan ni,he. Senyum ili bukan lg senyum yg betul2 lahir dr hati yg ceria tp senyum utk menyenangkan org yg melihatnya, tawa ili bukanlah tawa yg memberi makna riang di hati, kata2 yg keluar dr mulut ili bukanlah kata2 yg langsung dr hati tp kata2 luncuran automatik dr mulut je, tangan yg menaip msj bukanlah msj yg betul2 dr ili, seolah2 hanya tgn yg menaipnya. Ni lh serba sedikit situasi yg ili alami pd tarikh 17/03/2012.:-) Mcm apa je,haha.
Malam birthday...pg birthday, masih x kunjung tiba ucapan 'selamat hari lahir' dr org2 yg amat ili harapkan, nasib x semua lau x...xtwlh cm ne ili hr ni,hehe. Even org2 tu dh wish pn wlaupn agk trlewat tp xtw knp, hati ili masih rasa kosong, kgembiraan asli yg diharapkn tu msh xde. Sahabat baik ili ada tanya, apa yg ili nk di hr lahir ni, ili jwb ili nk sedikit kegembiraan tp ALLAH betul2 nk uji ili hr ni xpn ili yg sensitif sgt kot tu yg emosi trlbh tu,he. 
Hari ni mmg dh lama ili brniat nk p kat Adik ili d kulim, alhamdulillah trlaksana sudah tp ili masih rasa brsalah yg amat sgt sbb x puas belanja Adik td. Rasa...Ya ALLAH, aku ni kakak yg mcm mana...dgn emosi nya mcm tu then x mampu lak nk belanja Adik lebih2. Mmg balik dgn hati yg frust lh td,hu. Adik, kakak mtk maaf sgt2 k. InsyaALLAH lepas ni kakak akn brusaha mnjd & memberi yg lbh baik lg, doakan segala urusan kakak dipermudahkan-Nya. Ummie, kakak x salahkn Ummie sbb lambat wish n trlupa birthday kakak hr ni tp kakak kecewa sbb xdpt penuhi 1 niat kakak tk Ummie hr ni. Ada rezeki, kakak akn penuhinya lain kali, insyaALLAH. 
Balik bilik, rumet kejutkan dgn hadiah yg mmg blh buat ili nangis <lau trlbh feeling td>, smlm Aida dh buat surprise...wish plg awal n bg hadiah, ptg lak Mya kasi hadiah yg mmg dh lama ili impikan tk memilikinya. ALLAH...sayangnya ili kat diorg, bkn sbb hadiah tu tp sbb ketulusan hati mereka. Sedih lg...ili tw ili rumet yg x baik, selalu 'pulau'kan diri bila ada kat bilik. x mesra2 mcm ili dgn rumet dlu then muka 24jam tayang kat laptop, kdududukan statik di kerusi meja study @ ats katil je...x prg borak2 dgn diorg kat sebelah partisyen sana tu...senang ckap mmg x mesra lh. Ingat dulu masa ili pengsan x sedarkn dunia hampir setengah hari, diorg yg susah payah jaga ili...bwk p hospital, trcongok tgu ili berjam2 kat emergency tu. x puas hati dgn khidmat hospital diorg bwk pulak p klinik panel...hu sungguh, hanya ALLAH yg mampu membalas jasa keduanya. Sejujurnya bukan ili xnk mesra2, lepak2 ngn diorg tp entah ttbe jd trlbh malu pulak dgn rumet skrg,he. Mya..Aida, ili sayang sgt kat korg, terima kasih x trhingga ili ucapkn sbb sudi tahan layan kerenah ili yg agk degil ni n ili nk mtk maaf sgt3 sbb sikap ili yg mngkin buat Mya & Aida terasa dgn ili. <mmg tahap malu ili peringkat trtinggi tk face to face,hehe>


Hadiah dr Adik, dia kata kakak dia tgh angausawan skrg sesuai baca novel ni,haha pandai lh dia. Thanks my lovely sister...tgu hadiah dr kakak lak.:-)


Hadiah dr Mya & Aida...rumet trsyg,he. Sori, ili xpndai nk edit gmbar...ok lh tu kn,haha.


Yg cute ni pulak hadiah dr Kak Zai & Kak Wani yg comel,hehe. Syukran jazillan kakak2 ku.


Kek ni sodap, hadiah dr Effa d fb...gambar je lh,haha.

ili msukkn gmbar2 hadiah ni bukan nk menunjuk hadiah yg ili dpt tp cma nk m'hargai mereka2 yg kasi hadiah kat ili. Se'infinity' terima kasih ili ucapkan kat semua yg wish, doa,...,kakak2 usrah, adik2 exco pmi, rakan2 fb. Terima kasih semua. Hari ni ili belajar ttg 1 penghargaan & harapan, insyaALLAH lpas ni ili akn prbaiki diri tk lbh m'hargai org2 yg sentiasa ada di samping ili. ili sayang korg semua....


Masih jauh prjalanan hidup ili, semakin brtambah umur brmakna semakin singkat usia ili menuju ke alam lain yg kekal abadi...doaku agar diri ini terus tabah m'harungi liku hidup yg x selalu indah, terus kuat tk m'hadapi cabaran mendatang, pintaku  agar Engkau sentiasa ada disisi ku & tunjukkan aku jalan yg lurus seiring dgn Ketentuan-Mu Ya Rabb. Bawalah aku kepada-Mu!!!


Ya ALLAH, Hidup & Mati ku Hanyalah untuk-Mu, istiqomahkan Hati ku utk terus 
brsama-Mu...Ya ILAHI.


Thursday, 15 March 2012

Hamba-Mu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mencapai
Hasrat murni di dalam Hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan Restu ILAHI
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di Hati terang... Ø§Ù„له
Tunjukkan jalan seandainya hilang... Ø§Ù„له
Tegakkan perjalanan yg bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi-Mu ku berserah
Terimalah ku Hamba-Mu ALLAH

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Terimalah ku Hamba-Mu ALLAH


Hidayah ALLAH itu perlu di cari bukan sekadar menanti. Soal jodoh sudah ketentuan ILAHI. Yang perlu kita usahakan sekarang ialah untuk menjadi yang terbaik, kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.


Tahajjud Cinta...Terus Bertasbih di Jalan ALLAH


Wednesday, 14 March 2012

Maha Melihat

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafas ku
Hitam putih di hidup ku
Jalani Takdir ku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yg terlupa
Segala apa yg terjadi
Engkaulah Saksinya

KAU yg Maha Mendengar
KAU yg Maha Melihat
KAU yg Maha Pemaaf
Pada-Mu Hati bertaubat

KAU yg Maha Pengasih
KAU yg Maha Penyayang
KAU yg Maha Pelindung
Pada-Mu semua bergantung

Yang diCinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dgn tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang & terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup tak kan bisa
Meski derai air mata




Bila terasa saat berdoa kepada-Nya ketika dlm Solat Fardhu masih tidak mencukupi...
"Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yg menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina'." (Al-Mu'min: 60)
Berbahagialah orang-orang yg beriman kepada-Nya...


"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat."
(Al-Baqarah: 214)


Doa itu senjata bagi orang mukmin & ketahuilah ALLAH sentiasa ada utk kita krn DIA Maha Melihat..Maha Mendengar..Maha Pelindung, DIA jugalah Maha Mengetahui setiap apa yg tersembunyi...Teruskan Doa mu wahai saudara ku.


Monday, 12 March 2012

Bila saya Mula Melihat Sebuah Kehidupan

Tak perlu aku ragui
Sucinya Cinta yg kau beri
Kita saling Kasih Mengasihi
Dengan setulus Hati

Ayah Ibu merestui
Menyarung Cincin di jari
Dengan Rahmat dari ILAHI
Cinta kita pun bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari Ilmu rumah tangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju Hari yg Bahagia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku...Oh..Kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di sana kita bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta kita
Di dalam Redha ILAHI
Berdoalah selalu
Moga Jodoh berpanjangan


Alhamdulillah, ili dah selesai kursus kahwin semalam. Banyak ili dpt feedback dr rakan2 sbb ili beria nk p kursus ni kn. Biasalah plg standard org akan kata "nak kahwin lh tu", ada jgk yg kata "mental" & "semangat btul ili dgn kursus ni". Semua kenyataan tu tepat...knp? Mmg ili nk kahwin tp bukan skrg..tgu ALLAH dtgkn saatnya. Mental sbb mmg ili nk ubat mental especially hati. Syukur sgt sbb ili dpt 'ubat' tu, semakin bertambah ketenangan, insyaALLAH. Semangat, ya...mmg semangat pn. Rasanya ni lh kursus plg best yg pernah ili prg,haha. Syukur lg sbb ALLAH bukak kn pintu hati ili tk join kursus kahwin kali ni, kalau dulu ili p mungkin ili xkn dpt apa yg ili nk kn & mngkin input pn x sbrapa. Tapi kali ni ili prg kursus kahwin dgn 1 perasaan yg lain sgt. Mula2 masuk dewan lepas daftar ili rasa terharu, sayu, sebak, rasa nk nangis...mcm2 rasa ada. Sebelum start majlis diorg mainkan lagu kat atas tu..'Kasih Kekasih', aduhh lg mndayu2 hati ni,hehe. Macam x best plak klau ili cerita intipati yg trdpat dlm kursus tu kn so konklusinya sapa yg nk tw cm ne perasaan @ apa yg ada dlm kursus kahwin ni cepat2 lah daftar tk p kursus ek,he. Ingat, prg kursus kahwin bukan sbb semata2 nk kahwin n nk dpt sijil je tw. Ilmu dlm tu lg penting, at least kita masih ada peluang utk buat persiapan sblm melangkah ke alam rumah tangga. x kisah la jodoh kita dtg bila pn, yg pasti apabila tiba saatnya ia hadir nt kita dh bersedia mental & fizikal utk terima keadaan tu. Percayalah, ALLAH xkn hadirkan sesuatu sblm tepat masa & ketikanya sbb DIA tahu kemampuan setiap hamba-Nya.


Sijil ili kat atas ni x laku lg, typing error kat nama,hehe. Kata sahabat ili, bnda ni xleh buat main2. Kalau salah nama kat sijil lain blh buat xtw je tp ni Sijil Kursus Praperkahwinan, silap hrbln kena reject dgn tok Imam, kesian bakal suami...kena delay akad nikah,haha. Terpaksalah renew sijil baru kat Pjbt Agama tp xpe usm punyer student pusat Islam akn setel kn, kita hantar n p ambik sijil baru je. Perasaan ili setelah selesai kursus ni...huhu...Hanya ALLAH yg Tahu. Kata ustaz, kursus kahwin ni hanyalah permulaan kpd sebuah kehidupan suami isteri, ilmu yg diberi masih terlalu sedikit utk menjamin sebuah kebahagiaan dlm rumah tangga. Oleh itu, suami isteri perlulah sentiasa mencari ilmu2 itu sepanjang hayat menyatukan mereka dlm hubungan baitul muslim dakwah ini.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya lelaki mukmin yg sempurna imannya ialah mereka yg baik tingkah lakunya & lemah lembut terhadap isteri & anak-anaknya." (Riwayat al-Tirmizi)

Yang ku dambakan...

Rasulullah SAW Bersabda:
"Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau & bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau & bila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya & harta engkau." (Riwayat al-Tirmizi)

Yang ku inginkan...

Kursus Kahwin sudah...sekarang masa utk ili buat persediaan. Selebihnya, biarkan takdir ALLAH yg menentukan. Bila & siapa...itu urusan-Nya, ili hanya mampu berdoa & Redha akan ketentuan ALLAH SWT.
'Kalaulah semua org dpt m'bayangkan Keindahan Perkahwinan dlm Islam mesti xde org yg b'couple @ menyimpan niat utk memiliki teman lelaki/wanita.' <sedih, kecewa, rasa bersalah sgt tgk sahabat2 yg couple tp ili x mampu nk tolong lpaskan diorg dari dosa itu...hanya doa yg ku kirimkan>


_Sabar Meniti Hari Demi Mencari Redha ILAHI_


Friday, 9 March 2012

Kemaafan yg ku pinta

Assalamualaikum W.R.T., x sempat nk tulis blik, capture yg ili dh tulis kat fb je lh,hehe.






I really means what i say it. ili buat kemaafan & terima kasih umum sbb byk sgt lau nk specific kat smua,he. Kpd dia...bukan salah dia yg buat ili 'trjatuh' tapi hati ili yg lemah. Mtk maaf sgt2, ili xde niat nk menambah dosa dia. Salah ili...buat lg tindakan berani mati tu kn dah membunuh diri sendiri,haha. Tapi Hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnya yg brlaku & Rahsia itu hanya ili kongsi dgn DIA. Andai takdir terlaksana...dia akan tw jg. Terima kasih sbb buat ili tersenyum walaupun kadang-kadang gelisah dlm hati.:-)



<berdebar nk p kursus kahwin esk,hehe>


My Heart

*Nak pinjam artikel iluvislam ni, rasa cm...:-)

Assalamualaikum Solehah,
Apa khabar Hati & Imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai Solehah, payah bukan tatkala kita Jatuh Cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
<sakit>

Namun, tuntunlah Fitrah itu sebaiknya dgn Zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan Hatimu dgn kerinduan yg dusta.
Hatimu & Hatinya bukan milik sesiapa.
Milik Pencipta kita selamanya. Dia yg memegang Hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian...sebagai Tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yg mengawal rasa itu.
DIA Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
DIA Maha Mendengar bukan? DIA lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambaNya yg solehah tidak didengari.
Ingat, ALLAH akan berikan kita semua yg kita perlu,
Bukan semua yg kita Mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua Duhai Solehah.
Saat Hatimu & Hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kpd-Nya.
Imam solatmu akan tiba kelak...dekat.
Penantianmu akan berakhir dgn sebenar-benar persediaan.
Ilmu, Hati & Doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia...Mujahadahlah Wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah Sayangku Solehah.

<Terima kasih kpd penulis ni...thanks a lot>




Tapi, saya bukan solehah. Saya takut...xtw cmne nk terjemahkan apa yg saya rasa skrg. 
Memang perit...sakit & susahnya bermujahadah melawan perasaan sendiri. Hanya tenang sekejap bila bertemu dgn-Nya...xtw lh cm ne org yg couple tu melawan nafsu diorg. Nauzubillah, saya xnk mcm tu. ALLAH tahu kemampuan saya...ALLAH tahu apa yg saya inginkan.


Ya ALLAH...Kuatkan aku!


*artikel sebelum ni...tgu sambungannya ya, gambar tu sbnrnya nk letak gmbar lain tp ia xnk trima, nk jgk gmbr tu, biar je lh,haha**



Thursday, 8 March 2012

Cinta High Class

Kalau Cinta ALLAH tu Cinta 1st Class, Cinta High Class ni cm ne pulak? ili x berani nk explain bab ni lbh2 bimbang ada ayat yg akn menimbulkan kekeliruan @ terpesong dr yg sepatutnya. So, as usual...copy paste from web iluvislam,hehe.
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan ALLAH nombor satu, Cintamu padaku kerana ALLAH mu yg satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya ALLAH, aku memohon cinta-Mu dan Cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada Cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikanlah Cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara ALLAH menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa & ini barulah High Class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dgn mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dgn menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan..Bila Halal..penuh keterujaan.
Cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan kepada Insan Istimewa bernama Suami atau Isteri, BUKAN untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi ALLAH...Itu tanda jauhi Fitnah...Itu tanda sebuah Mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di Dunia atau di Syurga. Akan ku simpan Perasaan Ajaib ini. Akan ku luahkan untukmu setelah Akad mengHalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
Untuk Suamiku,
Datanglah kpd ili jika ALLAH telah izinkan,
<continue>







Monday, 5 March 2012

Senyum Sorg2

Hari ni p hantar borang kursus kahwin kat pusat Islam, time nk bayar tu akak kat kaunter tanya...
"nak buat sekali ke asing2?"
ili x faham...apa yg sekali & asing2, knp ada sekali @ asing2. Last ili jawab buat sekali je la <dgn x faham apa2>
Masa hulur duit, akak tu terkejut tgk jumlah duit yg ili bagi then dia cakap,
"owh, nak bayar utk sorang je ke?"...ili jawab ya. Masa ni baru faham apa maksud soalan akak td, ili mula tersenyum sorg2. Akak tu igt ili p daftar kursus sekali dgn bakal suami kot tu yg dia tanya mcm tu. Agaknya ada seri org nk kahwin kat muka ili xpn muka ili nmpak matured sgt smpai org kata layak kahwin dah bdk ni,haha.

See...160 to 80, hehe
Kenapa ili nak ambik kursus kahwin skrg?
  • ili nak faham tanggungjawab sebagai seorang isteri dlm institusi rumahtangga
  • nak bagi peluang kpd diri sendiri utk membuat persiapan sebelum ili menamatkan zaman bujang 
  • persediaan...
Yes, preparation...semua org ada niat & impian utk mendirikan rumahtangga kn. x semestinya p kursus kahwin sbb semata2 nk kahwin je...that is me. Tahun lepas masa usm buat kursus kahwin, ili mmg plan nk ambk dh tp last minit tiba2 berat hati pulak nk isi borang, terus x jd. Tahun ni ili ternanti2 kursus kahwin yg usm buat, igt xde dah sbb biasa diorg buat 2 tahun sekali tp disebabkan ada cerita yg ili x pasti jugak berkenaan sistem kursus kahwin yg akan berubah lepas ni tu yg usm buat jgk tahun ni. 
Bahagia tapi takut...
xtw la...ili takut sgt dgn diri ili skrg, rasa mcm...uhh susahnya nk citer.
Ku percaya akan-Nya...ALLAH tahu apa yg terbaik.
Based on this entry, yg berkisahkan ttg kursus kahwin..ili nk masuk ckit bab cinta ni<mmg suka citer bab2 ni kn,haha>. ili ambk dr majalah ANIS keluaran terbaru.
Rasulullah SAW bersabda: "Cintailah, kasihilah kekasih (orang yg engkau cintai itu) sekadarnya sahaja krn suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yg engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja krn mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yg engkau kasihi." (Riwayat at-Tirmizi)
Dan berhati-hatilah dgn cinta kasih krn ia mmg boleh membutakan & menulikan org yg mengalaminya jika tidak di bawa pada jalan yg sepatutnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Cinta kasihmu kpd sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at-Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar-kadarnya sahaja melainkan mencintai ALLAH & Rasul-Nya maka perlu dgn sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Itulah sebenarnya Cinta Hakiki yg Abadi.



"Ya ALLAH, Kurniakan daku Cinta kasih kepada-Mu, Cinta kasih kpd 
orang-orang yg mengasihi-Mu, dan Cinta kasih kpd setiap amalan yg mendekatkan aku kepada-Mu."



Sunday, 4 March 2012

Kasih Ku Abadi

Kamar hati ku sekian lama
Suram dan sepi kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidup ku

Adam dan Hawa diciptakan-Nya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu dikasihi
Menyayangimu disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajah ku
Biar tenang resah di dada ku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan...

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Di tentu ALLAH Yang Esa
Perkenankan hasrat di Hati ku...


Tiada Salah Mencintai Tapi Cintailah yg Halal bagi Kamu


Wanita diciptakan Bukan drpd Tulang rusuk atas utk memerintah, Bukan drpd rusuk bawah utk dipijak, Tetapi terletaknya Rusuk itu di bahagian dada yg berdekatan dgn Tangan utk dibelai & dekat dgn Hati utk diSayangi...


Rusuk Siapakah yg Tangannya akan membelaiku, Hatinya menyayangiku..??


Selagi belum tiba saatnya, Rahsia itu tetap Milik-Mu.