*Nak pinjam artikel iluvislam ni, rasa cm...:-)
Assalamualaikum Solehah,
Apa khabar Hati & Imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..
Wahai Solehah, payah bukan tatkala kita Jatuh Cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
<sakit>
Namun, tuntunlah Fitrah itu sebaiknya dgn Zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan Hatimu dgn kerinduan yg dusta.
Hatimu & Hatinya bukan milik sesiapa.
Milik Pencipta kita selamanya. Dia yg memegang Hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian...sebagai Tarbiah.
Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yg mengawal rasa itu.
DIA Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
DIA Maha Mendengar bukan? DIA lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambaNya yg solehah tidak didengari.
Ingat, ALLAH akan berikan kita semua yg kita perlu,
Bukan semua yg kita Mahu.
Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua Duhai Solehah.
Saat Hatimu & Hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kpd-Nya.
Imam solatmu akan tiba kelak...dekat.
Penantianmu akan berakhir dgn sebenar-benar persediaan.
Ilmu, Hati & Doa perlu dirapi.
Andai belum cukup bersedia...Mujahadahlah Wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah Sayangku Solehah.
Tapi, saya bukan solehah. Saya takut...xtw cmne nk terjemahkan apa yg saya rasa skrg.
Memang perit...sakit & susahnya bermujahadah melawan perasaan sendiri. Hanya tenang sekejap bila bertemu dgn-Nya...xtw lh cm ne org yg couple tu melawan nafsu diorg. Nauzubillah, saya xnk mcm tu. ALLAH tahu kemampuan saya...ALLAH tahu apa yg saya inginkan.
Ya ALLAH...Kuatkan aku!
*artikel sebelum ni...tgu sambungannya ya, gambar tu sbnrnya nk letak gmbar lain tp ia xnk trima, nk jgk gmbr tu, biar je lh,haha**

No comments:
Post a Comment