Disebabkan ili jgk pernah post sal ni jd ili nk buat correction sikit, manusia x pernah lepas dr melakukan kesilapan sbb tu saling ingat mengingati tu penting. Jom kita share...
Saya melihat satu bicara mula tersebar dari kalangan Facebookers, yakni kata-kata:
"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.
Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."
Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.
1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.
2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.
Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.
3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di luh mahfduz sana".
Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.
Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.
4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.
5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.
Jadi saya suka kita memahami perkara ini,
dan berhentilah dari menyebarkannya.
---------------------------------------------------
Teringat pepatah melayu,
"Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali."
Sumber: fb Tautan Hati
Sejujurnya, kalau tanya pendapat ili sal ni...ili xlah 100% setuju yg kita x perlu mencari jodoh hanya krn jodoh itu telah ditetapkan oleh ILAHI. Kalau perempuan mungkin lah tp xkan lelaki pn nk buat benda sama jgk kn. Lau semua x mencari, mana nk dapat suami@isteri. Perempuan mungkin hanya boleh menanti org masuk meminang, lelaki nk tunggu dipinang jgk ke?huhu x berani ili nk cakap lbh2 hal ni. Kesimpulannya, tak kenal maka tak cinta. Islam x menghalang umatnya berkenalan antara lelaki & perempuan tp ada syarat2nya agar syariat tidak dilanggar, batasan agama pn terjaga. Kata ustazah ili dulu, lakukan istikharah utk 'mencari' suami mu...jgn tunggu ada org hantar wakil merisik @ dilamar baru nak buat istikharah. Ustazah ili tu, dia mula buat istikharah masa lepas hbs spm lg & dia jumpa suami dia di salah sebuah masjid. Citer seterusnya ili xtw tp nk gtw...mulakanlah istikharah cinta jika hatimu mula merindu akan kehadiran seorang lelaki dlm hidupmu. Jangan biarkan nafsu menguasai diri sehingga fitrah bertukar menjadi fitnah.
Hidayah itu Milik ALLAH, Jodoh itu juga Milik ALLAH. Carilah kedua-duanya agar lengkap sunnah Rasulullah SAW yg menjadi ikutan kita sebagai Umatnya...
Hidayah itu Milik ALLAH, Jodoh itu juga Milik ALLAH. Carilah kedua-duanya agar lengkap sunnah Rasulullah SAW yg menjadi ikutan kita sebagai Umatnya...
Bersaksi Cinta di atas Cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka Hati yg tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah Cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah Cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam Mahabbah Rindu
Di Istikharah Cinta...
"INGAT...Cari..Jodoh iaitu Suami BUKAN Teman Lelaki ya Sahabat2 ili Semua!!"
.png)
No comments:
Post a Comment