Wednesday, 29 February 2012

♥ 3 Stages of LoVe ♥

Cinta adalah perasaan jiwa & tarikan hati. Ia adalah fitrah, Islam mengiktiraf fitrah ini & menggariskan 3 peringkat cinta iaitu:
Cinta Agung, Cinta Pertengahan & Cinta Hina.
“Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” –   (At-Taubah:24)
Cinta paling Agung sudah tentu Cinta kepada-Nya...ALLAH S.W.T., Rasulullah S.A.W., & jihad di jalan-Nya. Tiada cinta yg boleh menyamai kedudukan cinta ini. Seterusnya, Cinta Pertengahan ialah Cinta yg terhasil drpd ikatan seseorang yg dikasihinya samada dgn ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan @ persaudaraan. Manakala Cinta Hina pula ialah cintakan taghut, syaitan, musuh-musuh-Nya, hawa nafsu, syahwat & m'utamakan kasih terhadap perkara lain melebihi rasa kasih & cintakan ALLAH, Rasul & jihad fisabilillah. 
Sebenarnya dlm Islam tidak ada langsung istilah Cinta bagi mereka yg belum ada ikatan perkahwinan. Lihatlah 3 peringkat Cinta yg digariskan, adakah Islam m'iktiraf cinta kpd teman lelaki? Hatta, cinta kpd tunang pun tidak diiktiraf inikan pula cinta kpd kekasih. Bagaimana kita boleh m'analisis ciri2 pasangan yg bercinta krn-Nya jika istilahnya pun tidak diiktiraf? Ingat, hal ini berbeza dgn dua insan yg saling jatuh cinta krn-Nya & menahan diri drpd asyik bercinta sehinggalah syariat m'halalkannya. Cinta yg hakiki adalah mencintai ALLAH, kemudian Rasulullah, next barulah selainnya. Ini adalah karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Al-Islam wa Al-Hubb):
"Kadang2 manusia tersalah menganggap Cintanya krn ALLAH padahal percintaannya menyebabkan makhluk-Nya lebih diagungkan drpd Pencipta makhluk-Nya itu sendiri. ALLAH S.W.T. diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas tapi jalannya tidak sesuai dgn syariat. Itulah yg dikesalkan. Dalam Islam ada beberapa perkara yg perlu disegerakan.
Apabila solat telah masuk waktunya,
Apabila jenazah utk dikebumikan,
Apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya-kalau dilambatkan buruk padahnya.
Kita boleh buat satu kesimpulan, Cinta krn-Nya hanya akan hadir selepas kahwin. Sebelum kahwin, andai terbit rasa cinta antara dua orang, mereka perlu segera dijodohkan. Bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorang. Lagipun, cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati yg dilakukan sepanjang percintaan. Maka syariat tetap terpelihara. Barulah Cinta-Nya tidak sirna dari hatinya."
Jatuh cinta itu tidak salah, asyik bercinta itu yg salah. Perasaan jatuh Cinta anugerah-Nya. Tapi kalau rasa ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan2 yg salah & tidak di Redhai ALLAH. Muhasabah balik, sentiasalah berdoa kpd-Nya agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yg DIA kehendaki & tidak menjauhkan kita dari-Nya. ALLAH S.W.T. Maha Penyayang.
Praktikalnya?
Tidak salah kalau seseorang itu tetap sayangkan org yg dia minati & di yakini org itu sudah tentu amat m'harapkannya. Cuma kikislah keaiban2 cinta spt bergayut di telefon dll. Perbuatan ini salah bukan perasaan jatuh cinta itu. Mujahadahlah secara perlahan2 & penuh kerelaan krn takut & Cintakan-Nya. Orang beriman utamakan kebenaran ILAHI dlm hidupnya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-kutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)” – (Al-Baqarah 2:165)
Justeru, seseorang itu perlukan masa utk mengubah situasi sedia ada. Jangan mengubahnya secara mendadak bimbang nanti tidak istiqomah mengubahnya. Waktu sekarang ini, fikirkan peranan & tanggungjawab sbg seorang hamba-Nya yg nak memenangi Redha ILAHI, pelajar yg nak cemerlang dlm pelajarannya & anak yg mahukan restu ibubapanya. Tanggungjawab ini semua perlukan komitmen yg bukan sedikit. Jangan biarkan ia terabai krn seungkap nama lelaki yg bukan bergelar suami.
“Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan yang penzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang penzina tidak layak dikahwini, kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman” – (An-Nuur:3)

Sumber: http://www.al-fikrah.net/


~~SUAMIKU ~~
Jika wanita cantik yg dicari, dia bukan ili...
Jika wanita solehah yg dicari, dia bukan ili...
Jika wanita ayu yg dicari, dia bukan ili...
Jika wanita kaya yg dicari, dia bukan ili...

Jika wanita berpurdah yg dicari, dia bukan ili...

Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, dia adalah ili...

Pimpinlah ili agar kita sama2 dpt ke Syurga-Nya...Taman Firdausi

~~ISTERIMU~~


Nak cakap sal cinta sampai ili rasa boring...boleh x? hehe. Sebenarnya nk kejar tarikh 29 Feb 2012 ni tu yg post byk2 tp still x smpat jgk...xcapai target. Yalah, tarikh ni kn dtg 4 tahun skali je, entah 4 tahun lg blog ni msih ada @ x, xpn pn pemilik blog yg dh xde,huhu...mati itu pasti k. Jgn dok igt cinta je...jodoh mmg ALLAH dh tetapkan, tdk di dunia DIA akan bg di akhirat sana tp Mati...bila2 masa je DIA akan pgl. <insaf lpas baca 1 status fb kwn td,he>
Tapi kan, impian ili...kalau blh ili nk ada suami sblm ili jumpa DIA, ili nk tunaikan hasrat Ummie, Mok a.k.a Nenek & Adik even Adik punyer impian tk melangkah bendul pintu kakaknya,huhu...adikku ini mmg agak advance ya. 

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
•.• WAHAI KAUM ADAM.. Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.•Bawalah dia ke jalan Allah•.•Nasihatilah dia•.•Perbetulkan kesilapannya•.•Jagalah dia dgn baik•.•Kasihanilah dia•.•Lindungilah dia•.•Berilah kasih sayang padanya•.•Hargailah dia•.•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.•Bersabar dengannya•.•Terimalah & cintailah kekurangannya•.•Jadi IMAM terbaik & Redhalah padanya♥♥♥♥
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


"Saat Lafaz Sakinah...ketika itulah Fitrah akan menjadi Anugerah"

Nak ambil kata2 ni tp tolong sgt2 bg sapa yg tw asal-usul kalimah ni...tlg jgn adakan gosip baru k...x sgup dah,huhu.
"Kadang kala, ia lebih bermakna jika gambar yg berkata-kata..."
_Cinta yg sebenar...membawa Kekasih ke Syurga bukan ke neraka_



No comments:

Post a Comment