Sunday, 10 June 2012

Al-Waddud::Mencintai Dengan Tulus

Assalamualaikum w.r.t.


Rasa Cinta bagaikan pohon di dalam Hati yg akarnya berupa kepatuhan kepada Pencipta (al-Khaliq), batangnya adalah makrifat kepada-Nya dan cabangnya adalah rasa takut kepada-Nya. Daun-daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya dan buahnya adalah ketaatan kepada-Nya, bajanya selalu ingat kepada-Nya, maka kecintaan yg tidak memiliki faktor-faktor tersebut bererti Cintanya tidak sempurna.
Sesiapa yg mampu mencintai ALLAH berdasarkan ilmu, maka dia akan mendapatkan hati yg khusyuk, jiwa yg qana'ah dan doa yg didengar. Sesiapa yg tidak boleh mencintai ALLAH, maka dia terjerat dgn empat perkara iaitu ilmu yg tidak bermanfaat, hati yg tidak khusyuk, jiwa yg tidak pernah berasa puas dan doa yg tidak dimakbulkan. Sehingga ilmunya menjadi bencana dan racun kepada dirinya dan dia tidak mengambil manfaat dari ilmunya kerana hatinya semakin jauh dari ALLAH, jiwa bertambah kering dan tamak, bahkan semakin bertambah rakus dan buas. Akhirnya, doanya tidak didengar akibat melanggar perintah ALLAH dan tidak menjauhi apa-apa yg dibenci & dimurkai-Nya. Imam al-Bukhari berkata, bahawa "al-Waddud" bererti kecintaan yg murni dan ALLAH mencintai setiap hamba-Nya yg beriman dan mereka juga mencintai-Nya dgn tulus.
Tips cinta yg dapat meraih Taman Syurga & kebahagiaan abadi:
Pertama & yg terutama mestilah meletakkan Cinta kepada ALLAH, kedua Cinta kepada Rasul-Nya iaitu kekasih ALLAH..Nabi Muhammad SAW. Ketiga adalah Cinta kepada Ibu & Ayah. Bagi wanita yg telah bersuami Cinta di tempat ketiga adalah Cinta kepada suaminya. 
Cinta keempat, kelima & seterusnya macam x wujud je atau mungkin ada cuma kadang-kadang manusia ni sukar utk membezakan antara Suka, Sayang, Cinta, Kasih, & Rindu. Ok, ili nak kena beli satu buku dulu baru boleh describe tentang perbezaan perasaan ni sbb ili sendiri pn x reti nk beza perasaan2 ni semua. Sebenarnya..ada perbezaan, dapat dilihat melalui tindakan & gerak hati tapi hanya orang2 terpilih je yg dapat merasainya. <<cakap mcm pro sgt ya ili, padahal ko sendiri pn susah nk faham bahasa hati ni...:-)


Ingat sahabat...letakkan Cinta ALLAH di tempat yg paling tinggi. Muhasabah kembali betapa besar nikmat Cinta yg telah dikurniakan ILAHI kpd kita..kenapa mesti kita curang dengan-Nya. Jangan lebihkan kekasih @ teman lelaki semata. Itu bukan cinta namanya...and please Islamic Couple Tak Pernah wujud & Tak kan ada. Couple in Islam is Nikah. Dan jangan adakan 'in a relationship' dgn alasan bercinta & berhubungan kerana ALLAH. Menghalalkan yg Haram itu tetap Haram hukumnya.
<sedih bila tgk sahabat sendiri mewujudkan islamic couple>

  • My Life Novel dah makin cantik, bagi ili lah..org lain xtw. Minat lain2. So, idea mencurah-curah dtg tk menulis, gangguan betul time2 darurat nk exam ni. Bagi mengelakkan idea tu hilang berterbangan begitu sj, ili terpaksa buat sticky note. Cuti ni mmg jd full time blogger lh kan...ya2 je full time blogger, dok rumah nt jd surirumah sepenuh masa adalah kot,hehe.
  • Di saat2 genting ni, ili nak mohon ampun...Maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali ili sama ada secara langsung atau tidak langsung. and dont forget to make doa for me for this final exam, ok?
~wassalam~

No comments:

Post a Comment