Sunday, 17 June 2012

Kerana Malu..

Assalamualaikum w.r.t.

Kerana malu ili convert entry sebelum ni..entry 'Aku Anak Kampung' dari published ke draft balik sebab apa...sebab malu la,hehe. Cukup 24 jam je publish, bertuahlah kalau siapa yg sempat baca tu. Kalau dia pun dah terbaca lagi bertambah malu ili,haha. <ili2...sejak bila pandai malu lebih2 ni,hee>
Kerana malu juga ada sedikit kesal dgn tindakan ili dulu..
Kerana malu ili Redha dgn Takdir yg telah tersurat utk ili & dia..
Bab kata Ummie "Kalau ada jodoh tak ke mana"..
Ya..kerana jodoh itu telah ditetapkan oleh ALLAH sejak kita dalam kandungan ibu kita lg, bukan jodoh je..rezeki, ajal maut, kahwin @ tidak, takdir kita hidup di dunia ni semua tu telah tersurat cuma masih menjadi tersirat kerana perkara2 tu semua adalah Rahsia ILAHI. Manusia hanya boleh berusaha, doa & tawakal. Redha akan ketentuan-Nya. Jaga ikhtilat, jaga hati, jaga iman, jaga hubungan dgn ALLAH & berusahalah menjadi yg terbaik. Dan perlu di ingat..kalau kita bermimpi, berangan utk mendapatkan kebahagiaan di dunia & akhirat jangan mulakan sesuatu tu dgn maksiat. Dalam apa jua perkara letaklah agama sebagai rujukan utama, insyaALLAH...bahagia akan menjadi milikmu.
  • Pendek je entry kali ni sebab...malu,ha3
  • Semalam ada seorang sahabat fb bertanya tentang mandi wajib...antara mandi nifas & mandi wiladah. Ramai yg masih keliru & x tahu pasal benda ni. ili cuma bagi sedikit info yg ili tw ttg perbezaan dua jenis mandi wajib ni & hukumnya. InsyaALLAH..ili akan buat satu entry tentang mandi wajib pula agar dapat membantu kaum2 sejenis ili di luar sana yg masih kurang faham ttg benda ni. Kita orang perempuan x boleh ambik mudah hal ni tw sebabnya antara sebab seseorang itu wajib mandi wajib mmg byk terletak kepada perempuan..k2, nt ili sambung penjelasannya pada entry terkemudian k...:-)
  • ili sensitif sgt dgn gerak hati ili sekarang, dulu x pernah ambik peduli pn ttg gerak hati sendiri...so lepas ni ili xkan publish entry yg ili dah buat tp hati ili memberat agar tidak publish entry tersebut. Contohnya entry 'Aku Anak Kampung' tu..patutlah rasa hati tak 100% rela lepas publish mmg saja memalukan diri sendiri je,haha.
  • ili nak minta maaf...mohon ampun zahir & batin. Kot2 ada yg terasa hati dgn ili kan...sesungguhnya salah satu sebab agar hati menjadi tenang adalah dgn membiasakan diri utk saling minta maaf & memberi kemaafan...^_^

~wassalam~


No comments:

Post a Comment