Tuesday, 19 June 2012

Solat Sunat Awwabin

Assalamualaikum w.r.t.

Bila datang mood nak jadi Ustazah ni jangan tangguh2 lg, kena cepat2 realisasikan sebelum bertukar watak menjadi penulis novel jiwang,hehe. Segmen ilmu pulak so xdelah blog ni jadi diari luahan rasa hati ili je kan yg akhirnya akan buat ili malu sendiri,haha. Nak buat baik ni x boleh bertangguh..mana tw kot2 hayat ili sampai saat ni je, at least sempat ili buat satu entry sbg wasiat..bekalan utk akhirat kelak. Semoga bermanfaat utk semua.




Solat Sunat Awwabin...first time ili dgr waktu usrah baru2 ni, tak pernah buat lg tapi insyaALLAH ada niat tk tunaikannya. Rasa kurang sgt3 lg ilmu berkenaan solat ni, yg wajib pun cm x sepenuhnya faham apatah lg 45 jenis solat lain yg kita xtw. Kerdilnya seorang hamba & malu utk bertemu dengan Penciptanya...
Solat Sunat Awwabin adalah solat sunat yg dikerjakan di antara waktu Maghrib dgn Isyak. Solat ini boleh dilakukan dgn dua rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga tiga kali solat (6 rakaat dgn 3 salam).
Kelebihan Solat Sunat Awwabin adalah bertujuan memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa. Perkataan 'Awwabin' sendiri berasal dari Bahasa Arab yg bererti orang yg sering bertaubat. Ia juga dikenali sebagai Solat Sunat 'Hifzul Iman' (memelihara iman) maka adalah digalakkan melakukan Solat Sunat Awwabin/Hifzul Iman. Harus dipesankan di sini Solat Sunat Awwabin ini hendaklah dilakukan tanpa ada 'bercakap-cakap' selepas selesai solat fardhu Maghrib.
Lafaz niat Solat:
Bacaan dalam solat:
(i) Solat Pertama::Membaca al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas enam kali, Surah al-Falaq sekali dan Surah an-Nas sekali pada rakaat yg pertama dan kedua kemudian disudahi dgn salam.
(ii) Solat Kedua::Membaca al-Fatihah diikuti surah yg dikehendaki pada rakaat yg pertama dan kedua kemudian disudahi dgn salam <boleh pilih mana2 surah>.
(iii) Solat Ketiga::Membaca al-Fatihah diikuti dgn surah al-Kafirun sekali pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas sekali pada rakaat kedua kemudian disudahi dgn salam.


Doa: Tiada doa khusus utk Solat Sunat Awwabin <mungkin ada tapi tiada dalam sumber simpanan ili>. Namun begitu, sebaik-baik doa adalah doa yg kita fahami maksudnya, tak kisah nak guna Bahasa Arab @ Melayu janji niat kita..hajat kita sampai kpd ALLAH. Makbul atau tak, itu bukan urusan kita..DIA lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya & ALLAH memberi apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. 


Di saat kita meminta untuk pandai, masalah pula yg timbul..
Di saat kita meminta bahagia, derita pula yg dirasa..
Sampai kekadang kita sering kali berputus asa dgn Rahmat-Nya..
Andainya kita tahu..telah bersabda jibril 
"Wahai Tuhanku, KAU makbulkanlah permintaan hamba-Mu itu."
Lantas ALLAH bersabda
 "Biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya."

~Renung2kan & Selamat Beramal...wassalam~

p/s::Kalau ada silap salah dgn tulisan ili ni mtk bagi teguran ya, syukran jazillan.:-)

No comments:

Post a Comment