Monday, 5 March 2012

Senyum Sorg2

Hari ni p hantar borang kursus kahwin kat pusat Islam, time nk bayar tu akak kat kaunter tanya...
"nak buat sekali ke asing2?"
ili x faham...apa yg sekali & asing2, knp ada sekali @ asing2. Last ili jawab buat sekali je la <dgn x faham apa2>
Masa hulur duit, akak tu terkejut tgk jumlah duit yg ili bagi then dia cakap,
"owh, nak bayar utk sorang je ke?"...ili jawab ya. Masa ni baru faham apa maksud soalan akak td, ili mula tersenyum sorg2. Akak tu igt ili p daftar kursus sekali dgn bakal suami kot tu yg dia tanya mcm tu. Agaknya ada seri org nk kahwin kat muka ili xpn muka ili nmpak matured sgt smpai org kata layak kahwin dah bdk ni,haha.

See...160 to 80, hehe
Kenapa ili nak ambik kursus kahwin skrg?
  • ili nak faham tanggungjawab sebagai seorang isteri dlm institusi rumahtangga
  • nak bagi peluang kpd diri sendiri utk membuat persiapan sebelum ili menamatkan zaman bujang 
  • persediaan...
Yes, preparation...semua org ada niat & impian utk mendirikan rumahtangga kn. x semestinya p kursus kahwin sbb semata2 nk kahwin je...that is me. Tahun lepas masa usm buat kursus kahwin, ili mmg plan nk ambk dh tp last minit tiba2 berat hati pulak nk isi borang, terus x jd. Tahun ni ili ternanti2 kursus kahwin yg usm buat, igt xde dah sbb biasa diorg buat 2 tahun sekali tp disebabkan ada cerita yg ili x pasti jugak berkenaan sistem kursus kahwin yg akan berubah lepas ni tu yg usm buat jgk tahun ni. 
Bahagia tapi takut...
xtw la...ili takut sgt dgn diri ili skrg, rasa mcm...uhh susahnya nk citer.
Ku percaya akan-Nya...ALLAH tahu apa yg terbaik.
Based on this entry, yg berkisahkan ttg kursus kahwin..ili nk masuk ckit bab cinta ni<mmg suka citer bab2 ni kn,haha>. ili ambk dr majalah ANIS keluaran terbaru.
Rasulullah SAW bersabda: "Cintailah, kasihilah kekasih (orang yg engkau cintai itu) sekadarnya sahaja krn suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yg engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja krn mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yg engkau kasihi." (Riwayat at-Tirmizi)
Dan berhati-hatilah dgn cinta kasih krn ia mmg boleh membutakan & menulikan org yg mengalaminya jika tidak di bawa pada jalan yg sepatutnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Cinta kasihmu kpd sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at-Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar-kadarnya sahaja melainkan mencintai ALLAH & Rasul-Nya maka perlu dgn sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Itulah sebenarnya Cinta Hakiki yg Abadi.



"Ya ALLAH, Kurniakan daku Cinta kasih kepada-Mu, Cinta kasih kpd 
orang-orang yg mengasihi-Mu, dan Cinta kasih kpd setiap amalan yg mendekatkan aku kepada-Mu."



No comments:

Post a Comment