Monday, 12 March 2012

Bila saya Mula Melihat Sebuah Kehidupan

Tak perlu aku ragui
Sucinya Cinta yg kau beri
Kita saling Kasih Mengasihi
Dengan setulus Hati

Ayah Ibu merestui
Menyarung Cincin di jari
Dengan Rahmat dari ILAHI
Cinta kita pun bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari Ilmu rumah tangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju Hari yg Bahagia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku...Oh..Kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di sana kita bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta kita
Di dalam Redha ILAHI
Berdoalah selalu
Moga Jodoh berpanjangan


Alhamdulillah, ili dah selesai kursus kahwin semalam. Banyak ili dpt feedback dr rakan2 sbb ili beria nk p kursus ni kn. Biasalah plg standard org akan kata "nak kahwin lh tu", ada jgk yg kata "mental" & "semangat btul ili dgn kursus ni". Semua kenyataan tu tepat...knp? Mmg ili nk kahwin tp bukan skrg..tgu ALLAH dtgkn saatnya. Mental sbb mmg ili nk ubat mental especially hati. Syukur sgt sbb ili dpt 'ubat' tu, semakin bertambah ketenangan, insyaALLAH. Semangat, ya...mmg semangat pn. Rasanya ni lh kursus plg best yg pernah ili prg,haha. Syukur lg sbb ALLAH bukak kn pintu hati ili tk join kursus kahwin kali ni, kalau dulu ili p mungkin ili xkn dpt apa yg ili nk kn & mngkin input pn x sbrapa. Tapi kali ni ili prg kursus kahwin dgn 1 perasaan yg lain sgt. Mula2 masuk dewan lepas daftar ili rasa terharu, sayu, sebak, rasa nk nangis...mcm2 rasa ada. Sebelum start majlis diorg mainkan lagu kat atas tu..'Kasih Kekasih', aduhh lg mndayu2 hati ni,hehe. Macam x best plak klau ili cerita intipati yg trdpat dlm kursus tu kn so konklusinya sapa yg nk tw cm ne perasaan @ apa yg ada dlm kursus kahwin ni cepat2 lah daftar tk p kursus ek,he. Ingat, prg kursus kahwin bukan sbb semata2 nk kahwin n nk dpt sijil je tw. Ilmu dlm tu lg penting, at least kita masih ada peluang utk buat persiapan sblm melangkah ke alam rumah tangga. x kisah la jodoh kita dtg bila pn, yg pasti apabila tiba saatnya ia hadir nt kita dh bersedia mental & fizikal utk terima keadaan tu. Percayalah, ALLAH xkn hadirkan sesuatu sblm tepat masa & ketikanya sbb DIA tahu kemampuan setiap hamba-Nya.


Sijil ili kat atas ni x laku lg, typing error kat nama,hehe. Kata sahabat ili, bnda ni xleh buat main2. Kalau salah nama kat sijil lain blh buat xtw je tp ni Sijil Kursus Praperkahwinan, silap hrbln kena reject dgn tok Imam, kesian bakal suami...kena delay akad nikah,haha. Terpaksalah renew sijil baru kat Pjbt Agama tp xpe usm punyer student pusat Islam akn setel kn, kita hantar n p ambik sijil baru je. Perasaan ili setelah selesai kursus ni...huhu...Hanya ALLAH yg Tahu. Kata ustaz, kursus kahwin ni hanyalah permulaan kpd sebuah kehidupan suami isteri, ilmu yg diberi masih terlalu sedikit utk menjamin sebuah kebahagiaan dlm rumah tangga. Oleh itu, suami isteri perlulah sentiasa mencari ilmu2 itu sepanjang hayat menyatukan mereka dlm hubungan baitul muslim dakwah ini.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya lelaki mukmin yg sempurna imannya ialah mereka yg baik tingkah lakunya & lemah lembut terhadap isteri & anak-anaknya." (Riwayat al-Tirmizi)

Yang ku dambakan...

Rasulullah SAW Bersabda:
"Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau & bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau & bila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya & harta engkau." (Riwayat al-Tirmizi)

Yang ku inginkan...

Kursus Kahwin sudah...sekarang masa utk ili buat persediaan. Selebihnya, biarkan takdir ALLAH yg menentukan. Bila & siapa...itu urusan-Nya, ili hanya mampu berdoa & Redha akan ketentuan ALLAH SWT.
'Kalaulah semua org dpt m'bayangkan Keindahan Perkahwinan dlm Islam mesti xde org yg b'couple @ menyimpan niat utk memiliki teman lelaki/wanita.' <sedih, kecewa, rasa bersalah sgt tgk sahabat2 yg couple tp ili x mampu nk tolong lpaskan diorg dari dosa itu...hanya doa yg ku kirimkan>


_Sabar Meniti Hari Demi Mencari Redha ILAHI_


Friday, 9 March 2012

Kemaafan yg ku pinta

Assalamualaikum W.R.T., x sempat nk tulis blik, capture yg ili dh tulis kat fb je lh,hehe.






I really means what i say it. ili buat kemaafan & terima kasih umum sbb byk sgt lau nk specific kat smua,he. Kpd dia...bukan salah dia yg buat ili 'trjatuh' tapi hati ili yg lemah. Mtk maaf sgt2, ili xde niat nk menambah dosa dia. Salah ili...buat lg tindakan berani mati tu kn dah membunuh diri sendiri,haha. Tapi Hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnya yg brlaku & Rahsia itu hanya ili kongsi dgn DIA. Andai takdir terlaksana...dia akan tw jg. Terima kasih sbb buat ili tersenyum walaupun kadang-kadang gelisah dlm hati.:-)



<berdebar nk p kursus kahwin esk,hehe>


My Heart

*Nak pinjam artikel iluvislam ni, rasa cm...:-)

Assalamualaikum Solehah,
Apa khabar Hati & Imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai Solehah, payah bukan tatkala kita Jatuh Cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
<sakit>

Namun, tuntunlah Fitrah itu sebaiknya dgn Zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan Hatimu dgn kerinduan yg dusta.
Hatimu & Hatinya bukan milik sesiapa.
Milik Pencipta kita selamanya. Dia yg memegang Hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian...sebagai Tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yg mengawal rasa itu.
DIA Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
DIA Maha Mendengar bukan? DIA lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambaNya yg solehah tidak didengari.
Ingat, ALLAH akan berikan kita semua yg kita perlu,
Bukan semua yg kita Mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua Duhai Solehah.
Saat Hatimu & Hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kpd-Nya.
Imam solatmu akan tiba kelak...dekat.
Penantianmu akan berakhir dgn sebenar-benar persediaan.
Ilmu, Hati & Doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia...Mujahadahlah Wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah Sayangku Solehah.

<Terima kasih kpd penulis ni...thanks a lot>




Tapi, saya bukan solehah. Saya takut...xtw cmne nk terjemahkan apa yg saya rasa skrg. 
Memang perit...sakit & susahnya bermujahadah melawan perasaan sendiri. Hanya tenang sekejap bila bertemu dgn-Nya...xtw lh cm ne org yg couple tu melawan nafsu diorg. Nauzubillah, saya xnk mcm tu. ALLAH tahu kemampuan saya...ALLAH tahu apa yg saya inginkan.


Ya ALLAH...Kuatkan aku!


*artikel sebelum ni...tgu sambungannya ya, gambar tu sbnrnya nk letak gmbar lain tp ia xnk trima, nk jgk gmbr tu, biar je lh,haha**



Thursday, 8 March 2012

Cinta High Class

Kalau Cinta ALLAH tu Cinta 1st Class, Cinta High Class ni cm ne pulak? ili x berani nk explain bab ni lbh2 bimbang ada ayat yg akn menimbulkan kekeliruan @ terpesong dr yg sepatutnya. So, as usual...copy paste from web iluvislam,hehe.
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan ALLAH nombor satu, Cintamu padaku kerana ALLAH mu yg satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya ALLAH, aku memohon cinta-Mu dan Cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada Cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikanlah Cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara ALLAH menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa & ini barulah High Class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dgn mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dgn menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan..Bila Halal..penuh keterujaan.
Cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan kepada Insan Istimewa bernama Suami atau Isteri, BUKAN untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi ALLAH...Itu tanda jauhi Fitnah...Itu tanda sebuah Mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di Dunia atau di Syurga. Akan ku simpan Perasaan Ajaib ini. Akan ku luahkan untukmu setelah Akad mengHalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
Untuk Suamiku,
Datanglah kpd ili jika ALLAH telah izinkan,
<continue>







Monday, 5 March 2012

Senyum Sorg2

Hari ni p hantar borang kursus kahwin kat pusat Islam, time nk bayar tu akak kat kaunter tanya...
"nak buat sekali ke asing2?"
ili x faham...apa yg sekali & asing2, knp ada sekali @ asing2. Last ili jawab buat sekali je la <dgn x faham apa2>
Masa hulur duit, akak tu terkejut tgk jumlah duit yg ili bagi then dia cakap,
"owh, nak bayar utk sorang je ke?"...ili jawab ya. Masa ni baru faham apa maksud soalan akak td, ili mula tersenyum sorg2. Akak tu igt ili p daftar kursus sekali dgn bakal suami kot tu yg dia tanya mcm tu. Agaknya ada seri org nk kahwin kat muka ili xpn muka ili nmpak matured sgt smpai org kata layak kahwin dah bdk ni,haha.

See...160 to 80, hehe
Kenapa ili nak ambik kursus kahwin skrg?
  • ili nak faham tanggungjawab sebagai seorang isteri dlm institusi rumahtangga
  • nak bagi peluang kpd diri sendiri utk membuat persiapan sebelum ili menamatkan zaman bujang 
  • persediaan...
Yes, preparation...semua org ada niat & impian utk mendirikan rumahtangga kn. x semestinya p kursus kahwin sbb semata2 nk kahwin je...that is me. Tahun lepas masa usm buat kursus kahwin, ili mmg plan nk ambk dh tp last minit tiba2 berat hati pulak nk isi borang, terus x jd. Tahun ni ili ternanti2 kursus kahwin yg usm buat, igt xde dah sbb biasa diorg buat 2 tahun sekali tp disebabkan ada cerita yg ili x pasti jugak berkenaan sistem kursus kahwin yg akan berubah lepas ni tu yg usm buat jgk tahun ni. 
Bahagia tapi takut...
xtw la...ili takut sgt dgn diri ili skrg, rasa mcm...uhh susahnya nk citer.
Ku percaya akan-Nya...ALLAH tahu apa yg terbaik.
Based on this entry, yg berkisahkan ttg kursus kahwin..ili nk masuk ckit bab cinta ni<mmg suka citer bab2 ni kn,haha>. ili ambk dr majalah ANIS keluaran terbaru.
Rasulullah SAW bersabda: "Cintailah, kasihilah kekasih (orang yg engkau cintai itu) sekadarnya sahaja krn suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yg engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja krn mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yg engkau kasihi." (Riwayat at-Tirmizi)
Dan berhati-hatilah dgn cinta kasih krn ia mmg boleh membutakan & menulikan org yg mengalaminya jika tidak di bawa pada jalan yg sepatutnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Cinta kasihmu kpd sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at-Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar-kadarnya sahaja melainkan mencintai ALLAH & Rasul-Nya maka perlu dgn sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Itulah sebenarnya Cinta Hakiki yg Abadi.



"Ya ALLAH, Kurniakan daku Cinta kasih kepada-Mu, Cinta kasih kpd 
orang-orang yg mengasihi-Mu, dan Cinta kasih kpd setiap amalan yg mendekatkan aku kepada-Mu."