Friday, 9 March 2012

Kemaafan yg ku pinta

Assalamualaikum W.R.T., x sempat nk tulis blik, capture yg ili dh tulis kat fb je lh,hehe.






I really means what i say it. ili buat kemaafan & terima kasih umum sbb byk sgt lau nk specific kat smua,he. Kpd dia...bukan salah dia yg buat ili 'trjatuh' tapi hati ili yg lemah. Mtk maaf sgt2, ili xde niat nk menambah dosa dia. Salah ili...buat lg tindakan berani mati tu kn dah membunuh diri sendiri,haha. Tapi Hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnya yg brlaku & Rahsia itu hanya ili kongsi dgn DIA. Andai takdir terlaksana...dia akan tw jg. Terima kasih sbb buat ili tersenyum walaupun kadang-kadang gelisah dlm hati.:-)



<berdebar nk p kursus kahwin esk,hehe>


My Heart

*Nak pinjam artikel iluvislam ni, rasa cm...:-)

Assalamualaikum Solehah,
Apa khabar Hati & Imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai Solehah, payah bukan tatkala kita Jatuh Cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
<sakit>

Namun, tuntunlah Fitrah itu sebaiknya dgn Zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan Hatimu dgn kerinduan yg dusta.
Hatimu & Hatinya bukan milik sesiapa.
Milik Pencipta kita selamanya. Dia yg memegang Hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian...sebagai Tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yg mengawal rasa itu.
DIA Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
DIA Maha Mendengar bukan? DIA lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambaNya yg solehah tidak didengari.
Ingat, ALLAH akan berikan kita semua yg kita perlu,
Bukan semua yg kita Mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua Duhai Solehah.
Saat Hatimu & Hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kpd-Nya.
Imam solatmu akan tiba kelak...dekat.
Penantianmu akan berakhir dgn sebenar-benar persediaan.
Ilmu, Hati & Doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia...Mujahadahlah Wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah Sayangku Solehah.

<Terima kasih kpd penulis ni...thanks a lot>




Tapi, saya bukan solehah. Saya takut...xtw cmne nk terjemahkan apa yg saya rasa skrg. 
Memang perit...sakit & susahnya bermujahadah melawan perasaan sendiri. Hanya tenang sekejap bila bertemu dgn-Nya...xtw lh cm ne org yg couple tu melawan nafsu diorg. Nauzubillah, saya xnk mcm tu. ALLAH tahu kemampuan saya...ALLAH tahu apa yg saya inginkan.


Ya ALLAH...Kuatkan aku!


*artikel sebelum ni...tgu sambungannya ya, gambar tu sbnrnya nk letak gmbar lain tp ia xnk trima, nk jgk gmbr tu, biar je lh,haha**



Thursday, 8 March 2012

Cinta High Class

Kalau Cinta ALLAH tu Cinta 1st Class, Cinta High Class ni cm ne pulak? ili x berani nk explain bab ni lbh2 bimbang ada ayat yg akn menimbulkan kekeliruan @ terpesong dr yg sepatutnya. So, as usual...copy paste from web iluvislam,hehe.
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan ALLAH nombor satu, Cintamu padaku kerana ALLAH mu yg satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya ALLAH, aku memohon cinta-Mu dan Cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada Cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikanlah Cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara ALLAH menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa & ini barulah High Class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dgn mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dgn menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan..Bila Halal..penuh keterujaan.
Cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan kepada Insan Istimewa bernama Suami atau Isteri, BUKAN untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi ALLAH...Itu tanda jauhi Fitnah...Itu tanda sebuah Mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di Dunia atau di Syurga. Akan ku simpan Perasaan Ajaib ini. Akan ku luahkan untukmu setelah Akad mengHalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
Untuk Suamiku,
Datanglah kpd ili jika ALLAH telah izinkan,
<continue>







Monday, 5 March 2012

Senyum Sorg2

Hari ni p hantar borang kursus kahwin kat pusat Islam, time nk bayar tu akak kat kaunter tanya...
"nak buat sekali ke asing2?"
ili x faham...apa yg sekali & asing2, knp ada sekali @ asing2. Last ili jawab buat sekali je la <dgn x faham apa2>
Masa hulur duit, akak tu terkejut tgk jumlah duit yg ili bagi then dia cakap,
"owh, nak bayar utk sorang je ke?"...ili jawab ya. Masa ni baru faham apa maksud soalan akak td, ili mula tersenyum sorg2. Akak tu igt ili p daftar kursus sekali dgn bakal suami kot tu yg dia tanya mcm tu. Agaknya ada seri org nk kahwin kat muka ili xpn muka ili nmpak matured sgt smpai org kata layak kahwin dah bdk ni,haha.

See...160 to 80, hehe
Kenapa ili nak ambik kursus kahwin skrg?
  • ili nak faham tanggungjawab sebagai seorang isteri dlm institusi rumahtangga
  • nak bagi peluang kpd diri sendiri utk membuat persiapan sebelum ili menamatkan zaman bujang 
  • persediaan...
Yes, preparation...semua org ada niat & impian utk mendirikan rumahtangga kn. x semestinya p kursus kahwin sbb semata2 nk kahwin je...that is me. Tahun lepas masa usm buat kursus kahwin, ili mmg plan nk ambk dh tp last minit tiba2 berat hati pulak nk isi borang, terus x jd. Tahun ni ili ternanti2 kursus kahwin yg usm buat, igt xde dah sbb biasa diorg buat 2 tahun sekali tp disebabkan ada cerita yg ili x pasti jugak berkenaan sistem kursus kahwin yg akan berubah lepas ni tu yg usm buat jgk tahun ni. 
Bahagia tapi takut...
xtw la...ili takut sgt dgn diri ili skrg, rasa mcm...uhh susahnya nk citer.
Ku percaya akan-Nya...ALLAH tahu apa yg terbaik.
Based on this entry, yg berkisahkan ttg kursus kahwin..ili nk masuk ckit bab cinta ni<mmg suka citer bab2 ni kn,haha>. ili ambk dr majalah ANIS keluaran terbaru.
Rasulullah SAW bersabda: "Cintailah, kasihilah kekasih (orang yg engkau cintai itu) sekadarnya sahaja krn suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yg engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja krn mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yg engkau kasihi." (Riwayat at-Tirmizi)
Dan berhati-hatilah dgn cinta kasih krn ia mmg boleh membutakan & menulikan org yg mengalaminya jika tidak di bawa pada jalan yg sepatutnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Cinta kasihmu kpd sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at-Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar-kadarnya sahaja melainkan mencintai ALLAH & Rasul-Nya maka perlu dgn sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Itulah sebenarnya Cinta Hakiki yg Abadi.



"Ya ALLAH, Kurniakan daku Cinta kasih kepada-Mu, Cinta kasih kpd 
orang-orang yg mengasihi-Mu, dan Cinta kasih kpd setiap amalan yg mendekatkan aku kepada-Mu."



Sunday, 4 March 2012

Kasih Ku Abadi

Kamar hati ku sekian lama
Suram dan sepi kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidup ku

Adam dan Hawa diciptakan-Nya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu dikasihi
Menyayangimu disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajah ku
Biar tenang resah di dada ku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan...

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Di tentu ALLAH Yang Esa
Perkenankan hasrat di Hati ku...


Tiada Salah Mencintai Tapi Cintailah yg Halal bagi Kamu


Wanita diciptakan Bukan drpd Tulang rusuk atas utk memerintah, Bukan drpd rusuk bawah utk dipijak, Tetapi terletaknya Rusuk itu di bahagian dada yg berdekatan dgn Tangan utk dibelai & dekat dgn Hati utk diSayangi...


Rusuk Siapakah yg Tangannya akan membelaiku, Hatinya menyayangiku..??


Selagi belum tiba saatnya, Rahsia itu tetap Milik-Mu.