Monday, 27 August 2012

Kisah Cinta Romantik

Assalamualaikum w.r.t.



Berita itu sampai kepada Ali.
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaALLAH lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
Namun takdir ALLAH terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Tetapi ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq..Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha.
Walaubagaimanapun, ALLAH masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung. Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.
"Mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?" kalimat teman-teman ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tidak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi SAW.
"Aku?" tanyanya, tidak yakin.
"Ya, engkau wahai saudaraku!"
"Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?"
"Kami di belakangmu, kawan! Semoga ALLAH menolongmu!"
Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, ALLAH Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" Tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik ALLAH, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Sumber: iluvislam
*****
Dialog malam pertama puteri kesayangan Rasulullah SAW, Sayidatina Fatimah Az Zahra dengan suaminya, Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.
Pada malam pertama mereka, berkata Sayidatina Fatimah Az Zahra, "Wahai suamiku Ali, dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada ALLAH kerana ayahanda memilihkan adinda suami yang tampan, soleh, cerdas dan baik sepertimu."
Kata Sayidina Ali r.a., "Kanda sangat bersyukur kepada ALLAH..akhirnya cinta kanda kepada adinda yang telah lama kupendam telah menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini."
Fatimah pun berkata lagi dengan lembut, "Wahai suamiku, bolehkah adinda berkata jujur padamu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi kelanjutan rumah tangga kita."
Kata Ali, "Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan. Kanda akan mendengarnya."
Fatimah pun berkata, "Wahai Ali suamiku, maafkan dinda. Tahukah kanda bahawa sesungguhnya sebelum dinda berkahwin denganmu, dinda telah lama mengagumi dan memendam rasa kepada seorang pemuda. Dinda tahu pemuda itu juga telah memendam rasa cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku, maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai ALLAH SWT."
Sayidina Ali berasa bahagia mendengar kata-kata Sayidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun Sayidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin dengannya ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun dia merelakan perasaanya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu Rasulullah SAW.
Kemudian Sayidatina Fatimah berkata lagi, "Wahai suamiku sayang, maafkan dinda. Dinda tidak bermaksud untuk menyakitimu. Demi ALLAH dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kandalah pemilik cintaku."
Sayidina Ali menjawab, "Fatimah, dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda berjuang memendam rasa cintaku demi ikatan suci bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah dinda saat ini kanda juga sedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesungguhnya kanda tidak mahu orang yang kanda cintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun dinda pasti akan mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh."
Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Sayidina Ali. Lalu Sayidina Ali berkata lagi, "Wahai Fatimah, kanda sudah menikahimu tetapi kanda sedikit pun belum menyentuhmu. Kau masih suci. Kanda rela menceraikanmu malam ini agar dinda dapat berkahwin dengan pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum kanda menceraikanmu, bolehkah kanda tahu siapa pemuda yang dinda cintai itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi darimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu."
Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia berkata, "Wahai Ali, demi ALLAH dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana ALLAH. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?"
Ali mula menjadi keliru, lalu dia berkata dengan selembut mungkin, "Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan telah mencintai seorang pemuda, tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda itu telah berkahwin."
Lalu Fatimah berkata, "Kanda ingin tahu siapa pemuda itu? Baiklah dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang sedang berada di sisiku. Dinda sangat mencintainya dan dugaan dinda memang benar, dia juga sangat mencintai adinda. Pemuda itu bernama Ali Bin Abi Thalib."
Sumber: Novel Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
*****
Cuba bandingkan Kisah Cinta Agung ni dgn Kisah Cinta Trend Terkini...macam langit dgn bumi bezanya. Mungkin ada versi cinta sebegini sekarang tapi boleh bilang dgn jari kot jumlahnya. Cer kita ubah cerita ni jadi versi zaman sekarang, agaknya awal-awal lagi si isteri dah terima pelempang pertama suami pada malam pertama sebaik mengetahui isterinya pernah mencintai pemuda lain sebelum menikah & paling menyedihkan..belum apa2 lagi si isteri dah terima status 'janda' walaupun baru beberapa jam bergelar isteri. Kalaulah lelaki tahu..perkataan cerai & janda tu la yg paling2 orang perempuan takut & kerana dua perkataan ni juga ili jadi fobia dgn lelaki,huhu.
Islam tidak mengukur kehebatan seorang lelaki pada ketampanan wajahnya mahupun kegagahan kedua-dua tangannya. Namun Islam mengukur seseorang itu berdasarkan sesuatu yg semua orang berpotensi melakukannya, iaitu kebaikan mereka kepada isteri dan keluarga.
Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik dalam kalangan kamu terhadap keluarganya dan aku merupakan orang yang terbaik antara kamu terhadap keluargaku."
Jika begini, sungguh adil apabila Islam meletakkan beratnya kewajipan isteri mentaati suaminya. Dalam masa yg sama, meletakkan sikap berbuat baik kepada isteri itu suatu ukuran kemuliaan seorang lelaki.
Sering kita dengar dalam satu hadis Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Anas r.a., "Barangsiapa berkahwin maka sesungguhnya dia telah melengkapi separuh agamanya, maka bertakwalah kepada ALLAH (untuk melengkapi) yang separuhnya." <Hadis Riwayat At Tabarani>
Tapi ada satu lagi hadis yg menyatakan:
Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa diberi kurnia isteri yang solehah oleh ALLAH SWT, maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya atas separuh agamanya, maka bertakwalah (untuk melengkapi) yang separuh lagi." <Hadis Riwayat Al-Hakim>
ili xnak tuding jari dgn meletakkan kesalahan kepada lelaki semata tapi ili nak ajak diri ili sendiri & sahabat perempuan ili semua agar meletakkan fokus untuk mengejar 'solehah' dgn niat ikhlas kerana ALLAH SWT bukan sebab ingin mendapatkan jodoh yg soleh. Ingatlah..sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
p/s::Malu rasanya meminta jodoh sehebat Ali sedangkan diri tak semulia Fatimah. 
Malu bila baca tulisan ili sendiri yg lepas2...masih banyak kekhilafan..khilaf hati. Manusia memang tak terlepas dari membuat kesilapan, moga jadi pengajaran tk lebih berhati-hati lepas ni.:-)

wallahu a'lam bissawab...dan ALLAH lebih mengetahui yg sebenar-benarnya.


Saturday, 25 August 2012

Tiada Duka yang Abadi

Assalamualaikum w.r.t.


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, Hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani 
Tangis tawa..nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan Cinta di jalan-Nya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar..bulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu..akan mati
Takdir hidup akan dijalani

Rasulullah SAW memberi panduan kepada seorang sahabat yg bertanya tentang kebaikan:-
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang menenteramkan dirimu, dan menenteramkan hatimu. Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri dan ragu dalam jiwa, sekalipun ada orang berfatwa kepadamu dan mereka berfatwa dengan menyalahinya." <Riwayat Ahmad dan al-Darimi, hadis hasan>

_kebaikan itu dalam ketenangan dan kejahatan itu dalam keraguan_


Tuesday, 10 July 2012

Kita ini Bercintakah??

Assalamualaikum w.r.t.

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita Cinta 
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Lagu kat atas xde kena mengena dgn ili k <tipu sikit>, terdengar lagu ni dalam drama yg ili tgk kat tv so tiba2 rasa nak 'save' kat novel ili ni. Nak pinjam separuh puisi Hilal Asyraf, ili x pandai bab2 jiwang ni <betul la kan? Jangan ada yg gelakkan ili dah la ya,hehe>

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri,
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap ALLAH,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.
Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus Syurga-Nya.
Bagaimana bercinta dengan definisi-Nya? Ramai yg keliru dgn statement bercinta kerana ALLAH & paling sedih ramai yg menghalalkan yg haram & mencipta definisi sendiri. Nauzubillah min zalik...jauhkanlah ili dari sifat sebegitu. Sungguh ili tak sanggup..memang mujahadah tu pahit, ili sendiri pun tak dapat nak menafikan fitrah tu tapi persoalan bagaimana hati & diri mengawal perasaan yg tiba2 muncul tu. Tanya iman masing-masing. Cinta itu fitrah. Tapi ingatlah..Jangan Fitrah bertukar menjadi Fitnah. Kadang-kadang kita sibuk berdakwah kepada orang luar sampai terlupa untuk berdakwah kepada keluarga sendiri & orang2 yg terdekat dgn kita. Kawan ili pernah cakap..iman ni ada turun & naik tapi jangan sampai hilang terus. Halwatul Iman...hanya orang2 yg bertaqwa kepada-Nya dapat merasai nikmat sebenar kemanisan iman. 

Hanya ALLAH yg berhak jadikan, yg tak mungkin menjadi mungkin. 
Letih menipu diri sendiri..adakah itu mujahadah?

wallahu a'lam bissawab
<dan ALLAH lebih mengetahui yang sebenar-benarnya>

Tuesday, 3 July 2012

Damba Kasih

Assalamualaikum w.r.t.

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu?

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya ALLAH Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang Syurga-Mu
Oh, Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu...

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu..ampunilah diriku..


"Ramai berlumba-lumba nak jadi 'SOLEH / SOLEHAH' tapi sayang, niat bukan kerana ALLAH tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yg 'SOLEH / SOLEHAH'. Rugilah kita...
Kerana dunia, Kita berubah..
Kerana dunia, Kita usaha..
Kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta'ala.
Alangkah ruginya kerana kita tidak berusaha untuk cuba merasai nikmat Cinta ILAHI. Tetapi hanya cinta makhluknya yg kita dambakan. Rugi yg amat..!!"

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH  kebaikan ke atasnya, nescaya dia akan diuji dengan musibah." [Riwayat Bukhari]

Sabda Rasulullah SAW:
"Ya ALLAH, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya ALLAH, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih dari kekotoran. Ya ALLAH, sucikanlah dosa-dosaku dengan air salju dan air yang sejuk." 
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim)

**Sejak balik rumah ni, ili terlupa bagaimana utk senyum dari hati, senyum makruh byk pulak sampai demam2 dah ni..:-) Lemah betul antibodi..lemah lg hati ili...
<<Astghfirullah Hal 'azim>> 

_Kesabaran dalam kedukaan...keindahan dalam keRedhaan_

~wassalam~

Saturday, 23 June 2012

Manusia & Kura-kura

Assalamualaikum w.r.t.

Diceritakan bahawa ada seorang anak kecil yang memelihara seekor kura-kura. Dia sentiasa memberi makan dan bermain dengan kura-kura tersebut.
Pada suatu malam di musim sejuk, anak kecil itu datang kepada kura-kura kesayangannya akan tetapi dia mendapati kura-kura itu sedang berada di dalam cengkerang kerasnya kerana ingin mendapatkan suhu panas.
Anak kecil itu bersungguh-sungguh mencuba untuk mengeluarkan kura-kura itu dari cengkerangnya tetapi ia masih enggan keluar.
Anak kecil itu memukul pula kura-kura itu dengan kayu tetapi masih gagal membuatkan kura-kura itu keluar.
Anak kecil itu menjerit..menjerkah kura-kuranya untuk keluar, semakin menjadi pula kura-kura itu melawan.
Tiba-tiba Ayah kepada anak kecil itu datang padanya dan melihat anaknya dalam keadaan marah dan masam mencuka wajahnya.
Si Ayah pun bertanya: Apa halnya dengan kamu wahai anakku? Apa yang berlaku padamu?
Maka anak kecil itu pun menceritakan apa yang berlaku..masalah dia dan kura-kura kesayangannya.
Maka tersenyumlah si Ayah lalu berkata "Biarkanlah kura-kuramu itu dan ikutlah Ayah."
Lalu Si Ayah menghidupkan pemanas haba (heater mungkin) dan duduklah mereka berdua bersebelahan pemanas haba itu sambil bersembang.
Tiba-tiba kura-kura itu mula bergerak sedikit demi sedikit menghampiri mereka, bergerak kerana ingin turut sama mendapatkan kepanasan dari alat pemanas tadi.
Si Ayah pun tersenyum kepada anaknya dan berkata:
"Wahai anakku, manusia itu seperti kura-kura. Jika engkau mahu mereka menerima saranan/pandanganmu maka litup/panaskanlah (selesakanlah) mereka dengan kasih sayang dan kelembutanmu. Bukannya engkau memaksa mereka membuat apa yang  engkau inginkan dengan menggunakan tongkatmu (dengan kuasa, paksaan atau ugutan terhadap mereka." 




Kisah ni ili dapat dari fb, sambil menunggu 'delivery' air dari rumet so ili luangkanlah masa tk taip balik citer ni kat blog <rindu nak menulis sbnrnya,hee>. Pengajaran dari kisah ni..fitrahnya semua orang sukakan kelembutan, mana ada yg suka kalau asyik kena marah..kena maki hamun tiap-tiap hari kan...apatah lg menggunakan kekerasan dan paksaan. Dan begitu juga kalau kita ingin menegur..memberi nasihat kepada mereka yg telah melakukan kesalahan. Tegurlah dgn kelembutanmu. Bukankah Rasulullah SAW berdakwah dgn kelembutan, Baginda tak pernah berkasar atau membalas perbuatan orang2 yg membuat tidak baik kepadanya dengan kejahatan juga. Malahan Baginda tetap tersenyum dan memberi balasan kebaikan kepada orang tersebut. ili teringat kisah seorang wanita tua yang buta dgn Rasulullah SAW, ili tak pandai bercerita so dgn bantuan Uncle Google ili jumpa gak kisah ni <ada je dlm simpanan artikel ili yg byk kat hard disk laptop ni tp lupa save tajuk apa,hehe>. Kisahnya...
Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat. 
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. 

Aisyah r.a. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. 
Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r.a. menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". 
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a., dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia, " 
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi seorang muslim. 

See...betapa mulianya junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dgn sifat terpuji yang ada pada Baginda membuatkan ramai orang tertarik untuk mendalami Islam. Biar pun mengambil masa yg lama tapi Baginda tetap sabar menyebarkan dakwah sehingga Islam berdiri tegak di muka bumi ALLAH ni yg akhirnya dapat di nikmati oleh kita semua..umat akhir zaman.
Sekian..perkongsian kali ni, x boleh panjang2 sbb ili x percaya lg dgn kemampuan ili tk bercerita lebih2 bab agama ni. InsyaALLAH..masih dlm pembelajaran.
Next..ili akan buat entry kisah Maryam..wanita agung yg telah melahirkan Nabi Isa  a.s.<<teringat kat seseorang yg pernah bg nasihat kat ili ttg Maryam ni...:-)



_wassalam_