Monday, 27 August 2012

Kisah Cinta Romantik

Assalamualaikum w.r.t.



Berita itu sampai kepada Ali.
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaALLAH lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
Namun takdir ALLAH terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Tetapi ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq..Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha.
Walaubagaimanapun, ALLAH masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung. Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.
"Mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?" kalimat teman-teman ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tidak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi SAW.
"Aku?" tanyanya, tidak yakin.
"Ya, engkau wahai saudaraku!"
"Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?"
"Kami di belakangmu, kawan! Semoga ALLAH menolongmu!"
Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, ALLAH Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" Tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik ALLAH, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Sumber: iluvislam
*****
Dialog malam pertama puteri kesayangan Rasulullah SAW, Sayidatina Fatimah Az Zahra dengan suaminya, Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.
Pada malam pertama mereka, berkata Sayidatina Fatimah Az Zahra, "Wahai suamiku Ali, dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada ALLAH kerana ayahanda memilihkan adinda suami yang tampan, soleh, cerdas dan baik sepertimu."
Kata Sayidina Ali r.a., "Kanda sangat bersyukur kepada ALLAH..akhirnya cinta kanda kepada adinda yang telah lama kupendam telah menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini."
Fatimah pun berkata lagi dengan lembut, "Wahai suamiku, bolehkah adinda berkata jujur padamu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi kelanjutan rumah tangga kita."
Kata Ali, "Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan. Kanda akan mendengarnya."
Fatimah pun berkata, "Wahai Ali suamiku, maafkan dinda. Tahukah kanda bahawa sesungguhnya sebelum dinda berkahwin denganmu, dinda telah lama mengagumi dan memendam rasa kepada seorang pemuda. Dinda tahu pemuda itu juga telah memendam rasa cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku, maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai ALLAH SWT."
Sayidina Ali berasa bahagia mendengar kata-kata Sayidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun Sayidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin dengannya ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun dia merelakan perasaanya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu Rasulullah SAW.
Kemudian Sayidatina Fatimah berkata lagi, "Wahai suamiku sayang, maafkan dinda. Dinda tidak bermaksud untuk menyakitimu. Demi ALLAH dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kandalah pemilik cintaku."
Sayidina Ali menjawab, "Fatimah, dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda berjuang memendam rasa cintaku demi ikatan suci bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah dinda saat ini kanda juga sedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesungguhnya kanda tidak mahu orang yang kanda cintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun dinda pasti akan mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh."
Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Sayidina Ali. Lalu Sayidina Ali berkata lagi, "Wahai Fatimah, kanda sudah menikahimu tetapi kanda sedikit pun belum menyentuhmu. Kau masih suci. Kanda rela menceraikanmu malam ini agar dinda dapat berkahwin dengan pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum kanda menceraikanmu, bolehkah kanda tahu siapa pemuda yang dinda cintai itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi darimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu."
Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia berkata, "Wahai Ali, demi ALLAH dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana ALLAH. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?"
Ali mula menjadi keliru, lalu dia berkata dengan selembut mungkin, "Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan telah mencintai seorang pemuda, tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda itu telah berkahwin."
Lalu Fatimah berkata, "Kanda ingin tahu siapa pemuda itu? Baiklah dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang sedang berada di sisiku. Dinda sangat mencintainya dan dugaan dinda memang benar, dia juga sangat mencintai adinda. Pemuda itu bernama Ali Bin Abi Thalib."
Sumber: Novel Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
*****
Cuba bandingkan Kisah Cinta Agung ni dgn Kisah Cinta Trend Terkini...macam langit dgn bumi bezanya. Mungkin ada versi cinta sebegini sekarang tapi boleh bilang dgn jari kot jumlahnya. Cer kita ubah cerita ni jadi versi zaman sekarang, agaknya awal-awal lagi si isteri dah terima pelempang pertama suami pada malam pertama sebaik mengetahui isterinya pernah mencintai pemuda lain sebelum menikah & paling menyedihkan..belum apa2 lagi si isteri dah terima status 'janda' walaupun baru beberapa jam bergelar isteri. Kalaulah lelaki tahu..perkataan cerai & janda tu la yg paling2 orang perempuan takut & kerana dua perkataan ni juga ili jadi fobia dgn lelaki,huhu.
Islam tidak mengukur kehebatan seorang lelaki pada ketampanan wajahnya mahupun kegagahan kedua-dua tangannya. Namun Islam mengukur seseorang itu berdasarkan sesuatu yg semua orang berpotensi melakukannya, iaitu kebaikan mereka kepada isteri dan keluarga.
Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik dalam kalangan kamu terhadap keluarganya dan aku merupakan orang yang terbaik antara kamu terhadap keluargaku."
Jika begini, sungguh adil apabila Islam meletakkan beratnya kewajipan isteri mentaati suaminya. Dalam masa yg sama, meletakkan sikap berbuat baik kepada isteri itu suatu ukuran kemuliaan seorang lelaki.
Sering kita dengar dalam satu hadis Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Anas r.a., "Barangsiapa berkahwin maka sesungguhnya dia telah melengkapi separuh agamanya, maka bertakwalah kepada ALLAH (untuk melengkapi) yang separuhnya." <Hadis Riwayat At Tabarani>
Tapi ada satu lagi hadis yg menyatakan:
Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa diberi kurnia isteri yang solehah oleh ALLAH SWT, maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya atas separuh agamanya, maka bertakwalah (untuk melengkapi) yang separuh lagi." <Hadis Riwayat Al-Hakim>
ili xnak tuding jari dgn meletakkan kesalahan kepada lelaki semata tapi ili nak ajak diri ili sendiri & sahabat perempuan ili semua agar meletakkan fokus untuk mengejar 'solehah' dgn niat ikhlas kerana ALLAH SWT bukan sebab ingin mendapatkan jodoh yg soleh. Ingatlah..sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
p/s::Malu rasanya meminta jodoh sehebat Ali sedangkan diri tak semulia Fatimah. 
Malu bila baca tulisan ili sendiri yg lepas2...masih banyak kekhilafan..khilaf hati. Manusia memang tak terlepas dari membuat kesilapan, moga jadi pengajaran tk lebih berhati-hati lepas ni.:-)

wallahu a'lam bissawab...dan ALLAH lebih mengetahui yg sebenar-benarnya.


No comments:

Post a Comment