Tuesday, 3 April 2012

Rayuan Hamba


Ku Rebahkan Keakuan yg Terpaksi
Meredakan Kekalutan dalam Diri
Tuhan Ganjarkan Upaya
Untuk ku Menyusuri Jalan-Mu
Agar tak tersasar Haluan Kiblat ku
Oh Tuhan

Ku Dambakan Kasih-Mu
Rahmatilah Hidupku
Hamparkan Cinta-Mu Buatku, Oh Tuhan

Ku Rindukan Sayang-Mu
Redhailah diriku
Di situ Letaknya Syurgaku, Oh Tuhan

Hanya Dikau Tempatku Mengadu
Dengarkanlah Sendu Rayuku
Tiada aku Tanpa-Mu Oh Tuhan
Berkati Hidupku di Dunia & Akhirat

Siapalah Diriku
Di hadapan Kudrat-MU
Insan yg Tidak Berdaya Oh Tuhan

Ku Pohonkan Dari-Mu
Perkenankan Doaku
Ampunilah Dosa Hamba-Mu Oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup Mati Kerna-Mu Oh Tuhan
Limpahan Maghfirah yg amat Ku Harapkan...



Monday, 2 April 2012

belum tentu kau jodohku..

Jodoh lg...ili2. Mana la kwn2 x mengata, asyik cakap pasal jodoh, nikah, kahwin je,haha. Hakikatnya...Hanya ALLAH yg Tahu Perasaan di 'dalam'. Ya ALLAH, khilafnya diri ini. Layakkah ili menjadikan Saidatina Khadijah & Saidatina Fatimah Az Zahra sbg idola jika ili  x sekuat mereka & mustahil utk menjadikan kisah cinta mereka sbg impian ili. 

Andai aku mendambakan seorang Imam, tidak perlu spt Nabi Muhammad SAW,
Cukuplah Imam itu hanya Dia yg menjadikan Kekasih ALLAH sbg Mentornya,
Andai aku menginginkan seorang Zauj, tidak usah spt Saidina Ali,
Cukuplah Zauj itu hanya Dia yg menjadikan Pemuda Sehebat Ali sbg Inspirasinya,
Kerana ili Bukan Srikandi Islam Pertama..Saidatina Khadijah,
Dan ili Bukanlah Puteri Kesayangan Rasulullah SAW..Saidatina Fatimah,
ili adalah Ili Norlisa...Seorang yg Masih Mencari & Mengharap pd Sebuah Kehidupan,
Andai aku tidak baik, bimbinglah aku agar menjadi baik,
Tegurlah...Pimpinlah diriku agar Tercapai Matlamat Syurga Cinta yg Abadi.


Belum tentu kau jodohku...andai tiba saatnya ALLAH xkn lewatkn@awalkan...

ia hadir sesuai dgn keadaan org tu. Usaha itu perlu seiring dgn syariat Islam..


Mujahadah & Doa...Kuatkan Hati!!!

<Maafkan ili..emosional sgt>



Friday, 23 March 2012

Perginya Seorang Ayah



Setiap insan pastikan merasa, Saat perpisahan terakhir.
Dunia yg fana akan ditinggalkan, Hanya amalan yg akan dibawa.

Sesungguhnya dari ALLAH kita datang & kepada ALLAH jua kita akan kembali.

Al-Fatihah tk arwah bapa saudara ili yg telah kembali ke rahmatullah pd ptg 21 Mac 2012.
ili dh hilang seorang lg ayah...the only one. ili tgk wajah AyahLong ili semasa dikafankan seiras sgt2 dgn wajah arwah Datuk ili yg meninggal pd tahun 2008...Rindu ili terubat walau ili dh hilang kedua-duanya..xde lg insan lelaki yg dpt m'gantikan seorang ayah dlm hidup ili. ALLAH mmg nk uji ili, dugaan brtimpa dtg dlm 1 masa. Hati ili kena kuat...empangan air mata mesti kukuh...Masa hadapan ili masih kabur.
Ingat kata2 ni ili...Ujian tu Indah kalau kita yakin akan keindahan Hikmah dari ALLAH.




<ili kena pandai bg nasihat kat diri sendiri...ALLAH kan ada, ili x hilang DIA>



Tuesday, 20 March 2012

Hidayah & Jodoh itu Milik ALLAH

Disebabkan ili jgk pernah post sal ni jd ili nk buat correction sikit, manusia x pernah lepas dr melakukan kesilapan sbb tu saling ingat mengingati tu penting. Jom kita share...
Saya melihat satu bicara mula tersebar dari kalangan Facebookers, yakni kata-kata:

"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.

Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."


Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.


1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.

2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.

Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.

3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di luh mahfduz sana".

Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.

Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.

4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.

5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.

Jadi saya suka kita memahami perkara ini,
dan berhentilah dari menyebarkannya.

---------------------------------------------------
Teringat pepatah melayu,
"Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali."

Sumber: fb Tautan Hati

Sejujurnya, kalau tanya pendapat ili sal ni...ili xlah 100% setuju yg kita x perlu mencari jodoh hanya krn jodoh itu telah ditetapkan oleh ILAHI. Kalau perempuan mungkin lah tp xkan lelaki pn nk buat benda sama jgk kn. Lau semua x mencari, mana nk dapat suami@isteri. Perempuan mungkin hanya boleh menanti org masuk meminang, lelaki nk tunggu dipinang jgk ke?huhu x berani ili nk cakap lbh2 hal ni. Kesimpulannya, tak kenal maka tak cinta. Islam x menghalang umatnya berkenalan antara lelaki & perempuan tp ada syarat2nya agar syariat tidak dilanggar, batasan agama pn terjaga. Kata ustazah ili dulu, lakukan istikharah utk 'mencari' suami mu...jgn tunggu ada org hantar wakil merisik @ dilamar baru nak buat istikharah. Ustazah ili tu, dia mula buat istikharah masa lepas hbs spm lg & dia jumpa suami dia di salah sebuah masjid. Citer seterusnya ili xtw tp nk gtw...mulakanlah istikharah cinta jika hatimu mula merindu akan kehadiran seorang lelaki dlm hidupmu. Jangan biarkan nafsu menguasai diri sehingga fitrah bertukar menjadi fitnah. 
Hidayah itu Milik ALLAH, Jodoh itu juga Milik ALLAH. Carilah kedua-duanya agar lengkap sunnah Rasulullah SAW yg menjadi ikutan kita sebagai Umatnya...




Bersaksi Cinta di atas Cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka Hati yg tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah Cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah Cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam Mahabbah Rindu
Di Istikharah Cinta...

"INGAT...Cari..Jodoh iaitu Suami BUKAN Teman Lelaki ya Sahabat2 ili Semua!!"


Monday, 19 March 2012

Putaran Kehidupan

Dah dewasa kan, sesuai lah lagu ni tk ili, hehe.


Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, pastikan kau ketemu...



**Kisah duka...xde lh duka sgt pn tp xtw kenapa hati rasa kosong sgt, semalam & hari ni seolah2 ili hidup di dunia lain. Mcm org yg x brperasaan pn ada jgk. Senyum, tawa ili masih rasa palsu...xde keikhlasan. Ya ALLAH, knp mcm ni...adakah aku tdk cukup brsyukur dgn nikmat-Mu. Rasa takut...kdg2 dtg darah gemuruh jiwa semangat membara <penyakit baru ili>  tu buat dada ili rasa sakit sgt...entah dr mana ia dtg...jantung ke hati, xdpt dikenalpasti,he. Oh, perasaan...jgn dera ku begini. Rindu pd sebuah senyuman...rindukan kegembiraan...rindukan keceriaan dr diri sendiri...harap esok masih ada utk ili...