Friday, 17 February 2012

Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga Redha ALLAH bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ILAHI
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke Syurga


Selamat Pengantin Baru Sahabat ku...moga kekal hingga akhir hayat..


1st time jd wedding planner <konon2nya lh,haha>. Hepi sgt3 sbb dpt tolong sahabat meraikan hari bahagia mereka. Walaupun penat tp hepi, syukur alhamdulillah...semua brjalan lancar. Even just a simple majlis tp meriah dgn kehadiran saudara trdekat. Lepas ni xleh nk nakal2 dgn awk lg sbb awk tu dh brgelar isteri org, rasa lain jgk tp ili brsyukur sgt sbb sahabat ili dh terhindar dari jenis maksiat yg agk brbahaya dgn memilih jalan yg diRedhaiNYA...insyaALLAH. Walaupun berkahwin di usia muda, percayalah ALLAH akn sentiasa berada bersama hambaNYA yg bernikah dgn niat utk memelihara diri dr murkaNYA, insyaALLAH...bahagia menanti dirimu sahabat. Sebenarnya nk citer betapa ili teruja dgn majlis ni sbb ili dpt practise buat hantaran n hias bilik pengantin,hehe. Hasil pertama..ili siapkan album mas kahwin...khas tk sahabat ili ni.

Ok laa...haha

Gambar pengantin adalah rahsia so ni je lh yg blh dipertontonkan,;-)



Selamat melayari bahtera kehidupan yg baru & Bahagia selamanya, jgn lupa ili tw,hehe.


Cinta itu Indah...Andai bertemankan Iman.
Cinta itu Musnah...Andai bertemankan Nafsu.
Cinta itu Indah...Andai Syariat dipatuhi.
Cinta itu Musnah...Andai batasan dilanggari
Cinta itu Indah...Andai IbuBapa merestui.
Cinta itu Musnah...Andai Restu dipinggiri.
Cinta itu Indah...Andai dipelihara hingga ke Syurga.
Cinta itu Musnah...Andai tersungkur di dlm Neraka.


Thursday, 9 February 2012

Sekadar di Persinggahan

Sekian lama hidup di kegelapan
Teraba-raba tanpa tujuan
Akal dan budi seakan tak berfungsi
Ke manakah diri???

Apa di turut kehendak yg meronta
Menyeksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dlm diri

Renungkanlah ini...

Kita sekadar di persinggahan
Pasti kembali pada yg menCiptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani
Jangan mengalah Jangan berputus asa

Insaflah semua dari-NYA jua
Jangan biarkan diri terkorban dgn dunia

Pada ILAHI bantuannya menanti
Iman dan Taqwa yg sejati
Itulah bekalan diri

Doa senjata mereka yg beriman
Tuhan Pencipta Maha Penyayang
Mohon petunjuk Mohonlah bantuan

Hanya pada ALLAH.

Percaya pada-NYA





Friday, 20 January 2012

Nur Kasih

"Kita tidak akan dikahwinkan dgn seseorang atas sebab jatuh Cinta atau saling Cinta mencintai kerana kita akan dikahwinkan dgn Jodoh kita...
Jodoh yg ALLAH tetapkan sejak azali."


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan, ku sandar harapan
Moga tak tersalah pilihan


Nur Kasihmu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku & permintaan ku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku mujahid
Penyejuk di mata, Penawar di Hati
Di dunia dialah khalifah
Di Syurga menanti, Dia Bidadara

Kekasih sejati, Teman yg berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Ya ALLAH, Kurniakanlah daku Suami
Dan zuriat yg soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhan
Ku sandar impian
Penentu Jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untuk ku
Rela ku menjadi miliknya

Cahaya Kasih

Bertuah seorang lelaki,
Jika dia Cinta Pertama seorang perempuan...
Namun,
Bertuah lagi seorang perempuan,
...Jika dia Cinta Terakhir lelaki itu...



Wednesday, 18 January 2012

Lumrah Kehidupan

Hidup bukan sekadar utk cinta kpd seorang lelaki tambah2 laki tu bkn lg halal tk kita. Mmg x dinafikan kdg2 hati akan terusik bila mana ada seorang lelaki yg mula memberi perhatian kpd kita. Tapi adakah itu cinta...bg ili, kalau ada yg tanya kat ili adakah pernah jatuh cinta @ merasai perasaan cinta...ili xde jawapan..no comment sbb ili pn xtw cinta tu cm ne sbnarnya. So, ili buat satu konklusi...cinta bg ili adalah cinta slps ijab & kabul...cinta utk suami sesuai lh dgn prinsip ili...No Couple No Love until Married. Sehingga saat tu ili akn anggap apa2 perasaan yg timbul tk insan brnama lelaki adlh mainan duniawi semata. Bilamana tiba saatnya nanti akn ada seseorang yg brhajat ingin menyunting ili sbg suri hidupnya ili harap dia faham apa yg patut dia lakukan...jumpa keluarga ili..cari wali ili & kami akn brsatu dlm Redha Illahi. Inilah impian ili..<k next time ili citer sal impian kahwin ili pulak,he>. Kali ni ili nk citer hakikat sebenar sebuah kehidupan...mmg hidup x semudah spt yg dijangka. Kita hidup di dunia bkn hanya dikelilingi oleh family je tp kita akn brgaul dgn semua org yg pasti setiap org brbeza sikap & kehidupan mereka. Kdg2 kita x tahan dgn kerenah org di sekeliling kita tp dlm x sedar sbnarnya merekalah yg mewarnai khidupan kta selama ni. Apa2 pn kita patut brsyukur sbb ALLAH dtgkan mereka kpd kita utk kita mengenali erti hidup ni. Sebagai anak...ili akn berusaha utk penuhi sgala impian Ummie, sbg kakak...ili akn cuba mnjd kakak yg trbaik tk Adik (Fathin Halina), sbg sahabat...ketahuilah ili akn ada brsama korg setiap masa bila korg perlukn ili. i'll try my best to be a best person for everyone tp ili jg manusia biasa...x dpt lari dr melakukn ksilpan. Sbb tu ili harap sgt andai ada khilaf diri ili yg buat sapa2 yg terasa dgn ili, ili mtk korg jgn segan tk tegur/bg nasihat. ili akn terima seadanya. Rasanya selama 21 tahun ili kat dunia ni dh byk mengajar ili sal kehidupan tp x brmaksud ili dh faham selok belok dunia cuma kalau nk mnjdkn hati ili tabah tu insyaALLAH dh ckup cuma x pasti sekuat mana benteng ktabahan tu,hehe. Ok cukup dulu...kn smbung lg mnulis mkin mngarut plak ayat...boring lau baca ayat skema je kn? Hmm...sorry lh sapa yg trbaca entry ni, dunia ili 2 3 hr ni x berada pd paksi yg btul...slalu pening je so myb effect kat pnulisan ili tp xpe ni kn novel khidupan..kra rencah lh tu ek,huhu.


Kita x pernah tahu apa yg akn brlaku dlm hidup kta pd masa akn dtg. Apakah Bahagia @ Derita yg akn kta lalui tp percayalah KetentuanNYA adlh yg trbaik tk kta...Redha tanpa Menyerah.


Selamat beramal kwn2...jgn lupa setiap saat ALLAH ada brsama kita walaupun org lain tlh meninggalkan kita dlm hidup ni...^_^


Friday, 13 January 2012

Baju Melayu vs Baju Kurung

Di saat hati gundah gelana memikirkan rasa yg hadir, tiba2 ili tergerak hati nak habiskan artikel yg ili dah  baca 1/3 ptg td...xnk citer lbh2 gak pe yg ili rasa tu. Jom kita share sebahagian isi artikel ni...tajuknya Baju Melayu & Baju Kurung...
Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah? Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga pd gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri. Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda. Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNYA ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke Syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diRedhai ALLAH? Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas ALLAH dan RasulNYA. Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal...



Wahai Adam!!! Jadilah spt Ali, melamar gadis pilihannya dgn jalan yg diRedhai ALLAH, bernikahlah...tiada istilah bercinta sebelum berkahwin.


Para Hawa pula!!! Teladanilah Fatimah az-zahra, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun Cintakan pemuda sehebat Ali r.a.


Begitulah Cinta yg bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin Cinta mereka melebihi Cinta ALLAH Yg Esa. Memang sukar menjadi mereka, tetapi utk meneladani mereka tidaklah sukar...



<ku ingin spt Fatimah Az-Zahra, di lamar dlm Redha-NYA>