Di saat hati gundah gelana memikirkan rasa yg hadir, tiba2 ili tergerak hati nak habiskan artikel yg ili dah baca 1/3 ptg td...xnk citer lbh2 gak pe yg ili rasa tu. Jom kita share sebahagian isi artikel ni...tajuknya Baju Melayu & Baju Kurung...
Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah? Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga pd gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri. Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda. Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNYA ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke Syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diRedhai ALLAH? Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas ALLAH dan RasulNYA. Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal...
Wahai Adam!!! Jadilah spt Ali, melamar gadis pilihannya dgn jalan yg diRedhai ALLAH, bernikahlah...tiada istilah bercinta sebelum berkahwin.
Para Hawa pula!!! Teladanilah Fatimah az-zahra, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun Cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Begitulah Cinta yg bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin Cinta mereka melebihi Cinta ALLAH Yg Esa. Memang sukar menjadi mereka, tetapi utk meneladani mereka tidaklah sukar...
<ku ingin spt Fatimah Az-Zahra, di lamar dlm Redha-NYA>

No comments:
Post a Comment