Saturday, 3 May 2014

Parenting Wish

Assalamualaikum w.r.t

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku..Keimananku

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku..Keimananku

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan

Oh Tuhan..selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan..jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Keibubapaan? Yes..next preparation..mom-to-be, dah jadi Mama dah sebenarnya tapi untuk anak angkat je la...anak sendiri belum lagi,hee. Wife-to-be insyaAllah..kalau Allah izinkan. Banyak hikmah kenapa Allah tangguhkan tarikh itu..ya the main reason is sebab preparation belum mencapai tahap mampu. Be ready ya ili..together we prepare..hah gitu..haha
Hari ni ili telah menghadiri satu seminar keibubapaan dengan tajuk Pendidikan Cara Rasulullah S.A.W. Antara orang pertama yang hadir..malu jugak la, orang lain daftar siap bawak anak dengan suami, kita pergi solo je..sorang2. Tapi lepas tu ramai je geng-geng pelajar yang datang..senyum manjang haih,hee. 




Semalam, niat sebenar memang nak pergi bank CIMB & bank tu letaknya bersebelahan dengan kedai buku..bawak siap-siap baucer kot ada kesempatan nak cari buku idaman. Sampai sana terus parking motor betul-betul depan kedai buku..apa lagi, laju je kaki melangkah ke sana. Pilih-pilih buku..terjumpa buku idaman yang dah sekian lama di cari sampai lupa masa berlalu..kita nak pergi bank sebenarnya. Cepat-cepat bayar buku then masuk bank..orang dah taknak terima sebab dah lewat, ramai..kaunter pun penuh..oh i see, tak pasal kena datang lagi..dah la susah nak keluar..hehe. Tapi takpe..i finally found my dream's book @ kitab..alhamdulillah..moga Allah redha. Kitab Muhimmah tu limited tau..susah nak jumpa, yang ni pun tinggal satu je. Ingat nak beli dua..hadiahkan untuk kawan satu. ili pernah baca dari senior sekolah dulu ada seorang ustaz pesan kat dia..dah khatam kitab ni baru boleh kahwin katanya..wee.


Lepas balik seminar hari ni..senaraikan buku-buku idaman terbaru pulak. Baucer ada lagi RM50..sah-sah tak cukup..bajet untuk buku baru hampir RM200..mungkinkah yang ni akan di beli dengan baucer tahun depan..wallahua'lam..kalau rezeki lebih boleh beli awal lagi,huhu. 





Alhamdulillah..siapa sangka, keindahan & kebahagiaan yang Allah titipkan untuk hambaNya jauh lebih teliti..lebih baik dari kemahuan & perancangan kita..Redha..ya Redhalah dengan ketentuanNya untukmu. Mari menjadi Ibu & Ayah yang mithali untuk bakal mujahid & mujahidah Syurga..Ameen, insyaAllah.

"Fobia..sukar untuk hilang tapi mampu dilupakan jika keadaan sebaliknya."
~Melangkah dalam ketawakalan~

Waallauhua'lam bissawab

Monday, 17 February 2014

Realiti Insan

Assalamualaikum w.r.t.

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti
Keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
 Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Kembali kepada realiti..lumrahnya begitu la selagi bergelar mahasiswa//mahasiswi universiti ni. Kehidupan sebagai seorang pelajar tetap harus diteruskan walaupun hati memberat kerana kurang minat mungkin, semoga Allah bantu untuk memelihara keikhlasan niat. 
This sem, its going to be the final semester for batch 2010-2014 but not for me. Empat tahun sudah berlalu tapi ili tak mampu habiskan ijazah dalam masa tu, perlu teruskan setahun lagi, insyaAllah..ada hikmahnya, ili redha..maafkan kakak Ummie.:-(
Betul la..semua yang berlaku ada hikmahnya, tika ili terasa 'down' yang amat..Allah datangkan kegembiraan yang tak terjangka. SubhanAllah..sebelum tahu lagi Allah dah hadirkan solusi untuk kuatkan semangat ili. Betapa DIA Maha Memahami kemampuan hamba-Nya..Allahu Rabbi.
Oh, sebenarnya tengah date dengan fyp tapi terbuka blog then terus menyedari yang minat saya lebih cenderung di sini. Maaf fyp..malam ni saya curang lagi,huhu. 
Esok akan masuk sem baru..ntah la, nak kata takde feeling..ada la jugak sikit, menagih ilmu..sape yang taknak tapi ntah kenapa keterujaan dalam bidang engineering ni masih kurang, ili yakin ili mampu..kalau dulu boleh berjaya cemerlang kenapa sekarang tidak..banyak kelemahan sikap ili. Berubah la ili..berapa kali dah pesan kat diri sendiri tapi tetap juga diulangi kesilapan tu. Tak malu ke..malu pada diri, malu pada yang memandang..tebalkah muka untuk hadap semua tu? 
Allah dah kurniakan pelbagai nikmat..butakah ili untuk menilai? Kasihan kepada mereka yang berkenaan..ampunkan ili!!
Ok..sem ni, actually bukan sem ni je tapi tahun ni..ili memang kena banyak motivasikan diri sendiri. Harus kuat..banyak yang akan ili tempuh demi yang terbaik untuk masa akan datang, insyaAllah. Terasa takut..mampukah ili? Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang kita rancangkan bersama, doa banyak-banyak..agar semua Allah perkenankan **ini yang Mak pesan.




Gambar Ma je takde..sebut nama Umi, Ma & Mak je dah buat ili rasa..Ya Allah, banyak tanggungjawab ili..kenapa masih berlengah ni? Namun, impian dan kata-kata takkan jadi kenyataan kalau sekadar bermimpi tanpa apa-apa tindakan. Bak kata Syiera:     "a DREAM is just a dream, a GOAl is a dream with plans and a deadline"
Deadline dah ada walaupun mungkin tak seperti perancangan yang ALLAH telah tetapkan but ili, you should has target now..jalankan pelbagai visi yang tertanam sekian lama dalam sanubari tu *bajet sastera habis la ni :P
Ada lagi satu entry//cerita sebelum wujudnya entry yang ni tapi tersangkut..tak tahu macam mana nak tamatkan penulisan kat entry yang tu so ili dahulukan entry yang ni buat masa sekarang. Mungkin entry yang tu boleh simpan sebagai kenangan, dah sampai 'deadline' nanti..mana tahu ter'publish' jugak nanti.  Mungkin lepas ni ili akan upgrade setiap entry dengan date & time of started writing, baru boleh tahu berapa lama ili ambik masa untuk siapkan entry2 tersebut,hee.
Sekian..wassalam~


~We Love..We Care..We Share~
 

Friday, 3 January 2014

Kasih Kekasih

Assalamualaikum w.r.t.

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari ILAHI
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku..Oh..Kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan..Oh..Kasih

Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahagia
Semoga cinta kita
Di dalam Redha ILAHI
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan


Dulu dah pernah post lagu ni, citer pasal orang yang baru tamat kursus kahwin *ili la tu. Its almost 2 years now, haha..cepat sungguh masa. Maknanya, sijil kursus tu pun dah berusia 2 tahun la kan tapi sijil nikah takde lagi,haha. InsyaALLAH..one fine day.  Orang kata pejam celik pejam celik tup tup dah tiba masa yang kononnya kita nantikan tu & ada juga tup tup dah tiba masa yang kita taknak pun ia tiba. Masa bahagia, masa sakit, masa duka kecewa, & masa untuk kita 'kembali'. Hakikatnya, usia kita, usia dunia & usia kehidupan ni makin pendek..perjalanan kita hampir tamat menuju akhirat yang abadi. Apa tunggu lagi, ayuh..tingkatkan produktiviti iman & kurangkan kontroversi lagha!! Ingat ALLAH selalu :-)
Setiap yang berlalu adalah kenangan, setiap yang akan datang adalah impian. Bagi ili, insyaALLAH ili akan terus amalkan sikap redha dengan apa yang ili hadapi hari-hari. Walaupun dulu, ili cuma ikut je muslimin muslimat yang selalu cakap redha..redha tapi bila sekarang sedikit demi sedikit ili dah mula rasa nikmat redha itu sendiri..ternyata ia sangat indah untuk dihayati. SubhanAllah..maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan <Surah Ar-Rahman>
Tahun masihi bertukar lagi, semalam hari lahir Akak. ili tak wish pun..masih terasa segan,hehe. Nanti la..insyaAllah sampai masa nanti untuk celebrate sama..kalau ALLAH izin. *Teringat peristiwa setahun lepas, alhamdulillah sekarang dah makin tenang. Dan seperti biasa, bagi pelajar-pelajar universiti awal tahun disambut dengan peperiksaan akhir semester. Semoga dipermudahkan semuanya. Semalam masa paper kedua termenung kejap sebelum tulis tarikh kat slip kehadiran & buku jawapan. Yalah, masa first paper hari isnin lepas tulis 30 Dec 2013 tapi semalam eh 2 Jan 2014 pulak,haha. Tapi kita orang Islam, janganlah obsess sangat dengan kehadiran tahun masihi ni. Kita ada tahun Hijrah untuk dihitung, ili lebih suka sambut Awal Muharram sebab apa..sebab masa tu la kita dapat baca doa akhir tahun, doa awal tahun..kitab lama di tutup, kitab baru di buka & masa tu juga adalah antara waktu berdoa yang mustajab. Masa ni la ili buat azam tahun baru banyak2..berdoa, minta ALLAH permudahkan & tunjukkan yang terbaik. Dan paling best bila masuk bulan Muharram ni..ili dapat makan bubur asyura qlate yang sedap,hehe. So, untuk tahun baru masihi ni cuma sekadar sambut sebagai perubahan angka je la.:D
Apa kaitan tulisan ili ni dengan lagu kat atas tu pulak?? haha nothing. Impian mungkin,hee. Doa & Redha..




Nampak tak 2 gambar kat atas ni, itu gambar bakal anak angkat ili,wee mommy-to-be jugak la ni,haha. Of course, tu gambar anak sahabat baik ili..usia dia hampir 6 bulan dah sekarang..still in mommy-tommy, tak sabar tunggu dia keluar,haha mengalahkan ibu ayah dia pulak. Bila ili tampal gambar scan ni kat board di meja study, kawan-kawan sini mula la bising mengusik kan..cakap tu gambar anak orang, bukan anak ko, inspirasi la ni tampal sini..haha. Betul la tu..inspirasi & selalu terbayang..sem ni tampal gambar scan anak orang, mana tahu sem-sem depan tampal gambar anak sendiri pulak,hee ili & angan-angan adalah kembar tak seiras..jangan tak tahu pulak,hehe. Sekarang kuat betul imaginasi, tersengih keseorangan & ada satu tahap gelak & tetiba bercakap sorang-sorang<<ini parah,hahaha. Berdebar dengan rahsia takdir yang ALLAH dah tuliskan untuk ili, menunggu..menanti & bersedia untuk menerima dengan Redha, ikhlaslah hati. 
Di hari jumaat yang mulia ni, sebelum Subuh lagi ili dah tersedar..bangun siap-siap, sediakan makanan untuk adik-adik rumet & membernya..terasa ceria & bahagia, alhamdulillah..mood ok hari ni. Paper exam lagi seminggu kan, seronok la ya ili bersuka-ria hari ni kan..physco rumet yang nak exam pagi esok,haha.  Bila habis exam, kena fikir fyp..terasa tidak seronok di sini, ili nak balik cuti kat rumah,huhu. Banyak agenda bila balik nanti tambah-tambah bila Ayu dah janji dengan ke'excited'annya nak ajak ili shopping barang-barang baby..warhhh ni yang rasa nak buat-buat lupa dengan fyp then balik berbahagia di rumah,haha. Jangan ili, kalau kerja tak siap ingat ko boleh bahagia ke,hee insaflah.

  • Selamat Hari Lahir Kak Mai..semoga Allah mencurahkan rahmat & kebahagiaan untuk Akak & keluarga di dunia juga akhirat.
  • "Dont ever forget your mistakes and failures in the past. Im afraid you will repeat it again next time." <<dulu pedih tapi sekarang senyum je baca ayat ni.
  • Dah lama tak luangkan masa untuk design layout baru kat blog ni, bosan dah kan..setahun lebih dah kot tak berubah2 lagi view dia. Tapi hari ni seronok bila jumpa cara baru letak lagu kat blog,hee.

Kesilapan untuk dipelajari, berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi. Ok, ili?? Teguhkan iman di hati, jauhi lagha & kemalasan. Semoga hidup lebih bermakna lepas ni dalam kemanisan iman yang tiada berpenghujung. Jangan biarkan Kasih Kekasih kita semua iaitu ALLAH & Rasulullah S.A.W. sunyi tanpa kehadiran rindu & kecintaan kita sebagai Hamba & Umatnya. Sekian untuk hari ini.:-)

~Wallahu a'lam bissawab~

Wednesday, 4 December 2013

Milik Siapakah Gadis Ini?

Assalamualaikum w.r.t.

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih..suci
Siapakah gadis yang ku idam...


Milik siapa gadis ini? Milik siapa hati ini? Biarlah ALLAH yang tentukan, walau teliti & sehebat manapun kita merancang..perancangan & aturan ILAHI itu ternyata lebih indah. Ya, belajar la untuk Redha. Kita selalu guna istilah hukum karma dalam hidup tapi kita lupa yang kita ni orang Islam. Orang Islam tak boleh percaya hukum karma, dalam Islam hanya ada Qada' dan Qadar. Hukum karma ni Buddha je yang amal buat pegangan. *Alhamdulillah, dapat ilmu baru dari seorang sahabat.
Semua orang ada impian, ada mimpi-mimpi indah yang diangankan untuk menjadi realiti..berdoa la, selagi niat & apa yang kita rancang tu untuk kebaikan..berdoa la jangan sampai kenal erti jemu! Percaya atau tidak, selama mana pun kita menanti untuk dikabulkan permintaan tu, satu saat nanti kita pasti terasa indahnya berdoa, walaupun ia tak termakbul atau bukan 100% seperti yang kita minta, tapi seriusly cakap..pasti rasa lain bila tiba satu saat kita terasa seolah-olah ALLAH sangat mendengar permintaan hamba-Nya even kita ni sehina-hina insan di hadapan-Nya & sememangnya DIA itu Maha Mendengar. Sewaktu berjalan balik kelas tengah hari tadi, ili terfikir..betapa malunya kita, cuba renungkan berapa banyak yang kita minta & bandingkan berapa banyak yang kita beri? ALLAH..ALLAH..SubhanALLAH, bersyukurlah kerana ALLAH itu Maha Penyayang, tak pernah berkira dengan hamba-Nya..sentiasa ada untuk menjadi 'Teman Setia' anda tika susah dan senang. Memang kadangkala iman kita ni tak selamanya berada di atas, ada waktu-waktu khilaf iman kita mungkin akan berkurang namun berusahalah dengan semampumu untuk tidak membiarkan iman itu terus merudung dan menghilang. Jika lenyapnya iman dalam hati kita, nescaya hilanglah salah satu nikmat Islam yang kita miliki..nauzubillah, moga ALLAH melindungi kita semua. 
Semalam mesej-mesej dengan Ayu, dia mengadu stress dengan fyp, all the typical life as final year student. ili reply jangan stress2 mommy-to-be, Ayu nak ili call tak? Ayu balas "Xnk..nak feeling dengan baby je, baby tak kasi ganggu auntie ili,hehe". Ok Ayu, seronoknya dia ada baby..boleh feeling2. Kita ni feeling sorang2 je la,haha. Nak tahu Ayu reply apa?? Pandai dia balas..senyum manjang ili,hee. Sampai masa nanti boleh la feeling berdua pulak..takpun bertiga..hehe. #loading#waiting that sweet time..ALLAH know the best :-)
**Last edited Isnin [2/12/2013]
Sambung sikit sebelum publish, maafkan ili sahabat-sahabat...tahu, ada yang terasa dengan ili dalam minggu ni. Terlebih emosi sikit erkk maybe banyak. Ada beberapa sebab, syaitan dah berjaya kurangkan sabar ili, tambahkan perasaan geram & rasa taknak ambik kisah atau mungkin terpengaruh dengan perangai orang-orang suka buat muka @ nak bergaduh ni. Aduhh korang, jangan buat ili macam ni sebab ili pun taknak buat korang macam tu. Tau tak ili tak tenang bila tengok kita dah tak rapat macam dulu, i know sabar ili dah mula lemah. Sejujurnya memang ili rasa bersalah sebab termarah, tersenyum yang tak ikhlas, termengumpat dsb. ili tak suka pun benda ni berlaku..salah ili sebab terlampau feeling dengan semua. Jangan buat macam ni, ili tak happy..ili sayang korang tau tak. Rindu saat-saat melepak, bercerita bersama. ili tak mampu berusaha sorang2 untuk menyatukan semua kalau kita sendiri yang lapan orang ni masing-masing tak cuba untuk bersatu. Sedih..huhu ALLAH uji sebab banyaknya khilaf yang datang dari ili sendiri bukan salah mereka. Dah la tengah hari tadi masa turun beli lunch kat kafe semua orang ili nak langgar..tu la niat tak betul, malu yang amat-amat kot, taknak turun atau beli makanan time orang ramai macam tu lagi..ini satu janji for myself,huh. 

Kami ada lapan je tapi tak pernah cukup lapan bila bersama

  • Pertunangan bukanlah sesuatu yang dapat menghalalkan apa yang haram tapi ia sekadar sebuah perjanjian untuk langkah seterusnya. Walaupun sudah memiliki tunang tetapi hak suami tetap didahulukan kerana Tunang Bukan Suami. Ingat, matlamat tidak akan menghalalkan cara. Jaga Hati, Jaga Iman, jangan biarkan prinsip itu goyah. Jaga keberkatan niat & Redha ILAHI...ALLAH sentiasa ada denganmu. Maafkan ili Encik Tunang!! 
  • ili sayang Ain, ili sayang Mid, ili sayang Syiera, ili sayang Lia, ili sayang Ieda, ili sayang Iman & ili sayang Jiji..sayang semua. Jangan buat ili rasa geram dengan korang lagi..ili tak suka pun buat semua tu. ALLAH balas direct tau tak lepas marah Ain semalam, geram dengan Jiji, banyak terasa minggu ni. ili tak tenang pun lepas tu.
  • "Lidah itu senjata tumpul yang mampu tembus ke hati. Maka berdiam ketika itulah orang cerdik bukan jadi sama-sama bodoh."  Ok, ALLAH nak ili berfikir & bermuhasabah lagi..
  • Maafkan ili sahabat!!



Entry kali ni unik..ada sweet..ada sour, hopefully banyak yang sweet sebab ili tak suka sour apatah lagi yang bitter..sayang korang kerana ALLAH. Peace & smile~~
~Wassalam~ 


Sunday, 20 October 2013

BerHusnudzon dengan Perancangan-Nya

Assalamualaikum w.r.t.

Ok, dulu masa dia kahwin ili excited sangat..i'm the one yang happy sangat2 masa wedding dia even lepas tu terasa sangat 'kehilangan' dia. Tapi dari hari ke hari, perubahan tu dapat ili terima seadanya..sampai terlupa pun ada yg ili pernah rasa terasing tu,hee. It's normal, right? When someone yang 24 hours boleh 'connect' dengan kita tapi tiba-tiba kena tukar life style pulak. Haisy, emo betul ili waktu tu, bila dia call pura-pura takde apa perubahan berlaku,haha. 
Jangan salah faham, ili tengah bercerita pasal sahabat baik ili. ili pernah tulis kisah pernikahan dia  dalam entry ili tahun lepas <klik sini>, see..dah hampir 2 tahun dah ili oit..haha. Just go through what ALLAH has already plan for us so kita takkan rasa pun masa yang dah berlalu & actually kita pernah lalui benda2 tu semua. ili pernah tulis jugak pasal perasaan yg ili rasa 'kehilangan' tu dalam entry 'Alone' & macam yg ili cakap alah bisa tegal biasa, lama-lama ili dah boleh terima our new life style..suami dia pun baik..dah boleh terima hakikat Ayu tanpa ili mana boleh cheer life kami kalau takde salah sorang,hehe. 
And now, apa yang ili rasa..ili rasa jealous dengan Ayu sekarang..warhhh nak rasa semua tu jugak,hahaha. InsyaAllah Ayu & Wa akan bergelar Ibu & Ayah tahun depan means ili..oh MakCik to be,hehe. To be honest with her, memang ili cakap terus terang ili jeles..nak join jugak,haha. Tapi ayat Ayu bagi kat ili, nanti one day ili akan rasa benda sama. Sekarang taknak gatal2 lagi,hee. Teringat masa wedding Ayu, ili pernah usik dia nanti kalau ili kahwin nanti mungkin masa tu Ayu dah ada anak kot. Choii, yang ni pun Ayu marah ili jugak, dia kata mulut ili yang masin waktu tu then tetibe dia dah pregnant,haha Ayu..Ayu. Ayu lupa ek, anak tu kan rezeki dari ALLAH, mungkin ni saat yang sesuai untuk ALLAH kurniakan amanah ni pada Ayu & Wa. Perihal kemasinan mulut ili maybe ia satu doa tapi yang seyakinnya ili taktau pun bila lagi ili nak kahwin, mungkin terkebetulan masa tu memang Ayu dah ada anak then jodoh ili sampai saat tu jugak. That is what we called as 'Takdir', just accept it with Redha! 
Ok, mula-mula Ayu nak ili teman dia p check up sebab dia malu katanya nak pergi dengan lelaki a.k.a. suami dia. ili apa lagi...rasa nak melompat kegembiraan terima tawaran ni tapi ili yang suggest kat dia, apa-apa pun minta izin Wa dulu bgtau yg Ayu nak ili teman. Kalau Wa izin baru ili setuju. Cehh padahal dlm hati memang ili nak terima without any reason but then kena la fikir ni kan largest event yang first time hadir dalam marriage life Ayu, sah-sah la suami dia lebih berhak kan. Over la ili ni,haha. Lastly, bila Ayu mesej minta maaf kata Wa yg nak teman dia..ada la sedikit kekecewaan & 'frust' ili kat situnya walaupun dari awal lagi memang ili dah agak pasal ni,hee. Tapi tu la, syaitan ni nak jugak hadirkan kecemburuan dalam hati ili. Jealous kenapa? Yalah, Ayu dah dapat rasa semua tu tapi ili? Huhu ALLAH Maha Tahu..
Nak cakap sebenarnya manusia ni erkk maybe ili je, hati sensitif..mudah jealous dengan kehidupan orang lain yang kita tengok diorang mungkin lebih baik dari kita punya life tapi ada kita flashback, throwback, renung-renungkan hidup kita selama ni. Berapa ribu ucapan Syukur yang dah kita luahkan..ALLAH..ALLAH..SubhanALLAH, khilafnya hamba. ALLAH dah tetapkan life style//life cycle setiap orang dengan keindahan & kebahagiaan yang tersendiri. Bila ada rasa cemburu, tak puas hati mungkin dalam hati kita tiada keikhlasan, tak reti nak lafaz kata Syukur or at least just said Alhamdulillah. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya hidup kalian..hidup kita masih dihiasi senyuman & keamanan. Ni lah muhasabah, cuma ambil sedikit masa untuk kita bayangkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dari kita, insyaALLAH akan datang rasa insaf dalam diri. Senyumlah walau pahit eh ada bunga..haha. ili tak bercakap kalau ili tak rasa benda ni, dari pengalaman ili pernah hadapi macam-macam situasi sampai boleh dilabel sebagai seorang yang kuat//suka menangis, tabah, sometime lemah bla bla bla. Dan kadang-kadang bila dalam situasi stress yang amat, ili paksa untuk senyum..SubhanALLAH, ili senyum kejap je..only a few second & ALLAH hadirkan solusinya yang boleh buat kita tersenyum, bukan senyum lagi..sampai tahap tersengih pun ada lepas tu,hee. Kalau solusi & senyuman tu tak hadir dalam beberapa saat tetaplah tersenyum, insyaALLAH bahagia akan jadi milikmu walaupun mungkin ia makan masa sikit.  ALLAH kan ada..bahagia yg sebenar bila kamu ikhlas menyembah sujud padaNYA, this is a real life story!! Alhamdulillah..


Ni hantaran masa majlis pertunangan anak saudara Ayu..sebenarnya nak tunjuk hasil kraf ili,hee. Dulu masa wedding Ayu, ili yang hiaskan bilik pengantin & hantaran dia. Erkkk...tak pandai sangat pun tapi ili minat so ili tolong dengan rela hati,hee. Kek dan baju tu dengan bantuan seorang akak, kalau tak bergabung idea memang tak jadi kot,hehe. Masa majlis ni teruk jugaklah ili kena 'buli', keluarga Ayu ni dah macam keluarga ili sendiri..ili dah rapat dengan semua saudara Ayu. Diorang apa lagi, kecoh semua kat dapur usik ili suruh kahwin cepat-cepat..yalah sejak ili kenal keluarga diorang dah berapa orang yang 'selamat' bergelar isteri, tunang, mom-to-be...dalam kebanyakan majlis memang ili ada sama-sama tolong then Ma usik la, lepas ni kalau tiba majlis ili pulak, Ayu dengan Along kena berkorban bantu ili pulak,hee. Ada sorang saudara Ayu tanya ili dah ada calon ke, aigoo...ili cuma senyum tak jawab apa-apa,haha tau ko cuak. Masa raya lagi ramai rupanya saudara ili yang prihatin bab calon & kahwinkan ili ni. Dah la semua masakan ili untuk jamuan raya tu jadi masin...memang double triple kena buli,haha kenapa la garam tu jadi terlebih, rasanya ili letak cukup-cukup je. Masuk hari kedua, Umi cuma bagi ili goreng sayur je tu pun beberapa kali pesan jangan bagi masin lagi. Yang paling kelakar bila turn ili masak nasi tapi lupa nak tekan suis, bila nak hidang kecoh nasi tak masak. Dengan selamba ili mengaku yang tu kerja ili,haha lagi la galak diorang mengata, huhu nasib-nasib.
Hmm..sape taknak kan, ili kalau boleh memang nak kahwin cepat <amboi, semangat terlebih!> haha. Apa-apa pun berHusnudzonlah dengan perancanganNya..ili redha, biarlah Umi & keluarga yang buat keputusan dengan izin ALLAH, insyaALLAH impian kan terlaksana. 
Teringat lagi kata-kata seorang makcik kat ili sebelum Ayu kahwin perihal persahabatan ili & Ayu yang takkan lagi sama seperti kami dua-dua bujang dulu. Betul, memang totally different..tapi Ayu & ili tetap berusaha sesuaikan diri. ili yang kena lebih faham sebenarnya tambahan pula Ayu dah pregnant sekarang. Lagi la ili kena belajar untuk memahami. Kalau la Ayu juga faham kerinduan ili untuk merasai saat-saat yang sama,huhu hanya ALLAH yang Maha Memahami. Dengan Ayu je ili boleh kongsi semua, dengan Umi sikit-sikit sebab ili banyak malu dengan Umi,hee. Mungkin lepas ni ili kena lebih bijak untuk menyendiri kot,huhu sedih je ayat. ili sayang Ayu...please dont leave me alone..haha sampai bila ko nak bergantung harap kat orang ni ili, berdikari sikit!! Orang tu dah ada suami, lepas ni kalau ili ada suami mungkin sahabat rapat ili yang lain akan merasakan hal yang sama. Suami & pakwe, ili lebih rela ikhlaskan hati untuk keseorangan demi sahabat yang spend time dengan suami dari diorang dok melangut dengan pakwe yang ntah bila nak jadi yang halal tu. Eh, sorry..banyak pulak luahan perasaan kali ni,hee!
Dah..stop meluah, jom kita tengok gambar-gambar Raya Haji yang lepas..




Kisah sedih di pagi raya bila anak saudara lembu datang melawat bapa saudaranya sebaik selamat dikorbankan, lepas dah siap agih daging semua pun dia datang lagi hidu2 kat tempat ni. Binatang pun ada perasaan..



Meriah kan, penuh kereta depan rumah ili..





Wedding Kak Wani..





Sekian..
  • Rindu itu bukan hanya ada pada kenangan tapi rindu juga boleh hadir pada sesuatu yang bergelar impian.
  • Save the sweet finger only for the sweet ring at the right time.
~Wallahu a'lam bissawab~