Friday, 3 January 2014

Kasih Kekasih

Assalamualaikum w.r.t.

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari ILAHI
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku..Oh..Kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan..Oh..Kasih

Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahagia
Semoga cinta kita
Di dalam Redha ILAHI
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan


Dulu dah pernah post lagu ni, citer pasal orang yang baru tamat kursus kahwin *ili la tu. Its almost 2 years now, haha..cepat sungguh masa. Maknanya, sijil kursus tu pun dah berusia 2 tahun la kan tapi sijil nikah takde lagi,haha. InsyaALLAH..one fine day.  Orang kata pejam celik pejam celik tup tup dah tiba masa yang kononnya kita nantikan tu & ada juga tup tup dah tiba masa yang kita taknak pun ia tiba. Masa bahagia, masa sakit, masa duka kecewa, & masa untuk kita 'kembali'. Hakikatnya, usia kita, usia dunia & usia kehidupan ni makin pendek..perjalanan kita hampir tamat menuju akhirat yang abadi. Apa tunggu lagi, ayuh..tingkatkan produktiviti iman & kurangkan kontroversi lagha!! Ingat ALLAH selalu :-)
Setiap yang berlalu adalah kenangan, setiap yang akan datang adalah impian. Bagi ili, insyaALLAH ili akan terus amalkan sikap redha dengan apa yang ili hadapi hari-hari. Walaupun dulu, ili cuma ikut je muslimin muslimat yang selalu cakap redha..redha tapi bila sekarang sedikit demi sedikit ili dah mula rasa nikmat redha itu sendiri..ternyata ia sangat indah untuk dihayati. SubhanAllah..maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan <Surah Ar-Rahman>
Tahun masihi bertukar lagi, semalam hari lahir Akak. ili tak wish pun..masih terasa segan,hehe. Nanti la..insyaAllah sampai masa nanti untuk celebrate sama..kalau ALLAH izin. *Teringat peristiwa setahun lepas, alhamdulillah sekarang dah makin tenang. Dan seperti biasa, bagi pelajar-pelajar universiti awal tahun disambut dengan peperiksaan akhir semester. Semoga dipermudahkan semuanya. Semalam masa paper kedua termenung kejap sebelum tulis tarikh kat slip kehadiran & buku jawapan. Yalah, masa first paper hari isnin lepas tulis 30 Dec 2013 tapi semalam eh 2 Jan 2014 pulak,haha. Tapi kita orang Islam, janganlah obsess sangat dengan kehadiran tahun masihi ni. Kita ada tahun Hijrah untuk dihitung, ili lebih suka sambut Awal Muharram sebab apa..sebab masa tu la kita dapat baca doa akhir tahun, doa awal tahun..kitab lama di tutup, kitab baru di buka & masa tu juga adalah antara waktu berdoa yang mustajab. Masa ni la ili buat azam tahun baru banyak2..berdoa, minta ALLAH permudahkan & tunjukkan yang terbaik. Dan paling best bila masuk bulan Muharram ni..ili dapat makan bubur asyura qlate yang sedap,hehe. So, untuk tahun baru masihi ni cuma sekadar sambut sebagai perubahan angka je la.:D
Apa kaitan tulisan ili ni dengan lagu kat atas tu pulak?? haha nothing. Impian mungkin,hee. Doa & Redha..




Nampak tak 2 gambar kat atas ni, itu gambar bakal anak angkat ili,wee mommy-to-be jugak la ni,haha. Of course, tu gambar anak sahabat baik ili..usia dia hampir 6 bulan dah sekarang..still in mommy-tommy, tak sabar tunggu dia keluar,haha mengalahkan ibu ayah dia pulak. Bila ili tampal gambar scan ni kat board di meja study, kawan-kawan sini mula la bising mengusik kan..cakap tu gambar anak orang, bukan anak ko, inspirasi la ni tampal sini..haha. Betul la tu..inspirasi & selalu terbayang..sem ni tampal gambar scan anak orang, mana tahu sem-sem depan tampal gambar anak sendiri pulak,hee ili & angan-angan adalah kembar tak seiras..jangan tak tahu pulak,hehe. Sekarang kuat betul imaginasi, tersengih keseorangan & ada satu tahap gelak & tetiba bercakap sorang-sorang<<ini parah,hahaha. Berdebar dengan rahsia takdir yang ALLAH dah tuliskan untuk ili, menunggu..menanti & bersedia untuk menerima dengan Redha, ikhlaslah hati. 
Di hari jumaat yang mulia ni, sebelum Subuh lagi ili dah tersedar..bangun siap-siap, sediakan makanan untuk adik-adik rumet & membernya..terasa ceria & bahagia, alhamdulillah..mood ok hari ni. Paper exam lagi seminggu kan, seronok la ya ili bersuka-ria hari ni kan..physco rumet yang nak exam pagi esok,haha.  Bila habis exam, kena fikir fyp..terasa tidak seronok di sini, ili nak balik cuti kat rumah,huhu. Banyak agenda bila balik nanti tambah-tambah bila Ayu dah janji dengan ke'excited'annya nak ajak ili shopping barang-barang baby..warhhh ni yang rasa nak buat-buat lupa dengan fyp then balik berbahagia di rumah,haha. Jangan ili, kalau kerja tak siap ingat ko boleh bahagia ke,hee insaflah.

  • Selamat Hari Lahir Kak Mai..semoga Allah mencurahkan rahmat & kebahagiaan untuk Akak & keluarga di dunia juga akhirat.
  • "Dont ever forget your mistakes and failures in the past. Im afraid you will repeat it again next time." <<dulu pedih tapi sekarang senyum je baca ayat ni.
  • Dah lama tak luangkan masa untuk design layout baru kat blog ni, bosan dah kan..setahun lebih dah kot tak berubah2 lagi view dia. Tapi hari ni seronok bila jumpa cara baru letak lagu kat blog,hee.

Kesilapan untuk dipelajari, berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi. Ok, ili?? Teguhkan iman di hati, jauhi lagha & kemalasan. Semoga hidup lebih bermakna lepas ni dalam kemanisan iman yang tiada berpenghujung. Jangan biarkan Kasih Kekasih kita semua iaitu ALLAH & Rasulullah S.A.W. sunyi tanpa kehadiran rindu & kecintaan kita sebagai Hamba & Umatnya. Sekian untuk hari ini.:-)

~Wallahu a'lam bissawab~

No comments:

Post a Comment