Assalamualaikum w.r.t.
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya
Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi
Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih..suci
Siapakah gadis yang ku idam...
Milik siapa gadis ini? Milik siapa hati ini? Biarlah ALLAH yang tentukan, walau teliti & sehebat manapun kita merancang..perancangan & aturan ILAHI itu ternyata lebih indah. Ya, belajar la untuk Redha. Kita selalu guna istilah hukum karma dalam hidup tapi kita lupa yang kita ni orang Islam. Orang Islam tak boleh percaya hukum karma, dalam Islam hanya ada Qada' dan Qadar. Hukum karma ni Buddha je yang amal buat pegangan. *Alhamdulillah, dapat ilmu baru dari seorang sahabat.
Semua orang ada impian, ada mimpi-mimpi indah yang diangankan untuk menjadi realiti..berdoa la, selagi niat & apa yang kita rancang tu untuk kebaikan..berdoa la jangan sampai kenal erti jemu! Percaya atau tidak, selama mana pun kita menanti untuk dikabulkan permintaan tu, satu saat nanti kita pasti terasa indahnya berdoa, walaupun ia tak termakbul atau bukan 100% seperti yang kita minta, tapi seriusly cakap..pasti rasa lain bila tiba satu saat kita terasa seolah-olah ALLAH sangat mendengar permintaan hamba-Nya even kita ni sehina-hina insan di hadapan-Nya & sememangnya DIA itu Maha Mendengar. Sewaktu berjalan balik kelas tengah hari tadi, ili terfikir..betapa malunya kita, cuba renungkan berapa banyak yang kita minta & bandingkan berapa banyak yang kita beri? ALLAH..ALLAH..SubhanALLAH, bersyukurlah kerana ALLAH itu Maha Penyayang, tak pernah berkira dengan hamba-Nya..sentiasa ada untuk menjadi 'Teman Setia' anda tika susah dan senang. Memang kadangkala iman kita ni tak selamanya berada di atas, ada waktu-waktu khilaf iman kita mungkin akan berkurang namun berusahalah dengan semampumu untuk tidak membiarkan iman itu terus merudung dan menghilang. Jika lenyapnya iman dalam hati kita, nescaya hilanglah salah satu nikmat Islam yang kita miliki..nauzubillah, moga ALLAH melindungi kita semua.
Semalam mesej-mesej dengan Ayu, dia mengadu stress dengan fyp, all the typical life as final year student. ili reply jangan stress2 mommy-to-be, Ayu nak ili call tak? Ayu balas "Xnk..nak feeling dengan baby je, baby tak kasi ganggu auntie ili,hehe". Ok Ayu, seronoknya dia ada baby..boleh feeling2. Kita ni feeling sorang2 je la,haha. Nak tahu Ayu reply apa?? Pandai dia balas..senyum manjang ili,hee. Sampai masa nanti boleh la feeling berdua pulak..takpun bertiga..hehe. #loading#waiting that sweet time..ALLAH know the best :-)
**Last edited Isnin [2/12/2013]
Sambung sikit sebelum publish, maafkan ili sahabat-sahabat...tahu, ada yang terasa dengan ili dalam minggu ni. Terlebih emosi sikit erkk maybe banyak. Ada beberapa sebab, syaitan dah berjaya kurangkan sabar ili, tambahkan perasaan geram & rasa taknak ambik kisah atau mungkin terpengaruh dengan perangai orang-orang suka buat muka @ nak bergaduh ni. Aduhh korang, jangan buat ili macam ni sebab ili pun taknak buat korang macam tu. Tau tak ili tak tenang bila tengok kita dah tak rapat macam dulu, i know sabar ili dah mula lemah. Sejujurnya memang ili rasa bersalah sebab termarah, tersenyum yang tak ikhlas, termengumpat dsb. ili tak suka pun benda ni berlaku..salah ili sebab terlampau feeling dengan semua. Jangan buat macam ni, ili tak happy..ili sayang korang tau tak. Rindu saat-saat melepak, bercerita bersama. ili tak mampu berusaha sorang2 untuk menyatukan semua kalau kita sendiri yang lapan orang ni masing-masing tak cuba untuk bersatu. Sedih..huhu ALLAH uji sebab banyaknya khilaf yang datang dari ili sendiri bukan salah mereka. Dah la tengah hari tadi masa turun beli lunch kat kafe semua orang ili nak langgar..tu la niat tak betul, malu yang amat-amat kot, taknak turun atau beli makanan time orang ramai macam tu lagi..ini satu janji for myself,huh.

![]() |
| Kami ada lapan je tapi tak pernah cukup lapan bila bersama |
- Pertunangan bukanlah sesuatu yang dapat menghalalkan apa yang haram tapi ia sekadar sebuah perjanjian untuk langkah seterusnya. Walaupun sudah memiliki tunang tetapi hak suami tetap didahulukan kerana Tunang Bukan Suami. Ingat, matlamat tidak akan menghalalkan cara. Jaga Hati, Jaga Iman, jangan biarkan prinsip itu goyah. Jaga keberkatan niat & Redha ILAHI...ALLAH sentiasa ada denganmu. Maafkan ili Encik Tunang!!
- ili sayang Ain, ili sayang Mid, ili sayang Syiera, ili sayang Lia, ili sayang Ieda, ili sayang Iman & ili sayang Jiji..sayang semua. Jangan buat ili rasa geram dengan korang lagi..ili tak suka pun buat semua tu. ALLAH balas direct tau tak lepas marah Ain semalam, geram dengan Jiji, banyak terasa minggu ni. ili tak tenang pun lepas tu.
- "Lidah itu senjata tumpul yang mampu tembus ke hati. Maka berdiam ketika itulah orang cerdik bukan jadi sama-sama bodoh." Ok, ALLAH nak ili berfikir & bermuhasabah lagi..
- Maafkan ili sahabat!!
Entry kali ni unik..ada sweet..ada sour, hopefully banyak yang sweet sebab ili tak suka sour apatah lagi yang bitter..sayang korang kerana ALLAH. Peace & smile~~
~Wassalam~