BIODATA
Nama: Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun sebelum hijrah:614M
Nama bapa:Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu:Ruman binti Umairah b Amir
Nama suami: Muhammad b Abdullah (Rasulullah SAW)
Tarikh wafat: 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Tarikh perkahwinan: Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Umur Wafat: 67 tahun
Tempat wafat dan di Maqamkan: al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah
SIFAT MULIA
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya semata-maat membantu orang lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa “HadithulIfqun”
SUMBANGAN
TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah dlm beberapa peperangan menentang musuh
HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya
SIRAH
Wahyu Allah
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang
membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku,
’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata
engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah,
Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina
Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering
terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia
dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang
dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi
Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering
mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda.
Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan
wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu
istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga
membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat
layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah
yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku
tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali
ketika aku bersama Aisyah.”
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan
penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu
sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula
mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan
setelah itu.
Sifat Cemburu
Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini
terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu
Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah
baginda!
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu
malam. Aisyah menuturkan, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda
sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali
lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
“Apakah engkau sedang cemburu?” tanya baginda.
“Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?”
“Rupanya syaitan telah datang kepadamu”, sabda baginda.
“Apakah ada syaitan besertaku?’ tanyaku
“Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan” jawab baginda.
“Besertamu pula?” tanyaku.
“Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat”, jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa’i)
Dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang
pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan
bagi Rasulullah SAW, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu
badanku gemetar kerena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku
memecahkan bejana Shafiyah. Aku pun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,”Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?”
Baginda menjawab, “Bejana harus diganti dengan bejana yang sama,
makanan harus diganti dengan makanan yang sama”, (ditakrij Abu Daud dan
An-Nasa’i)
Dalam riwayat lain dari Anas bin Malik , dia menceritakan, Nabi SAW
pernah berada disisi salah seorang isterinya. Kemudian seorang dari
ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu isteri Nabi yang
berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh
dan pecah.
Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Baginda berkata:”Ibumu cemburu, makanlah.”
Maka mereka pun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan
mangkuk yang masih utuh dari isteri dimana beliau berada, dan
meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang
memecahkannya. (HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadis senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam
Ash-Shahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia
berkata,” Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang
menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika
baginda berada di rumah istri beliau yang lain (Aisyah).
Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk
itu pun jatuh dan pecah. Nabi SAW langsung memunguti roti itu dan
meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, “Makanlah. Ibu kalian
sedang cemburu.”
Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk
yang pecah itu kepada Aisyah”.(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi,
Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)
Begitu pula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah
tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau
berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata, “Aku
menyamar lalu keluar untuk melihat.
Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun aku
berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun baginda dapat menyusul lalu
menahanku, seraya bertanya,”Bagaimana pendapatmu tentang dia?”
Aku menjawab, “Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan” (ditakrij Ibnu Majah).
Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, “Aku tidak pernah cemburu
terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi SAW
seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, “Apa yang
engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya?
Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu”.
Beliau bersabda, “Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku” (Diriwayatkan Bukhari)
Ok, hari ni kita kongsi kisah Saidatina Aisyah..kenapa? Sebab semalam ili terperasan ada orang panggil ili dengan gelaran 'Humaira',haha. Ntah mana yang putih kemerahan tu..tak menepati ciri ili rasanya,hee. Abaikan, kalau tak muncul 'Humaira' tu takde la ili terfikir nak publish kisah srikandi Islam..isteri tercinta Baginda Rasulullah SAW ni kan. Semoga bermanfaat.:-)
| First time dapat bunga sebenarnya...Mak ili bagi, sweet tak Mak? wee |
p/s: Teringin nak jadi 'Humaira' yang sebenar..teringin nak rasa di sayangi, di manja, di hormati & di cintai seperti Saidatina Aisyah Al-Humaira. Mendamba suami seperti Rasulullah SAW...itu mustahil, Mengharap akhlak setulus Aisyah Bint Abu Bakar...tak mungkin. Namun yang mampu diimpikan adalah usaha untuk mencontohi mereka. Yang terpenting..berusahalah mencari & menikmati CINTA ILAHI. Jaga Hati..jaga Iman!
Biasa la..ili & kebungaan mana boleh dipisahkan,hee
Biasa la..ili & kebungaan mana boleh dipisahkan,hee
~Wallahu a'lam bissawab~

No comments:
Post a Comment