Saturday, 19 October 2013

Al-Humaira

Assalamualaikum w.r.t.



BIODATA

Nama: Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun sebelum hijrah:614M
Nama bapa:Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu:Ruman binti Umairah b Amir
Nama suami: Muhammad b Abdullah  (Rasulullah SAW)
Tarikh wafat: 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Tarikh perkahwinan:  Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Umur Wafat: 67 tahun
Tempat wafat dan di Maqamkan: al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah

SIFAT MULIA

Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya  semata-maat membantu orang lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa “HadithulIfqun”

SUMBANGAN

TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah  dlm beberapa peperangan menentang musuh
HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya

SIRAH

Wahyu Allah
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.
Sifat Cemburu
Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah baginda!
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu malam. Aisyah menuturkan, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
“Apakah engkau sedang cemburu?” tanya baginda.
“Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?”
“Rupanya syaitan telah datang kepadamu”, sabda baginda.
“Apakah ada syaitan besertaku?’ tanyaku
“Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan” jawab baginda.

“Besertamu pula?” tanyaku.

“Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat”, jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa’i)

Dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi Rasulullah SAW, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku gemetar kerena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan bejana Shafiyah. Aku pun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,”Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?”
Baginda menjawab, “Bejana harus diganti dengan bejana yang sama, makanan harus diganti dengan makanan yang sama”, (ditakrij Abu Daud dan An-Nasa’i)
Dalam riwayat lain dari Anas bin Malik , dia menceritakan, Nabi SAW pernah berada disisi salah seorang isterinya. Kemudian seorang dari ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu isteri Nabi yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah.
Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Baginda berkata:”Ibumu cemburu, makanlah.”
Maka mereka pun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan mangkuk yang masih utuh dari isteri dimana beliau berada, dan meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang memecahkannya. (HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadis senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam Ash-Shahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata,” Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika baginda berada di rumah istri beliau yang lain (Aisyah).
Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk itu pun jatuh dan pecah. Nabi SAW langsung memunguti roti itu dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, “Makanlah. Ibu kalian sedang cemburu.”
Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah”.(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)
Begitu pula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata, “Aku menyamar lalu keluar untuk melihat.
Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun aku berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun baginda dapat menyusul lalu menahanku, seraya bertanya,”Bagaimana pendapatmu tentang dia?”
Aku menjawab, “Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan” (ditakrij Ibnu Majah).
Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, “Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi SAW seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, “Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu”.
Beliau bersabda, “Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku” (Diriwayatkan Bukhari)


Ok, hari ni kita kongsi kisah Saidatina Aisyah..kenapa? Sebab semalam ili terperasan ada orang panggil ili dengan gelaran 'Humaira',haha. Ntah mana yang putih kemerahan tu..tak menepati ciri ili rasanya,hee. Abaikan, kalau tak muncul 'Humaira' tu takde la ili terfikir nak publish kisah srikandi Islam..isteri tercinta Baginda Rasulullah SAW ni kan. Semoga bermanfaat.:-)

First time dapat bunga sebenarnya...Mak ili bagi, sweet tak Mak? wee
p/s: Teringin nak jadi 'Humaira' yang sebenar..teringin nak rasa di sayangi, di manja, di hormati & di cintai seperti Saidatina Aisyah Al-Humaira. Mendamba suami seperti Rasulullah SAW...itu mustahil, Mengharap akhlak setulus Aisyah Bint Abu Bakar...tak mungkin. Namun yang mampu diimpikan adalah usaha untuk mencontohi mereka. Yang terpenting..berusahalah mencari & menikmati CINTA ILAHI. Jaga Hati..jaga Iman!
Biasa la..ili & kebungaan mana boleh dipisahkan,hee


                                                      ~Wallahu a'lam bissawab~

Wednesday, 25 September 2013

Just Updated

Assalamualaikum w.r.t.

Ok, ili nak tulis sesuatu sebenarnya tapi sejak dah makin tua ni mood untuk menulis tu dah makin kurang. Taktau hilang ke mana. Please, Please, Please I want to write something..Please give an ideas. Haha ni la orang panggil buat terok *sebenarnya ni istilah untuk budak mechy je,hehe. 
ili nak tulis sesuatu yg ili boleh baca sebagai kenangan kelak. Of course, benda yg ili nak tulis tu berkait rapat dengan apa yang ili lalui setiap hari. Bukan sebab tiada masa tapi memang dah banyak entry ili buat akhirnya tersimpan sebagai draft sebab dah tak reti nak sambung **macam mana nak jadi penulis ni..takde bakat eksklusif..hahah 
Taknak la biarkan blog ni kesepian tanpa apa-apa update, ili sendiri yg rindu nak baca entry2 baru tulisan sendiri <over sangat> :D
Bila godam2 balik entry ili yg lepas mmg nampak la ketidakmatangannya di situ tapi biarkan, itu yg ili nak sebenarnya..boleh jadi kenangan bagaimana tumbesaran pemikiran ili selama ni,haha. Ada perbezaan atau masih sama?? Sekarang ni matang ke..uppss
Orang lain buat ayat skema dengan bahasa 'standard' bila tulis blog (mostly) tapi ili memang hampir 100% guna bahasa rojak+campur & memang ada slang2 ke-K.L-an <<ili taktau apa maksud sebenar perkataan ni..buat2 faham je,haha. Blog ni kan diary ili, dedikasi khas untuk seseorang suatu saat nanti..weee keluar dah kebungaan dia..biarlah rahsia. 
Hah tu dia haih, dah separuh taip baru terasa feeling menulis ni siap gelak sorang2 bila automatically tertaip ayat lucu. This is my real hobby..really love it. Rasa nak share semua je kat sini, haishh sabar2 ili. One fine day, insyaALLAH :-)

Ni lah family saya..agak2 tahun depan bertambah tak ahlinya? Haha malu kalau diorang tahu ayat ili ni..

Ni antara kenangan terindah raya tahun ni, Semoga ALLAH Redha & berkati ukhuwah yang terjalin dengan keluarga Mak. ALLAH lebih tahu, sayang ili kepada keluarga ni memang dah macam keluarga sendiri..perasaan tu wujud sejak pertama kali ili tengok gambar diorang lagi, bukan bermula dari 'bio-green' tapi sebelum tu lagi..huu

Untuk korang, please buat vacation banyak2 sem ni & sem depan, ni kan tahun last kita bersama,huhu 'make a nick' 

  • Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak akan lupa.
    <Surah Al-a'la ayat 6>
  • Kebesaran peribadi seseorang dilihat pada ujian yang dihadapinya...
    Lebih besar ujian, lebih besar peribadi seseorang!
    *Ustaz Pahrol
  • Daie yang baik itu... tidak akan menimbulkan rasa putus asa kepada yang sedang berdosa dan tidak menimbulkan rasa selamat kepada yang sedang taat.
  • Ayu said: u're one of the best flowers i love..
  • Ili said: Same goes to you..Ayu :-)
Enough for this time, sekarang baru tahu..keterpaksaan untuk melakukan sesuatu yang bukan datang dengan keinginan tu tak semestinya ia akan memberi hasil yang kurang memuaskan. If you know what I mean,haha pasal entry ni la..mula2 memang ili paksa untuk menulis tanpa idea yg mantap tapi lastly terhasil jugak satu nukilan. Mata dah kelip2 tahan ngantok, taknak baca jurnal CIM tu boleh tak,huhu. Sometime simple can be nice better than perfection. *Mengantuk ni mmg boleh buat orang cakap merapu..k daa!!

Wassalam~ 


Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah..jumpa lagi dgn ramadhan tahun ni, semoga lebih baik dari yg sebelumnya..teringin meninggalkan Ramadhan dgn menjelma sebagai insan baru yg lebih diRahmati & diRedhai ILAHI..mudah-mudahan, insyaALLAH. 
Actually, ni tarikh lahir ili mengikut kelendar Hijrah. ili dilahirkan pada 1 Ramadhan 1411 H means umur ili dah 23 tahun kalau ikut taqwim Islam,hehe tua setahun dari tahun masihi. Teringat cerita Umi yg terpaksa ganti puasa sebulan selepas melahirkan ili..kesian, besar pengorbanannya. Terima kasih UMMIE!! p/s: Dah lama rindu nak jadi 'Umi' :D
Tahun ni ili sambut Ramadhan & insyaALLAH beraya dalam suasana baru yg boleh dikategorikan sebagai pengalaman pertama..pengalaman apa?? Rahsia,hee. Ok, tak sabar jugak nak tunggu raya..ALLAH Maha Mengetahui perancangan yang terbaik bagi-Nya. ili redha..
Baru 1st day puasa tapi ALLAH dah uji ili dgn macam2, tak boleh tidur semalam + mengantuk kat office pagi ni + sakit perut & selesema gara-gara kuat menangis masa terawih semalam,haha xtau kenapa ili terharu sangat semalam + sayu & sedih sebaik je Imam baca bacaan sebelum solat terawih tu. Terpaksa tahan nafas dalam solat sebab taknak ganggu orang sebelah. Dan sebenarnya perasaan ili sgt sensitif sekarang, terusik sikit je mula la air mata nak keluar berduyun-duyun,hee. Deeply in my heart..hanya ALLAH yang faham kenapa ili jadi macam ni. ili kan kuat...yes, i'm strong, i can face all the challenges..insyaALLAH.
Ok, kejar masa waktu rehat yg sekejap sementara tunggu azan Zohor. Tak boleh online lama-lama nanti Boss marah. Wifi rumah Mok Su langsung tak boleh guna, beli password tak sentuh pun lagi. Sekarang baru rasa sedikit bersyukur dgn wifi.eng.mobile kat usm tu..at least ada jugak masa dia muncul event dah puas membebel,haha.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan ni, yg penting hati kena ikhlas..doa sentiasa moga ALLAH bagi kekuatan utk kita menambah amal di bulan mulia ni walaupun penat dgn rutin harian di tempat kerja. 
Pesan Mak utk ili: "terus berzikir"
InsyaALLAH..amal yg paling mudah utk dibuat bahkan banyak pahala yg akan terkumpul. Banyak yg ili nak share @ re-type kat sini dari nasihat yg ili dapat, informasi dari forum motivasi kat tv...harapnya dapat lagi menulis kat blog ni,huhu.

_Salam Ramadhan al-Mubarrak..Salam penuh keberkatan_

~wallahu a'lam bissawab~

Monday, 29 April 2013

Ajaibnya Hatimu

Assalamualaikum w.r.t.


A muslim man proposed to a muslim woman..

Muslimah: Me? If I do not know how to sew, or cook, or iron.. How am I going marry you?
Man: Do you know how to pray? Do you worship ALLAH Subhana wa ta'ala without associating with anyone? Do you give the zakat? Are you afraid of ALLAH?
Muslimah: Yes, I pray every day, I Love ALLAH and no one else, I give charity whenever I can and the one I fear is ALLAH S.W.T..
Man: *smiling* That's enough for me, I want you to be the half of my Deen, not my maid 

{If only all men really thought this way}

Nak gaun macam tu jugak tapi nak pakai waktu2 tertentu je..sayang, nanti kotor. ili nak pakai jubah je nanti kahwin ni boleh,hehe <over ko ili kalau berangan>. 
Bila kita dah buat pilihan kerana agamanya maka cukup la ALLAH di hatinya & sunnah Rasulullah S.A.W. menjadi ikutan & tauladan baginya. Jika ada sikapnya yang buat kita terasa, kita tetap mampu menerimanya sebab apa...sebab kita dah yakin..dah redha dengan akhlak serta agama yang dia miliki. Allahu Akbar...apalagi yang kamu nak nafikan dari apa yang telah diajar dalam Islam ni, Islam tu kan Ad-Deen..takde keraguan bagi yang mencari & mengamalkan ilmunya, Subhanallah.


Hmm...cemburu tu sakit kan, dalam senyum pun boleh nangis sampai teresak-esak,haha <bukan ili>. Perempuan oh muslimah...ajaibnya hatimu...lembut tutur bicaramu, senyum ceriamu tidak dapat melindungi rasa yang terselindung. Serahkan hatimu kepada ALLAH sayangku, DIA Maha Tahu apa yang terindah untuk kau nikmati. Oh, kalau ada rasa nak nangis tu...please, jangan tidur..nanti mimpi ngeri,hahaha. ili perempuan so ili bercakap dari pihak perempuan, even bukan ili yang mengalaminya tapi dari pengalaman sahabat2 ili, this is fact. Jangan terkejut kalau satu hari nanti kita juga akan merasai pengalaman nie. 
Muslimah itu sifatnya lemah tapi bukan untuk melemahkan & dilemahkan, ALLAH bagi kita kekuatan yang luar biasa terutama dengan kurniaan status Isteri dan juga Ibu. Muslimin pula sifatnya pembimbing, pelindung bagi Ibu, Isteri, adik, kakak & anak-anak perempuannya. Sempurnakan ciptaan ALLAH tu...bersyukur la kalian. 
Dan ili pernah baca orang perempuan ni kalau cemburu, dia tak pandai nak sorok dah...seboleh-bolehnya dia nak tunjuk jugak yg dia tu cemburu...paling minimum dia hanya mampu menangis & berdoa semoga ALLAH bantu dia hilangkan rasa cemburu tu. Biasanya, diorang ni kalah dengan cemburu terhadap pasangan <maksud ili suami, ili takkan pernah gunakan istilah pasangan dgn maksud couple atau yg sewaktu dengannya k>. Oh, lupa ya ili...ko pun perempuan jugak,haha. Tak la...ni nasihat bersama la ni. Cemburu tu manis sebenarnya, kalau kita mampu kawal rasa cinta dengan iman yang ada dalam hati kita, kenapa kita tak boleh nak urus rasa cemburu dengan iman jugak. Sweet kan...cetusan ni terinspirasi lepas ili dengar cerita bahagia sahabat baik ili dengan suaminya. Kadang-kadang rasa macam kami ni kembar pulak, kisah hidup kami pun lebih kurang je perjalanannya cuma dia dah berstatus isteri..ili belum lagi,hehe. 
Haha dah la, ili nak taip lab report tapi tertaip entry panjang2 ni pulak...bahaya betul ili ni. Creep test dah bertukar jadi jealousy test,hee.

Carilah ALLAH di Hatimu nescaya kamu takkan kecewa dengan Nikmat Dunia yang hanya untuk seketika ni.

~wallahu a'lam bissawab~

Saturday, 27 April 2013

Malu Rasa Bahagia

Assalamualaikum w.r.t.

Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas diminda detik kematian
Yang entah bila kan menjelma

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih 

Wahai Tuhanku, apakah nasibku?
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawapan
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di neraka-Mu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa-dosaku
Tak bisa ku meraih Syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...


17 Mac..it come again, Alhamdulillah ALLAH masih berbelas ehsan memberi ili kesempatan untuk menjadi hamba-Nya yg lebih baik dgn memanjangkan usia ili. Sekarang umur ili dah jadi 22 tahun...umur bertambah tapi ia tak berkadar terus dgn usia..usia ili semakin pendek sebenarnya. Kematian semakin mendekat...bila tiba saatnya ALLAH takkan awalkan atau lewatkan sesaat pun...ia hadir tepat masa, ketika dan keadaannya. Apabila detik itu menjelma, tiada siapa dapat menahan andai malaikat maut datang mengirim utusan sakaratulmaut..hanya amal kebajikan di dunia yg dapat menyelamatkan nasib kita di akhirat kelak. Cukupkah amal ili untuk menjamin Syurga nan abadi di sana nanti? 
Lain sangat bila sambut hari lahir tahun ni, ili rasa macam dilahirkan menjadi muslimah yg baru, insyaALLAH moga lebih baik dari yg sebelumnya. Bagaikan mimpi, ALLAH pilih ili untuk lalui kehidupan seindah ini, rasa tak mampu dan kerdil sangat untuk menerima nikmat sebahagia ini dari-Nya. Syukur Alhamdulillah...semoga ili tidak khilaf @ lalai dgn nikmat ini. Ujian bahagia lebih mencabar dari ujian kesedihan sebab manusia ni mudah lalai leka dgn kesenangan tapi bila sedih tahu pulak nak mencari dan mengadu pada Tuhannya. Semoga ALLAH memelihara & menjauhkan kita dari sifat kufur nikmat. 
*Entry ni mmg bertarikh 17 Mac 2013 tapi disebabkan ketiadaan masa (sebenarnya boleh je mencelah tapi saja nak buat kerja lain kan ili,hee)
Terima kasih kepada mereka yg bagi wish, doa, hadiah...terima kasih banyak5..terharu ni. Baik sangat tapi ili belum mampu menjadi baik utk diorang..maafkan ili. 
Serius...macam tak percaya, ili ke yg ALLAH pilih untuk menerima semua ni, dugaan..bahagia. Layak ke ili? Subhanallah...ALLAH mmg Maha Pengasih, kalau flashback balik, ili hamba kerdil..insan yg penuh dosa, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...ili nak jadi orang yg baik & yg dapat menyebarkan kebaikan kepada semua terutama orang-orang yg ili sayang. ALLAH...bantu la ili!
Nak tengok gambar2 hadiah yg ili dapat tak..oh, tak boleh..tak boleh!! Hak eksklusif..ili sorang je dapat,haha. ili ni kuat cemburu tau, even nak tgk gambar pn ili tak bagi,hehehe. Sorry!!



Jangan tanya kenapa ili tiba2 minat panda..terasa comel pulak panda ni,hehe. Thanks Adik sebab bagi gambar ni..Adik kata "supo demo jah" means dia kata panda ni sama macam ili, tang mana yg sama tu Dik? haha.

Memang banyak sangat event yg ili nak share kat jurnal ni, kalau dibukukan mmg boleh buat novel dah ni...boleh cari pendapatan tambahan,hehe. Tapi maaf..ili belum bersedia. Cehh..macam apa je,haha. Takde la...kalau satu hari nanti tetiba ter'publish' tu, mmg rezeki la utk korang baca tapi kalau takde jugak maknanya ili banyak buat kerja lain la tu. Hari-hari ili bukak blogspot ni, tulis satu dua ayat pastu save...bila entah nak siapkan entry2 tu semua..ili..ili. Change your attitude k..be more positive! ^__^


Tengah menulis..bukak fb, nampak gambar ni. Hmm..boleh la tambah koleksi, mmg tgh pening cari gambar nak jadikan hiasan entry ni. Betul ke statement dlm gambar ni...bergantung kpd pendapat masing-masing,hee. Takde kena mengena dgn penulis :P
Cukup la dulu, ada design Ansys yg menunggu untuk date dgn ili lepas ni :-)

Last but not least, Terima Kasih ALLAH...Syukur dgn nikmat-Mu. Terima kasih UMMIE, Terima kasih MA, Terima kasih MAK (hadiah terindah untuk tahun ini, ili dapat Mak baru,hee). Walaupun ili tak pernah rasa adanya Ayah tapi ALLAH gantikan dgn 3 orang Ibu kpd ili. Subhanallah...terharu sangat. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? <<Adik marah ili post ayat ni kat fb tapi dia tak faham apa yg ili rasa...bukan nak meraih simpati jauh sekali utk mengaibkan sesiapa tapi ili nak luahkan ucapan syukur yg amat sebab ALLAH hadirkan insan-insan semulia ini utk menjadi pendamping, pendidik ili di dunia ni & doa ili..harapan ili, ili nak mereka juga ada bersama-sama dgn ili di Syurga kelak. Ya ALLAH, KAU permudahkanlah..

Wallahu a'lam bissawab

ALLAH tautkan Hati kami untuk bermujahadah, Belum masanya untuk disatukan dengan ikatan suci Pernikahan. Doa..Doa..
(Ayat ni muncul sebelum ili tidur semalam, ambil la ia sebagai ibrah, jangan kaitkan ia dengan sesiapa termasuklah ili,hehe)