Sunday, 17 June 2012

Kerana Malu..

Assalamualaikum w.r.t.

Kerana malu ili convert entry sebelum ni..entry 'Aku Anak Kampung' dari published ke draft balik sebab apa...sebab malu la,hehe. Cukup 24 jam je publish, bertuahlah kalau siapa yg sempat baca tu. Kalau dia pun dah terbaca lagi bertambah malu ili,haha. <ili2...sejak bila pandai malu lebih2 ni,hee>
Kerana malu juga ada sedikit kesal dgn tindakan ili dulu..
Kerana malu ili Redha dgn Takdir yg telah tersurat utk ili & dia..
Bab kata Ummie "Kalau ada jodoh tak ke mana"..
Ya..kerana jodoh itu telah ditetapkan oleh ALLAH sejak kita dalam kandungan ibu kita lg, bukan jodoh je..rezeki, ajal maut, kahwin @ tidak, takdir kita hidup di dunia ni semua tu telah tersurat cuma masih menjadi tersirat kerana perkara2 tu semua adalah Rahsia ILAHI. Manusia hanya boleh berusaha, doa & tawakal. Redha akan ketentuan-Nya. Jaga ikhtilat, jaga hati, jaga iman, jaga hubungan dgn ALLAH & berusahalah menjadi yg terbaik. Dan perlu di ingat..kalau kita bermimpi, berangan utk mendapatkan kebahagiaan di dunia & akhirat jangan mulakan sesuatu tu dgn maksiat. Dalam apa jua perkara letaklah agama sebagai rujukan utama, insyaALLAH...bahagia akan menjadi milikmu.
  • Pendek je entry kali ni sebab...malu,ha3
  • Semalam ada seorang sahabat fb bertanya tentang mandi wajib...antara mandi nifas & mandi wiladah. Ramai yg masih keliru & x tahu pasal benda ni. ili cuma bagi sedikit info yg ili tw ttg perbezaan dua jenis mandi wajib ni & hukumnya. InsyaALLAH..ili akan buat satu entry tentang mandi wajib pula agar dapat membantu kaum2 sejenis ili di luar sana yg masih kurang faham ttg benda ni. Kita orang perempuan x boleh ambik mudah hal ni tw sebabnya antara sebab seseorang itu wajib mandi wajib mmg byk terletak kepada perempuan..k2, nt ili sambung penjelasannya pada entry terkemudian k...:-)
  • ili sensitif sgt dgn gerak hati ili sekarang, dulu x pernah ambik peduli pn ttg gerak hati sendiri...so lepas ni ili xkan publish entry yg ili dah buat tp hati ili memberat agar tidak publish entry tersebut. Contohnya entry 'Aku Anak Kampung' tu..patutlah rasa hati tak 100% rela lepas publish mmg saja memalukan diri sendiri je,haha.
  • ili nak minta maaf...mohon ampun zahir & batin. Kot2 ada yg terasa hati dgn ili kan...sesungguhnya salah satu sebab agar hati menjadi tenang adalah dgn membiasakan diri utk saling minta maaf & memberi kemaafan...^_^

~wassalam~


Sunday, 10 June 2012

Al-Waddud::Mencintai Dengan Tulus

Assalamualaikum w.r.t.


Rasa Cinta bagaikan pohon di dalam Hati yg akarnya berupa kepatuhan kepada Pencipta (al-Khaliq), batangnya adalah makrifat kepada-Nya dan cabangnya adalah rasa takut kepada-Nya. Daun-daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya dan buahnya adalah ketaatan kepada-Nya, bajanya selalu ingat kepada-Nya, maka kecintaan yg tidak memiliki faktor-faktor tersebut bererti Cintanya tidak sempurna.
Sesiapa yg mampu mencintai ALLAH berdasarkan ilmu, maka dia akan mendapatkan hati yg khusyuk, jiwa yg qana'ah dan doa yg didengar. Sesiapa yg tidak boleh mencintai ALLAH, maka dia terjerat dgn empat perkara iaitu ilmu yg tidak bermanfaat, hati yg tidak khusyuk, jiwa yg tidak pernah berasa puas dan doa yg tidak dimakbulkan. Sehingga ilmunya menjadi bencana dan racun kepada dirinya dan dia tidak mengambil manfaat dari ilmunya kerana hatinya semakin jauh dari ALLAH, jiwa bertambah kering dan tamak, bahkan semakin bertambah rakus dan buas. Akhirnya, doanya tidak didengar akibat melanggar perintah ALLAH dan tidak menjauhi apa-apa yg dibenci & dimurkai-Nya. Imam al-Bukhari berkata, bahawa "al-Waddud" bererti kecintaan yg murni dan ALLAH mencintai setiap hamba-Nya yg beriman dan mereka juga mencintai-Nya dgn tulus.
Tips cinta yg dapat meraih Taman Syurga & kebahagiaan abadi:
Pertama & yg terutama mestilah meletakkan Cinta kepada ALLAH, kedua Cinta kepada Rasul-Nya iaitu kekasih ALLAH..Nabi Muhammad SAW. Ketiga adalah Cinta kepada Ibu & Ayah. Bagi wanita yg telah bersuami Cinta di tempat ketiga adalah Cinta kepada suaminya. 
Cinta keempat, kelima & seterusnya macam x wujud je atau mungkin ada cuma kadang-kadang manusia ni sukar utk membezakan antara Suka, Sayang, Cinta, Kasih, & Rindu. Ok, ili nak kena beli satu buku dulu baru boleh describe tentang perbezaan perasaan ni sbb ili sendiri pn x reti nk beza perasaan2 ni semua. Sebenarnya..ada perbezaan, dapat dilihat melalui tindakan & gerak hati tapi hanya orang2 terpilih je yg dapat merasainya. <<cakap mcm pro sgt ya ili, padahal ko sendiri pn susah nk faham bahasa hati ni...:-)


Ingat sahabat...letakkan Cinta ALLAH di tempat yg paling tinggi. Muhasabah kembali betapa besar nikmat Cinta yg telah dikurniakan ILAHI kpd kita..kenapa mesti kita curang dengan-Nya. Jangan lebihkan kekasih @ teman lelaki semata. Itu bukan cinta namanya...and please Islamic Couple Tak Pernah wujud & Tak kan ada. Couple in Islam is Nikah. Dan jangan adakan 'in a relationship' dgn alasan bercinta & berhubungan kerana ALLAH. Menghalalkan yg Haram itu tetap Haram hukumnya.
<sedih bila tgk sahabat sendiri mewujudkan islamic couple>

  • My Life Novel dah makin cantik, bagi ili lah..org lain xtw. Minat lain2. So, idea mencurah-curah dtg tk menulis, gangguan betul time2 darurat nk exam ni. Bagi mengelakkan idea tu hilang berterbangan begitu sj, ili terpaksa buat sticky note. Cuti ni mmg jd full time blogger lh kan...ya2 je full time blogger, dok rumah nt jd surirumah sepenuh masa adalah kot,hehe.
  • Di saat2 genting ni, ili nak mohon ampun...Maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali ili sama ada secara langsung atau tidak langsung. and dont forget to make doa for me for this final exam, ok?
~wassalam~

Thursday, 7 June 2012

Rindu Nak Jadi Tetamu ALLAH

Assalamualaikum w.r.t.




Menitis air mata bila baca artikel ni kat akhbar kosmo { klik sini }. Rindu...sayu rasa hati bila terkenang..bilakah masanya aku akan menjadi tetamu-Nya. Mampukah aku, layakkah diri ini utk menjejakkan kaki di tanah haram tu. Bersembahyang...sujud menyerah diri kepada-Nya di dalam MasjidilHaram. Dan melihat Kaabah di depan mata. Ya ALLAH...Rindunya, ingin merasai nikmat berada di sana. 
Ni lah tempat pertama yg ili akan pergi kalau ili ada duit. Dapat buat umrah pn dh bersyukur yg amat. Bawa family...Ummie, Adik & Nenek. Oleh sebab ili ni kuat berangan, ili  ada impian yg satu hari nt ili dapat pergi Makkah dgn suami. Bawa keluarga sendiri & keluarga mentua buat umrah sama-sama. Jika ALLAH izinkan...boleh terus tunaikan Fardhu Haji. Paling penting...ili nak bawak Ummie..tunaikan hasrat dia. So, ili kena fight dari sekarang. Please ili, be strong..jangan lemah & terlalu ikut perasaan @ cepat sgt perasan syok sendiri. Banyak lg tanggungjawab ili kat family yg belum tertunai sebelum ili mula berfikir utk menambah tanggungjawab lain <malu dgn kata2 Ummie malam ni>.

"Semoga ALLAH Redha & Permudahkan Urusan Kami sekeluarga utk Menjadi Tetamu ALLAH. Sampaikanlah waktu itu sebelum tiba saat untuk kembali
kepada-Nya. AMeeN"

~wassalam~



Tuesday, 5 June 2012

Kasih, Cinta & Rindu dalam Redha-Nya

Assalamualaikum w.r.t.

Sofia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi.
Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk.
Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka.
Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah.
Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu.
Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW:
"Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut.
Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya.
Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW?
Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka.
Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah."
Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya.
Tetapi kejadian dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen.
"Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda.
"Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman.
"Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?"
Sufia senyum.
"Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas.
"Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen.
Sufia terkesima.
Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya.
Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu.
Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka.
Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang.
Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan.
Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya.
Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku?
"Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia.
Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh.
Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah.
02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail.
Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail.
"Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil.
Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka.
"Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.."
Zairil diam seketika.
"Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut.
"Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan."
Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan.
Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini.
Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita.
Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba menjalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail.
Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

**ili mmg suka copy paste artikel org...kisah ni pn ili ambik dr iluvislam,hehe**


Wasiat Rasulullah SAW dalam sabdanya:
"Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana kehormatannya, hartanya, kecantikannya, dan agamanya, maka pilihlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan bahagia."
Firman ALLAH SWT:
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) dan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula." <Surah an-Nur [26]: 26>
Sabda Rasulullah SAW:
"Harta yg paling baik adalah lisan yang selalu berzikir, hati yg selalu bersyukur dan isteri solehah yang membantu seorang mukmin atas keimanannya."
Rasulullah SAW juga bersabda yang bererti:
"Terdapat tiga golongan yang pasti ditolong oleh ALLAH, iaitu hamba Mukatab (seorang hamba yang ingin memerdekakan dirinya dengan cara bekerja keras untuk melunasi hutangnya), orang yang berkahwin demi menjaga diri dari perbuatan maksiat dan para pejuang di jalan ALLAH."
  • Mmg sgt x sesuai ili dgn watak Sufia dlm citer ni & of course jauh sekali bezanya dgn situasi Puteri Kesayangan Rasulullah SAW Saidatina Fatimah dgn apa yg ili alami. ili mudah kalah dgn kata hati & ili dh terluah pn. x kuat nak simpan, huhu. Istikharah..doa & mujahadah adalah jalan terbaik. Dan istiqamah...
  • See..ini kecurangan yg jelas dan nyata ya ili...bercakap lg soal kahwin. xdelh..ni sbb ili terbukak n terbaca artikel kat web iluvislam so saja nk memenuhkan entry di blog, xde maksud apa2 pn..he.
  • Ummie mtk nk tgk gambar dia tp sampai skrg ili masih malu + segan nk tunjuk kat Ummie sbb dlm hati berkata "Belum tentu dia yg akan jadi menantu Ummie & betapa tidak layak anakmu ini jika ingin bergandingan dengannya yg jauh lebih baik." xtw lh...Adik mesti akan bongkarkan rahsia ni kat Ummie bila Ummie mtk Adik yg tunjukkan gambarnya, haha. <malu2.
  • i feel something...jika ingin menjalinkan pernikahan dalam Restu & Redha ILAHI make sure dapatkan dulu Restu daripada ibu bapa. Ada hikmahnya jika mereka menolak, pasti ALLAH telah mempersiapkan yg lebih baik & setiap mak dan ayah mesti nak yg terbaik utk anaknya. ili sendiri pn...xkan berkahwin tanpa restu dr ibu bapa kedua belah pihak...byk keburukannya di kemudian hari & confirm xkan dpt kebahagiaan yg diimpikan. Biar menanggung kesakitan skrg dari menanggung sakit yg lbh parah pada masa akan dtg. ALLAH kan ada...percaya akan-Nya.:-)
Seseorang yg ingin mendapatkan kebahagiaan yg hakiki, hendaklah membekali dirinya dengan akidah yg sahih, kerana akidah yg sahih adalah sumber kebahagiaan di dunia dan akhirat.

_Wassalam_

Monday, 4 June 2012

Fitnah Seorang Mujahid

Assalamualaikum w.r.t.

Effect mood yg sedih kala ini & emosi yg x berapa nk stabil gara2 sdg berada dlm fasa 'study week' maka terhasillah entry ni. Sebelum tu ili nk mtk maaf awal2, mungkin akan ada ayat ili yg akan buat insan2 di luar sana terasa. Tiada niat tk mengata @ menulis hal-hal berbangkit cuma sekadar luahan yg x memberi makna apa2<<cehhh, keluar dh ayat bunga2 dia. Ni bahaya ni bila mood x stabil mula lh nk brjiwang segala,haha. { Ingat Pesanan Ustaz ili!! }
Para ulama mentafsirkan kalimah Fitnah di dlm Al-Quran <Surah Al-Baqarah ayat 191 dan 217> dgn beberapa maksud.  Di antaranya ialah:-
  • Syirik atau kufur
  • Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yg beriman
  • Usaha utk memurtadkan org Islam
  • Azab akhirat
  • Ujian dan bala bencana
  • Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak dan menyeleweng
Fitnah dlm bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Tapi perlu di ingat, apa-apa yg diklasifikasikan sbg tuduhan..itu bukan dimaksudkan dgn fitnah. 
Ok...apa kaitan ili dgn fitnah ni? Tiba-tiba cakap sal fitnah pulak. ili rasa ili x alami fitnah ni tp mungkin boleh disifatkan sebagai ujian dan cubaan. Tak perlu kot ili explain panjang2 bab ni. Sejak berada di alam kampus ni, byk pulak ujian yg ili terima. Tapi ili bahagia...bersyukur dgn apa yg ili terima sbb ujian ni walau kdg2 mendatangkan kesedihan namun ia byk mengajar ili utk lebih tabah. ili belajar menerima...ili belajar menghargai...ili belajar utk menjadi yg terbaik & ili belajar ttg satu kehidupan yg mmg ili tak sangka ili akan berada pada tahap sekarang. Bila flashback balik apa yg ili telah lalui, sungguh ili x percaya ili mampu berada dlm situasi sekarang. Walau x seindah dan x sebahagia org lain tp ili bersyukur...ALLAH pilih ili utk hadapi semua tu. Dan kadang-kadang ili terfikir, perlu ke memandang ke belakang setelah melangkah ke hadapan? Mungkin boleh, kehidupan masa lalu adalah kenangan dan jadikan ia sbg pengajaran utk dapatkan yg terbaik pada masa hadapan. Cakap mmg mudah tp ili ni x cukup insaf lg tk jadi yg terbaik, masih mencari hidayah-Nya agar ili dan sahabat semua berpeluang mendapatkan kebahagiaan hakiki di akhirat sana.


Hanya ALLAH yg tahu ketakutan ili beberapa hari ni, ili takut...takut andai diri ili menjadi bahan fitnah kpd insan lelaki. Yes..mungkin salah ili, ili yg lalai..terleka hga terlupa akan adab yg seharusnya ada pada seorang muslimah. Tapi ili xnk nama ili dijaja sbg fitnah kepada seorang lelaki. Tak kisah sapa pn dia. Fitnah..cm berat sgt tk digunakan dlm kes ili ni, tuduhan pn cm x sesuai je so ili anggap benda ni sbg ujian ke atas ili. ili yg kena menilai diri sendiri tanpa melihat pada kesalahan org lain. ili takut...diri ili membawa kelalaian & binasanya seorang Adam..nauzubillah..hal ni yg plg ili cuba elak dari dulu. Ketakutan ili pada lelaki bukanlah semata-mata ili fobia dgn masa silam tp ili jg takut andai menjadi sumber dosa free kpd kaum Adam. Biar ili x baik...biar ili x solehah tapi demi yg terbaik tk generasi ili kelak, ili belajar tk menghindari benda-benda cm ni.
ALLAH berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)
ALLAH SWT berfirman:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra’du 13: Ayat 28)
ALLAH SWT berfirman:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."
(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)


  • Nukilan dan ayat skema bosan kali ni sbb ili merasakan ada kesedihan dlm hati so effect mood yg x ceria.
  • ili ni terlebih emosi kot...cepat perasan pn ya jgk. Tak hairan kalau ada yg x suka sikap ili ni & mungkin akan hilang rasa hormat pada diri org lain terhadap ili. Cepat2 lah insaf ili oit...huhu.
  • Satu hari nt mungkin blog ni akn di 'private' kan...bimbang ada hati yg terusik dgn kata2 ili kat blog ni & ili takut ili terbuat perkara yg ili cuba elakkan selama ni.
  • Ayat kat blog ili mmg byk kiasan, xkn mudah tk bg org faham sbb mmg ili xnk sapa yg baca faham pn...secret2,hehe.
  • For the sake of my life, ili dah nekad...cuti ni ili akan stay kat rumah. Menghabiskan masa bersama keluarga..kesian Ummie ili. Akhirnya..ili ikut jgk kata hati tu kn, harap ada kebaikan dan hikmahnya.
  • ili bukanlah seorang yg baik2, insan biasa yg x lepas dr melakukan kesilapan. Kdg2 ili benci dgn reaksi & tindakan diri ili sendiri terutama bila tersedar yg ili telah khilaf. Tak kuat rupanya ili ni, belum layak di gelar seorang mujahidah @ muslimah solehah. ili mtk ampun luar & dalam for those yg terasa dgn sikap @ ucapan ili selama ni. Ukhuwah till Jannah...xde sbb seseorang itu tk putuskan silaturrahim sesama kita kerana hakikatnya setiap kita adalah bersaudara...saudara seIslam..:-)
_Sudah cukup Sudah...ili xnk diri ili menjadi Bahan Fitnah kepada Seorang Mujahid_

"Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirat."