Assalamualaikum w.r.t.
Since, ili x pernah berkongsi entry yg betul2 berilmu kan so kali ni ili nak citer ttg BLOOD @ DARAH. Wow, sguh berbeza dgn bidang engineering yg ili dalami sekarang,haha. Dulu masa sekolah ambik major in Biologi tapi main2 sbb serius x minat bab2 ni sbnrnya,hehe. Tapi, sejak dua menjak ni mula terfikir ttg penyakit yg mungkin nampak x bahaya tp lepas ili kaji dan baca beberapa artikel...benda yg nampak 'simple' ni lh mungkin akan jd complicated satu hari nanti. Dulu masa ili prg kursus kahwin, dlm satu slot kesihatan mmg ada sebut sal ni tapi just intro yg mmg xkn buat org pertama kali dgr faham. Yes, talasemia & rhesus darah yg ili nak citer kali ni mmg ada kena mengena dgn penyakit yg lebih fokus pd perkahwinan means antara suami isteri. Rasa semua dah tw, kalau nak kahwin skrg mmg wajib buat ujian HIV tp x wajib buat Ujian Talasemia. Cuma digalakkan pasangan yg akan berkahwin tk buat Ujian talasemia ni, insyaALLAH sgt berguna tk masa depan keluarga terutama anak-anak.
Talasemia (Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Ia merupakan penyakit yang diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras Hb semakin menurun.
Pesakit talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan Hb dlm sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dgn baik. Dengan itu, tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dgn baik & mereka boleh mendapat sakit yg teruk.
Pesakit talasemia juga biasanya mempunyai paras hemoglobin yg rendah iaitu kurang drpd 10g/dl. Mereka yg menghidap penyakit talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit malaria. Terdapat dua jenis talasemia:
- Talasemia minor: merujuk kpd mereka yg mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
- Talasemia major: merujuk kpd mereka yg mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Berdasarkan gambar di atas <<mcm taip data she pulak>, sekiranya kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku:-
- 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
- 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
- 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
- Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yg serius apabila mencapai usia di antara 13 hga 18 bulan.
- Tubuh pucat, lemah dan gelisah.
- Anemia yg serius boleh menyebabkan sesak nafas.
- Perut buncit disebabkan hati dan limpa membengkak.
- perubahan bentuk tulang muka, pipi dan rahang yg tidak normal.
- Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
- Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan spt hati, jantung, dan kelenjar endokrin yg akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dgn suntikan ubat Desferrioxamine.
- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yg sesuai di kalangan ahli keluarga.
- Menjalani penyaringan bagi yg mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
- Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dgn pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah utk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
- Jika kedua-dua pasangan adalah pembawa Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dgn menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yg boleh dilakukan semasa awal kehamilan utk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.
Rhesus adalah protein khusus (antigen) yg terdapat pada permukaan sel darah merah. Rhesus ni asal nama sejenis kera rhesus (Macaca Mulatta), org yg kaji benda ni dulu dia guna darah kera ni so wujudlah nama rhesus. Kera dan manusia, dua-dua spesis mamalia so xde beza pn, jgn korg igt korg xde rhesus & kajian ni x valid pulak,haha. Rhesus terbahagi kpd dua iaitu Rhesus positif dan rhesus negatif. Mereka yg mempunyai faktor protein pada permukaan sel darah merah disebut rhesus positif manakala yg tidak memiliki atau kurang faktor protein ini di sebut rhesus negatif.
Rhesus negatif banyak dijumpai pada penduduk Eropah, Australia dan Amerika. Rhesus positif pula banyak dijumpai pada penduduk Asia dan Afrika. Malaysia termasuk dalam kategori pemilik rhesus positif plg ramai, hanya sedikit yg memiliki darah rhesus negatif. Pemilik darah rhesus negatif ni situasinya sama spt pemilik darah jenis O di mana kalau diorg nak menerima darah, mereka hanya boleh terima darah yg rhesus negatif. Berlainan dgn pemilik darah rhesus positif yg boleh menerima kedua-dua darah jenis positif atau negatif.
Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif <bagi yg darah rhesus negatif>, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yg akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yg boleh berfungsi utk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh meninggal disebabkan kemasukan jenis darah yg tidak bersesuaian.
Perbezaan faktor Rhesus (Rh) jarang berlaku, ini kerana hampir 90% perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif. Umumnya faktor Rh yg berbeza antara ibu dan anak dlm kandungan tidak menjadi persoalan utk kehamilan yg pertama. Bagaimanapun apabila ibu hamil kali kedua atau ketiga dan seterusnya, perbezaan faktor Rh mula mendatangkan komplikasi kpd bayi, contohnya masalah kekurangan darah (anemia) yg teruk.
Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif <bagi yg darah rhesus negatif>, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yg akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yg boleh berfungsi utk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh meninggal disebabkan kemasukan jenis darah yg tidak bersesuaian.
Perbezaan faktor Rhesus (Rh) jarang berlaku, ini kerana hampir 90% perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif. Umumnya faktor Rh yg berbeza antara ibu dan anak dlm kandungan tidak menjadi persoalan utk kehamilan yg pertama. Bagaimanapun apabila ibu hamil kali kedua atau ketiga dan seterusnya, perbezaan faktor Rh mula mendatangkan komplikasi kpd bayi, contohnya masalah kekurangan darah (anemia) yg teruk.
Permasalahan Rhesus semasa mengandung berlaku bila seorang wanita yg negatif mempunyai pasangan Rhesus positif. Ada 50% kemungkinan anak dlm kandungan itu positif sbb biasanya Rhesus anak lebih mengikut Rhesus bapa. Jika anak dlm kandungan pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dgn darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dlm badan ibu dan membentuk antibodi yg memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi. Antibodi yg dibentuk dlm ibu akan berkekalan. Masalah timbul bila si ibu mengandung kali kedua dan anak dlm kandungan positif juga. Antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yg menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops Fetalis'.
Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sgt ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung utk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yg Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka diminta membawa suami utk diperiksa jenis darah. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati spt demikian>>bila sudah bersalin darah anak akan diperiksa utk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dlm lingkungan masa 72 jam>>suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yg akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kpd Rhesus positif. Ini akan diulangi setiap kali ibu bersalin jika anaknya itu positif juga. Melalui teknologi perubatan sekarang juga, si ibu akan go through sistem tukar darah berkala utk perkembangan janin dlm kandungan. But always paid and paid...ada duit semua jd <cm ni lh lbh krg maksud ayat ni>.
Sumber:: 100% daripada Prof. Dr. @ Pak Cik Google. InsyaALLAH tepat sbb ili ambik juga dari artikel2 akhbar internet & salah satunya kajian yg dilakukan oleh Doktor dari USM. Sesiapa yg nak dapatkan maklumat lebih lanjut boleh kunjungi klinik2 atau hospital berhampiran anda.:-)
**Darah ili jenis B+, Talasemia tu xtw lh sbb x pernah buat lg. InsyaALLAH...ili berniat tk buat ujian Talasemia sebelum kahwin nt...^_^. So, sapa2 yg jenis Rhesus positif cm ili tu...u're welcome to marry me,hahaha
![]() |
- Entry kali ni mmg ili buat research dgn bantuan Google.com tp ili taip one by one, No copy paste here & ada ili guna ayat sendiri tk mudah faham. Semoga bermanfaat tk semua.
- Andai ditakdirkan satu hari nanti, ili @ sahabat2 semua di beri ujian dgn diri sendiri atau ahli keluarga yg disahkan sbg pembawa Talasemia, ili harap kita semua tabah tk terima kenyataan tu. Ingat...kadang-kadang ALLAH datangkan ujian sbg penghapus dosa-dosa kita yg terdahulu, terimalah ia dgn hati yg lapang.
- P/s:: Sesiapa yg xnk kena suntik byk kali sewaktu hamil & bersalin nt...KAHWINlah dgn Rhesus yg sama ya...:-)
- ili nak jd seorang Ibu, Ustazah & Doktor yg terbaik tk anak-anak ili kelak, kenalah study byk benda kan...huhu.
- Maafkan kesilapan ili samada ili lakukan secara sedar @ tidak, dalam x sedar kita mungkin telah buat seseorang di sekeliling kita terasa hati dgn sikap kita tu sbb kena sentiasa mtk maaf & memaafkan. InsyaALLAH...hati akn lbh tenang.
_Ok...Wassalam_
"Amat ajaib orang yg beriman itu, Semua perkara yg dilaluinya baik belaka.
Diuji dia bersabar, maka ujian tidak akan merosakkannya.
Diberikan anugerah dia bersyukur, maka anugerah itu tidak akan mengkorupkannya."











