Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman
Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri
Oh.....senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya
Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari
Oh.....Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi
Selamat Pengantin Baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat Pengantin Baru
**Kena hafal lagu ni tk latihan kompang esok**
_smiling myself_
Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan Hati..
Pada insan yang tak sudi..pada insan yang tak mengerti..
Kerana..sekali kau memberi, selamanya dia di Hati..
Apabila sesekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau akan ingati..
Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan Hati..
Berikan ia hanya pada insan yang Tahu Menghargai..
Sebab, nilai sekeping Hati amatlah tinggi..
Jangan sampai membuat Hati terasa dinodai..
~wassalam~


No comments:
Post a Comment