Assalamualaikum w.r.t.
Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
Kenapa ni...kenapa, ada orang sakitkan hati ili ke? Bukan, entry ni dah lama termuncul di benak minda untuk dicoretkan di blog ni tapi biasala...dah berpuluh entry yg masih setia menjadi 'draft' sebab...penulis blog ni sangatlah sibuk dgn kerja2 lain ++ bila kemalasan mula menguasai diri & hanya menulis bila benar2 terasa nak menulis je,haha.
Manusia ni dicipta dengan tanggungjawab sebagai khalifah utk menyebarkan dakwah Islam tapi manusia juga dicipta utk melakukan kesilapan agar kita belajar & ambil iktibar dari kekhilafan yg pernah kita lakukan dan..dan manusia juga dicipta utk menjadi seorang yg pelupa agar kita mencari saudara..mencari sahabat..menjalinkan sebanyak mungkin ukhuwahfillah supaya ada yg sentiasa mengingatkan kita akan hal-hal yg sepatutnya terutama hal-hal yg dapat membawa kita lebih mengenali Islam..mendekatkan diri dengan-Nya demi meraih Cinta & Redha ILAHI.
Dan..untuk melaksanakan semua perkara ni kita memerlukan ungkapan atau lebih tepat lagi..kita memerlukan bicara kata bagi meluahkan perasaan atau apa-apa saja yg terlintas di fikiran untuk diluahkan dgn kata-kata atau tulisan.
Ok..ayat ili dah masuk part sastera dah,hehe. Boleh hayati lirik di atas agar korg lebih faham baik-buruknya bila mulut mula mengeluarkan kata-kata. Entry ni sangat sesuai dgn ayat yg ada kat cover photo blog ili ni:
"Setiap apa yang lazim disebut oleh mulut, ia akan memberi kesan pada Hati;
Setiap apa yang ada di dalam Hati itulah yang akan memberi kesan kepada amal;
Jika mulut sebut benda yg rosak, maka rosaklah Hati, rosaklah amal..."
ili terkesan dengan satu kenyataan di fb ni...
**Sesiapa sahaja boleh menjadi PENULIS BERJAYA yang bukunya laris dijual, peminatnya ribuan ramai tetapi tidak semua mampu menjadi PENULIS TERBAIK. Penulis terbaik itu adalah mereka yang HALUS JIWA, walau terkekang kosa katanya..penulis terbaik itu adalah mereka yang LUAS PENGALAMANNYA, walau hidup berkalang tanah BERULAMKAN LELAH, tidak disaji dengan hujan emas dan juga KEPINGAN KERTAS NILAI..penulis terbaik itu mampu membawa kita MENGHAYATI KEHIDUPANNYA, menyelusuri pemikirannya lalu terpacul satu kata dari PEMBACANYA: "SubhanaALLAH....."
::Setiap bicaranya BERULAM CINTA kepada ALLAH, Setiap luahannya MEMUJUK HATI mengikut SUNNAH Rasulullah::
Kerana kata..ukhuwah terjalin,
Kerana kata..manusia bertingkah,
Kerana kata..wujudnya peperangan,
Kerana kata..timbulnya fitnah,
Kerana kata..Hati terluka,
Dan Kerana kata..Hati juga Terusik..oppss,hee
Ribuan jutaan ratusan puluhan kemaafan dipinta dari ili sebab ili belum mampu & belum layak untuk digelar 'PENULIS TERBAIK' bagi pembaca tulisan2 ili & bagi sesiapa yg pernah terasa dgn bicara kata dari mulut ili. Terkadang manusia mengeluarkan kata-kata tanpa sempat ditapis oleh Hati & Akal...
Sebaik-baik penulis adalah penulis yg dapat membawa rohani & jasmani kita mengenali Indahnya Islam sebagai panduan & cara hidup,
Sebaik-baik bahan bacaan adalah bacaan yg dapat membawa kita merasai nikmat keAgungan & keEsaan ALLAH S.W.T.
_wallahu a'lam bissawab..dan ALLAH lebih mengetahui yg sebenar-benarnya_

No comments:
Post a Comment