Sunday, 10 March 2013

Don't Scream and Shout

Assalamualaikum w.r.t.


Kisahnya, petang khamis lepas ili ada lab engineering material, masuk lab pun kami boleh bermain sambil2 buat step experiment tu...dapat pulak member satu kepala kan. Group ili group 1 Malaysia..ada Melayu, ada Cina dan ada India. Cukup 3 orang dgn 3 bangsa berlainan. Hari and Chia Yee..nakal sgt,haha tak stress bekerjasama dgn diorang..semua baik sgt2..Alhamdulillah. Lepas habis lab, kami tunggu lecturer datang untuk semak result..sambil tunggu tu Hari terjumpa paper lama dalam lab. Dia sorang je yg baca..sambil tu kami borak pasal material, dpt ilmu dari Hari..dia pandai bab material ni. Kami borak jgk pasal kepercayaan dalam agama masing2..Chia Yee la yg keluarkan word girlfriend/ boyfriend so kami pun mula belajar ttg adab dan alam rumahtangga mengikut agama masing-masing. Dapat sedikit ilmu dari mereka. Antaranya tentang mas kahwin, dalam masyarakat diorang pun ada mas kahwin atau hadiah tapi bagi masyarakat India..lelaki yg menerima mas kahwin dari pihak perempuan tak seperti masyarakat Melayu..di mana pengantin lelaki wajib menghadiahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan sbg syarat sah akad nikah. Dalam perceraian pulak, kaum Cina hanya perlu menandatangani borang yg menunjukkan mereka telah berpisah. Dalam kaum India tak pasti pulak. Sekarang baru ili rasa seronok bekerja dalam suasana pelbagai kaum ni, kalau kita pandai mengambil hikmah dari persekitaran yg macam ni atau dalam situasi apa pun, insyaALLAH...kita akan mendapat manfaatnya. Trust and Be Yourself!! Antara yg menarik lagi..dalam apa jua agama sekalipun memang takde yg bersetuju dgn istilah poligami atau kahwin lebih dari satu dalam sebuah pernikahan. Islam tak mengharamkan poligami cuma ia hanya solusi bukan keperluan yg perlu dituruti walaupun ia adalah perkara sunnah. Bimbang lebih banyak mudarat dari manfaat terutama utk urusan akhirat setiap orang.  Lagi-lagi...suami, lagi ramai isteri lagi berat tanggungjawabnya, mungkin sesi soal jawab di hadapan ALLAH nanti lebih lama dari suami yg hanya mempunyai seorang isteri, boleh tanya Ustaz untuk lebih penerangan. Lagipun, Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan monogami..setia pada seorang isteri selama 25 tahun berbanding tempoh masa Baginda berpoligami yg hanya untuk tempoh 10 tahun . Poligami adalah baik namun berkahwin satu adalah Lebih Baik. Dan paling menarik...Rasulullah SAW sentiasa merindui saat-saat monogaminya bersama Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah sendiri sangat mencemburui Saidatina Khadijah kerana rasa cinta Rasulullah kepada Khadijah tidak dapat menandingi rasa cinta Baginda pada isterinya yg lain. Ok, banyak penerangan berkaitan hal ni, kalau ada masa ili tulis lagi. Masih ada beberapa buku yg perlu di'khatam' sebelum mula menulis,hehe. 
Ok..back to the story awal-awal tadi. Sebelum balik dari lab petang tu, Hari tiba-tiba tunjuk paper dgn tajuk artikel ni kat ili dgn Chia Yee sambil berkata "korang kena baca ni...preparation.". ili gelak je, Chia Yee dah surrender awal2, ili pun kata memang saya suka budak-budak..i like baby!. Hari apa lagi...cepat2 tarik keluar artikel ni dari paper tu bagi kat ili suruh simpan <bersungguh-sungguh gayanya menarik keluar artikel ni nk bagi ili dan campak lebihan paper tu dlm laci>. Chia Yee cakap..dah minat kena cepat2 la..ili jawab "InsyaALLAH, pray for me!" huhu..baiknya mereka. 
Malam ni ili menangis masa mengaji lepas Maghrib tadi..terharu dgn satu ayat  Al-Quran yg ili baca dgn maksudnya:
"ALLAH mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran di sisi-Nya." <Surah Ar-Ra'd ayat 8>
Sebak dada, dalam hati ili masa tu "Ya ALLAH, Hanya Engkau yg Maha Mengerti, betapa aku rindu untuk bergelar seorang ibu dan merasai indahnya saat meniti kehamilan, sampaikanlah aku pada waktu itu."
Hanya DIA yg faham ili, kenapa ili mesti ragu-ragu untuk bergantung harap pada-Nya? ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ili, ili Redha sepenuhnya dgn apa yg DIA dah rancang untuk ili, apapun yg berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah..ili bahagia! Semalam pergi forum di induk..Forum di Anjung Mahligai Cinta: Antara Cinta dan Air Mata, insyaALLAH ada masa ili akan taip balik semua yg ili catat dan rakam. Banyaknya entry dlm status 'Draft'...haish, ili kena pandai bagi masa ni, baru la dapat siapkan semua kerja yg dah ada dlm perancangan,hee.

http://fatinsyamila.blogspot.com/2013/03/dasar-cinta.html

Yang ni blog kawan ili yg kat induk, dia dah taip ringkasan forum semalam, boleh la baca dulu...syukran Fatin!

Dua hati hanya dapat disatukan dengan iman, jika keduanya mencintai Yang Satu maka mudahlah bagi mereka untuk bersatu. Iman berkait rapat dengan kasih sayang dan ia juga berkadar terus dengan cinta. Makin tinggi iman maka makin tinggi juga Cinta pada orang yg disayangi. Siapa yg lagi kuat Cintanya pada ALLAH, maka dialah yg paling mencintai pasangannya. 

Ikutlah apa yang dituntut dalam Islam dan apa yang di ajar oleh Rasulullah SAW, insyaALLAH..kamu bukan sahaja dapat memberi kebahagiaan tapi kamulah yang akan menerima kebahagiaan itu.

~wallahu a'lam bissawab~

Tuesday, 5 March 2013

ALLAH Sayang iLi..

Assalamualaikum w.r.t.


Hari ni ALLAH ajar ili sesuatu yg buat ili makin terasa dekat dengan-Nya, Syukur Alhamdulillah. Benda ni memang dah lama di ajar kepada kita namun lumrah sifat manusia yg cepat lupa...Syukur syaitan tak sempat hasut ili dgn lebih power tadi sebab ALLAH Maha Kuasa telah mendahului dengan hidayah-Nya. 
Al-kisahnya ili nak pergi print resume kat pejabat pos tapi printer yg versi colour punyer rosak so terpaksalah ili ke library. Tapi Adik yg jaga tempat printing tu keluar rehat pulak...pergi minum agaknya. ili pun mulalah membuang masa depan pc kat sana sambil tunggu dia balik. Hampir 40 minit menunggu ili mula rasa geram...terasa nak membebel, kreatif betul syaitan menghasut sampai ili ada niat nak 'mengadu' kat fb cuma iman yg sedikit masih bertahan. Lastly, tiba-tiba masuk mesej dari Ain...ili apa lagi...dah tewas sikit..pergi mengadu + membebel kat Ain. Baru je sent mesej tu tetiba ili nampak post kat fb "setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan..Dan setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan.. :)" zuppp...tersentap ko ili,hehe. Lepas baca terus senyum sambil dalam hati berkata "akhirnya ko kalah jugak syaitan, ALLAH lebih menyayangi aku."
Then, ili share gambar ni kat Ain..elok je published Adik yg jaga printing tu pun balik, lepas siap print ili pergi pejabat pos untuk pos surat-surat tu semua. Dan sepanjang peristiwa yg berlaku lepas tu hingga akhirnya ili kembali ke bilik hostel..ili terasa nikmat, terasa ALLAH bagi kemudahan untuk urusan ili tu walau terpaksa tunggu lama, rasa lapang dada...senyum je memanjang. Inilah hikmah-Nya..subhanallah!!
ili selalu berdoa.. Ya ALLAH, jangan pisahkan ili dari hidayah-Mu, ili amat-amat..sangat-sangat memerlukannya! ili nak rasa nikmat tenang dalam redha-Nya bukan sekadar di dunia tapi kalau boleh ili nak rasa nikmat ni hingga ke Syurga..tu je harapan ili.
Bersabarlah...keperitan yg dilalui hanya sekejap, mungkin ALLAH akan gantikan kebahagiaan yg tiada tandingnya selepas kepahitan tu. Bertaqwalah kamu kepada ALLAH...hanya DIA yg berhak menentukan takdir perjalanan hidup setiap insan.
Menurut para Ulama, terdapat 10 tanda-tanda orang yang telah menerima hidayah ALLAH iaitu:

  1. Membenci perbuatan maksiat,
  2. Membenci bercakap kosong,
  3. Tidak meninggalkan Solat Fardhu,
  4. Sentiasa membaca Al-Quran,
  5. Rajin Solat Tahajjud,
  6. Banyak berzikir,
  7. Banyak berdoa,
  8. Bersangka baik terhadap ALLAH S.W.T.,
  9. Perubahan akhlak menjadi baik,
  10. Tidak mengeluh ketika bermasalah.
Tersentuh dengan ayat ni "aku berharap sekiranya aku ditakdirkan mati syahid, ibu bapaku menangis kegembiraan kerana anaknya dijamin Syurga"

 Menyimpan impian untuk syahid di jalan-Nya...Layakkah aku??
~ALLAH Sayang ili, ALLAH sayang korang, ALLAH Sayang kita semua~

Saturday, 23 February 2013

Sucinya Lafaz Sakinah

Assalamualaikum w.r.t.

Segala puji hanya bagi ALLAH, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada ALLAH daripada kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Sesiapa yang ALLAH beri petunjuk maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang ALLAH sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawa tidak ada yang lain berhak disembah dengan benar kecuali ALLAH. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad SAW ialah Rasul-Nya. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam.
Sebentar lagi anakanda berdua akan menempuh akad nikah, perjanjian yang membawa status baru, iaitu sebagai pasangan suami isteri secara sah menurut ketentuan agama. Ada beberapa hal yang perlu selalu ingat mengenai status baru ini.
Pertama, pernikahan ialah ibadah. Pernikahan tidak sekadar sebuah upacara untuk mengumumkan kepada orang ramai tentang status baru ini. Oleh itu, menjadi sangat penting bahawa sejak dari niatnya anakanda berdua harus selalu meletakkan peristiwa ini sebagai wujud pelaksanaan ketaatan anakanda berdua kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Jadi dalam pernikahan ini, ada sebuah amanah daripada ALLAH dan Rasul-Nya. Tekadkanlah dalam hati anakanda berdua sejak dari awalnya untuk menjaga amanah ini hingga ajal tiba.
Ini sangat penting dalam proses kehidupan anakanda berdua selanjutnya. Dengan menempatkan niat dan tekad itu, semoga ALLAH SWT selalu berkenan hadir dalam kehidupan anakanda berdua, baik pada masa gembira mahupun pada saat duka.
Kedua, al-Quran mengajar kita semua bahawa melalui pernikahan, seharusnya wujud rasa dan suasana kasih sayang, sebuah kebahagiaan, sebuah Syurgawi di dunia. Keluarga ialah sebuah komitmen, sebuah wahana untuk mewujudkan kebahagiaan, bukan kekecewaan, kesedihan, kegelisahan, kelesuan, dan seumpamanya.
Ada tiga indikator dalam konteks waktu tentang hadirnya kebahagiaan dalam hidup seseorang. Pertama, terhadap masa lalunya. Dia tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan. Masa lalu diterima dengan istighfar dan rasa syukur. Permohonan ampun didasari kelemahan manusiawi, diiringi dengan keyakinan bahwa ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Rasa syukur yang dilandasi kesedaran bahwa sekalipun berat cubaan dan kesulitan, nikmat ALLAH selalu lebih banyak dibanding semua itu.
Selalu bersikap tabah dan jangan mudah menyerah kalah. Selalu yakin bahawa setiap satu kesulitan, selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kebaikan. Tingkatkan kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa daripada kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal. Jadikan sabar dan solat sebagai pembantumu.
Ketiga, kita tidak tahu takdir yang disurati ALLAH untuk kita. Namun anakanda haruslah bersikap optimis. Jadikanlah kebahagiaan sebagai visi abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan berkeluarga.
Ingatlah bahawa iblis tidak suka manusia hidup bahagia. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus merosakkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam, para calon pewaris Syurga. Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan ialah kemaafan. Kemaafan ialah salah satu senjata ampuh dalam membangun rumah tangga bahagia dan benteng untuk menyekat usaha iblis untuk menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam. Teratas daripada itu, kemaafan ialah jalan menuju taqwa.
Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggungjawab, peranan dan fungsi anakanda berdua dalam kehidupan berkeluarga. Menurut ketentuan agama, suami memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jadi tanggungjawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju visi abadi, iaitu kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar daripada seksa api neraka. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan anakanda berdua membangun rumah tangga. Semoga terus dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.
Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat. Maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya anakanda melihat kelemahan pada pasangan anakanda, maka berdoalah agar di sebalik kelemahan itu, terdapat kebaikan yang tidak terduga.
Tingkatkanlah bakti anakanda berdua kepada ayah dan ibu yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar anakanda berdua hingga ke jenjang untuk memulai hidup baru. Anakanda perlu ingat bahawa, cinta dan kasih sayang mereka tidak akan pernah pudar, walaupun anakanda berdua kini telah mendirikan rumah tangga sendiri.


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak Abah, tangis Ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita Syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari Redhamu..



Baru baca lirik ni dah nangis..macam mana,haha. Sedih la, keluarga ili tak macam keluarga orang lain..kisah ili tidak sama dengan kisah muslimah lain, teringat bagaimana kalutnya hari itu..mencari yang semuhrim pada saat-saat akhir, kesian tetamu.  Agak-agak wali ili akan bagi ayat-ayat macam lirik ni tak, mungkin tak sesuai..ampunkan ili Abah!! ili berdoa semoga satu hari nanti suami ili mampu menjaga amanah, memberi nafkah mengikut kemampuannya serta mampu mencurahkan kasih dan cinta yang ili tak pernah rasa sebelum ni. Dulu, esakan ili disandarkan di tikar sejadah, tangisan ili hanya diserahkan pada-Nya tapi ili harap satu hari nanti...ili dapat merasai sandaran dan tangisan kebahagiaan di samping seorang suami. Fitrah ili memerlukannya. Jadikanlah ili wanita Syurga, mengerti akan mahar yang akan ditetapkan, ketaatan ili bukan hanya pada nama..semoga indah juga pada maksudnya, insyaALLAH.
Artikel kat atas ni sebenarnya khutbah nikah yang ili ambik dari sebuah novel. Biasanya Kadi atau Imam akan bacakan khutbah nikah sebelum tangan pengantin lelaki digenggam oleh wali untuk melafazkan ucapan ijab & kabul. SubhanALLAH, indahnya saat itu. Sucinya Lafaz Sakinah yang mampu mengubah apa yang haram menjadi halal, dosa bertukar menjadi pahala, dapat menyatukan dua hati yang saling mencintai & bermujahadah sebelumnya, dapat menjalinkan ikatan ukhuwah antara dua keluarga, paling penting lafaz & ikatan ini mampu meraih Redha ILAHI..menjadi lubuk pahala antara suami & isteri demi meraih Syurga-Nya yang abadi. Namun begitu, tanggungjawab pelaksanaan pembinaan rumah tangga selepas lafaz ijab kabul tidaklah semudah yang diangankan. Ia memerlukan kekuatan, perancangan, penerimaan dan pemberian yang mantap. Semoga ALLAH menunjukkan jalan kebaikan untuk urusan ini. 
Untuk bakal suami ili, bantulah ili menjadi solehah agar ili mampu menjadi seseorang yang dapat menyempurnakan separuh dari agamamu. ili yakin dengan agama yang ada padamu, ili redha dengan akhlakmu...terlalu banyak kekurangan yang ada pada ili, semoga ALLAH gantikan dengan seribu kebaikan yang ada padamu, insyaALLAH.
Sungguh tidak rugi orang yang beristikharah, menyerah diri dan bergantung harap pada-Nya. ili takut, lafaz syukur ili tak mampu dan memang tidak akan mampu jika nak dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH beri kepada ili selama ni. ALLAH menguji kita dengan ujian kebahagiaan agar kita sentiasa bersyukur dan lebih menyintai-Nya.
Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata, "Telah hilang bencana itu dariku." Sesungguhnya dia merasa sangat gembira dan bangga, kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar. <Surah Hud ayat 10 & 11>
Couple itu haram dan jalan yang menghampirinya juga haram. Islam mewujudkan inisiatif yang terindah dalam mengurus fitrah dengan berpandukan  panduan wahyu dari ILAHI. Ujian fitrah dihadapi dengan mengukuhkan benteng mujahadah. Matlamat Baitul Muslim dirancang dengan teliti, mencari ilmu untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Fasa Risik, Taaruf, Khitbah dilalui tanpa menodai batasan syariat hingga akhirnya disatukan dalam fasa Pernikahan dengan tenang serta memperoleh redha ALLAH..insyaALLAH bahagia dunia dan akhirat. Memahami situasi dan tanggungjawab besar yang dipikul bakal suami yang semestinya perlu mendahulukan keluarganya, tambahan pula dia merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga, masih ada kakak dan adik-adik yang perlu diberi perhatian. Raikan hak kedua ibu bapanya. Masa untuk lebih fokus pada persediaan!


~wallahu a'lam bissawab~

Friday, 18 January 2013

Ujian Hidup

Assalamualaikum w.r.t.


Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepada-Nya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji 
Nama-Mu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ILAHI
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana...

DIA di hati selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya


Ok, ni angkara Adik yg request banyak sangat lagu minta di 'download' sebelum balik dan dalam banyak-banyak lagu yg dia suruh download tu ili tersangkut dengan lagu ni pulak,hehe. ili ni..kalau orang tak perkenalkan satu2 lagu tu kat ili xdenya ili nak search and dengar sendiri. Macam tu jugak kalau tengok apa-apa drama atau movie...rasa macam best je dengar lagu tema dia, baru ili akan cari lagu tu even lagu tu sebenarnya dah berkurun lama wujud,hee. 
Hah, saya dah jatuh cinta dengan drama Warkah Cinta & mula bertekad untuk mencari bukunya pulak...siri 1 & siri 2 terus,haha. That story...betul-betul buat ili feeling,huh astaghfirullah ili..ili. Komen ili setelah 12 episod berjaya dihabiskan...cerita tu mengajar kita bagaimana cinta hadir menyentuh hati dua insan & bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut. Amir, Wardah & Balkis...ketiga-tiga mereka menggunakan pendekatan yg berbeza dalam mengawal rasa di hati masing-masing. Arghhh..dah macam pengulas drama tak berbayar pulak,haha. Tu je la...taknak komen dah. I cant face same situation as them...semua orang berbeza persepsi. ili malu sikit kot kalau nak berwarkah-warkah macam tu <terasa nak lempang muka sendiri> dan sebenarnya ili tak pernah percaya dengan diri ili sendiri untuk menghadapi keadaan tu. ALLAH Maha Mengetahui sebab tu DIA aturkan satu perjalanan yang sangat-sangat indah untuk ili lalui & ili amat-amat percaya akan aturan-Nya. 

"Aku sudah berjanji dengan diriku untuk memelihara cinta ku hanya untuk suamiku. Hanya sesudah lafaz ijab & kabul barulah lafaz cinta & sayang akan aku ucapkan namun aku tidak dapat menafikan dalam hatiku sekarang ada satu wajah yang ku simpan kemas...sukar untuk aku luahkan."

Ini satu pengakuan yang agak berani mati ya, ALLAH lebih tahu...ni la niat & lafaz ikrar untuk diri ili sendiri yg ili simpan sejak sekian lama. Lepas tengok warkah cinta, terinspirasi pulak ili nak edit dialog tu,hee. Sebelum ni sekadar niat dalam hati je...tak pernah terjemah kat mana-mana tulisan. Ya ke...atau ada pernah terkhilaf..terlafaz ayat tu kat somewhere, wallauhu a'lam...macam dah lupa pulak ili,hehe. 
Betul kata Ustaz, kita akan rasa serba salah untuk melakukan sesuatu jika kita takde ilmu berkenaan hal tersebut. ili pernah alaminya...bagaimana ketakutan, resah gelisah dan akhirnya..alhamdulillah, sekarang ili dah matang sikit nak control semua tu <hopefully>...insyaALLAH. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan...DIA ada, tak pernah lelah memberi ili petunjuk & panduan hidayah-Nya...syukur sangat. Semoga ili istiqomah & sentiasa upgrade iman..insyaALLAH..doa-doakan.

p/s: Ok, ni last entry sebelum balik esok pagi...kalau panjang umur bertemu lagi la dengan tulisan ili akan datang. ili tak rasa ada orang boleh jejak blog ili ni except kalau dia google nama ili sebab yang private cuma entry ili bukan blog, sape blogger dia mesti faham,hee. Last but not least, Pandai dia tekan hon tadi ^__^
Ampunkan salah silap ili, moga ada bahagia untuk semua...kebahagiaan dunia & kebahagiaan abadi di akhirat nanti, insyaALLAH.



Ujian hidup bukan sekadar apabila kita menghadapi air mata & kesusahan Tapi Kemewahan, kebahagiaan & kemasyhuran juga merupakan ujian hidup untuk semua. Ujian Iman, Ujian Taqwa & Ujian kesetiaan Cintamu pada ALLAH S.W.T..

~wallahu a'lam bissawab~


Saturday, 5 January 2013

Rindu Kasihnya..

Assalamualaikum w.r.t.

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi 
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati...


Dulu...waktu sekolah selalu dengar lagu ni kan, bila dengar je terus nangis semuanya. Kesedihan & air mata ili sebab...ili tak pernah rasa semua ni. Orang lain tak tahu..xde sorang pun tahu apa yg ili rasai sebenarnya, diorang boleh dengar ili bercerita even mungkin family ili sendiri tapi apa yg mereka faham & dengar takkan sama dengan apa yg ili alami. Hanya ALLAH yg benar-benar mengetahuinya. Mungkin xde yang pernah terfikir kehidupan mereka wujud tanpa kehadiran seorang ayah. Tapi ili membesar dengan satu hakikat...ili hadir ke dunia ni tanpa insan bergelar ayah. Dah besar...di akhir zaman sekolah rendah ili baru ili tahu "Oh, aku ada ayah rupanya!" SubhanALLAH...ALLAH uji ili sampai tahap tu tapi masa tu ili masih tak faham apa2 lagi, sekarang..bila dah masuk usia dewasa baru ili betul2 faham situasi sebenar kehidupan ili selama ni. Masa tadika & awal sekolah rendah...ili selalu ponteng..tak hadir sekolah sebab ada kawan-kawan kata ili takde ayah. Bila Ummie tanya..kenapa taknak g sekolah...lama baru ili jawab yg ada orang kata macam tu kat ili. Naifnya zaman kanak-kanak ili...dengan jawapan sebegitu mesti akan buat Ummie ili sedih kan tapi ili tak tahu masa tu. 
Sejak ili tahu yang ili ada ayah...memang ili tak boleh terima kenyataan tu sebab kenapa ayah ili tak sama macam ayah orang lain yg selalu ada bersama anak-anaknya. Mungkin ada kebencian dalam hati ili terhadap Abah tapi Ummie selalu marah kalau ili keluarkan ayat2 yg melampau bila bercakap tentang Abah. Dari hari ke hari ili cuba untuk memahami situasi ni & cuba untuk terima kehadiran Abah dalam hidup ili walaupun dia macam dah lupa yg dia masih ada ili & Adik sebagai anaknya. Ya ALLAH, ini ujian lagi untuk ili...sekarang ili rasa seolah-olah hidup ili dah hilang satu keberkatan....mungkin doa dari seorang ayah atau mungkin kerana secebis rasa benci ili terhadap Abah membuatkan kehidupan ili pincang...susah untuk menggapai apa yang ili impikan. 

Abah...
Tanpa pengetahuan Abah,
ili tak pernah tinggalkan doa untuk Abah setiap kali selepas solat.

Abah...
ili rindu nak merasai dakapan & ungkapan kasih sayang dari Abah,
ili rindu nak mengucup tangan Abah terutama di pagi hari raya,
ili rindu nak merasai kehidupan sebuah keluarga yang sempurna.

Abah...
Bukan ili minta wang ringgit,
ili cuma nak sedikit kasih dari Abah,
Ampunkan ili Abah,
Dan Redhakan kehidupan ili dunia & akhirat,
ili sayang Abah.

Ya..inilah sebahagian kisah ili, salah satu sebab utama kenapa ili 'fobia' dengan insan lelaki. Dan takkan semudah itu untuk ili menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup ili. ili taknak anak-anak ili nanti merasai perkara sama lagi macam yang pernah ili alami. ili ingin carikan seorang Ayah yang terbaik untuk mereka...anak-anak ili kelak. Sungguh..ili tak cari seorang suami atau pendamping untuk ili tapi yang betul-betul ili inginkan adalah seorang Imam // Khalifah & Ayah untuk anak-anak ili. Semoga ALLAH permudahkan & memimpin pencarian ili ni, insyaALLAH. 
Ini baru sedikit kisah yang ili ceritakan...mungkin cerita dari Adik ili berbeza, dia lain dari ili...dia macam tak faham & xde pun rasa tak puas hati dengan Abah seperti apa yg ili rasa sebab tu penerimaan dia terhadap lelaki berbeza dengan ili. Hmm...Adik ili ni macam nakal sikit tapi xpe..kena lecture hari-hari dengan ili..nampaklah sedikit perubahan tu,huhu.
ili...insan kerdil yang sangat lemah & naif tapi ili tahu ALLAH sentiasa ada untuk ili...

"Don't feel shy about showing your weaknesses to ALLAH because He will help you turn them into strengths."

p/s:: Sesiapa yang terbaca entry ni, mohon jangan tunjuk @ bagi baca kat Ummie ili, Abah ili atau Adik ili sekalipun <kalau ada yang kenal la>. Mohon sangat...malu ili,hehe dan paling penting ili taknak buat Ummie nangis lagi macam ili pernah buat waktu kecik dulu. Biar la..ili simpan kat sini,,memang ni diari ili kan. Satu hari nanti jurnal ni la akan jadi saksi perjalanan bagaimana pencarian ili mencari Seorang Ayah yang terbaik untuk anak-anak ili. Semoga ALLAH Redha & sentiasa memberikan petunjuk untuk ili..ili tahu..ALLAH dah plan yang terbaik untuk ili, bakal anak-anak ili & keluarga ili kelak. Ok, stop writing...mata dah membengkak,hee

~wallahu a'lam bissawab~