Assalamualaikum w.r.t.
Segala puji hanya bagi ALLAH, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada ALLAH daripada kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Sesiapa yang ALLAH beri petunjuk maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang ALLAH sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawa tidak ada yang lain berhak disembah dengan benar kecuali ALLAH. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad SAW ialah Rasul-Nya. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam.
Sebentar lagi anakanda berdua akan menempuh akad nikah, perjanjian yang membawa status baru, iaitu sebagai pasangan suami isteri secara sah menurut ketentuan agama. Ada beberapa hal yang perlu selalu ingat mengenai status baru ini.
Pertama, pernikahan ialah ibadah. Pernikahan tidak sekadar sebuah upacara untuk mengumumkan kepada orang ramai tentang status baru ini. Oleh itu, menjadi sangat penting bahawa sejak dari niatnya anakanda berdua harus selalu meletakkan peristiwa ini sebagai wujud pelaksanaan ketaatan anakanda berdua kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Jadi dalam pernikahan ini, ada sebuah amanah daripada ALLAH dan Rasul-Nya. Tekadkanlah dalam hati anakanda berdua sejak dari awalnya untuk menjaga amanah ini hingga ajal tiba.
Ini sangat penting dalam proses kehidupan anakanda berdua selanjutnya. Dengan menempatkan niat dan tekad itu, semoga ALLAH SWT selalu berkenan hadir dalam kehidupan anakanda berdua, baik pada masa gembira mahupun pada saat duka.
Kedua, al-Quran mengajar kita semua bahawa melalui pernikahan, seharusnya wujud rasa dan suasana kasih sayang, sebuah kebahagiaan, sebuah Syurgawi di dunia. Keluarga ialah sebuah komitmen, sebuah wahana untuk mewujudkan kebahagiaan, bukan kekecewaan, kesedihan, kegelisahan, kelesuan, dan seumpamanya.
Ada tiga indikator dalam konteks waktu tentang hadirnya kebahagiaan dalam hidup seseorang. Pertama, terhadap masa lalunya. Dia tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan. Masa lalu diterima dengan istighfar dan rasa syukur. Permohonan ampun didasari kelemahan manusiawi, diiringi dengan keyakinan bahwa ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Rasa syukur yang dilandasi kesedaran bahwa sekalipun berat cubaan dan kesulitan, nikmat ALLAH selalu lebih banyak dibanding semua itu.
Selalu bersikap tabah dan jangan mudah menyerah kalah. Selalu yakin bahawa setiap satu kesulitan, selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kebaikan. Tingkatkan kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa daripada kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal. Jadikan sabar dan solat sebagai pembantumu.
Ketiga, kita tidak tahu takdir yang disurati ALLAH untuk kita. Namun anakanda haruslah bersikap optimis. Jadikanlah kebahagiaan sebagai visi abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan berkeluarga.
Ingatlah bahawa iblis tidak suka manusia hidup bahagia. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus merosakkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam, para calon pewaris Syurga. Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan ialah kemaafan. Kemaafan ialah salah satu senjata ampuh dalam membangun rumah tangga bahagia dan benteng untuk menyekat usaha iblis untuk menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam. Teratas daripada itu, kemaafan ialah jalan menuju taqwa.
Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggungjawab, peranan dan fungsi anakanda berdua dalam kehidupan berkeluarga. Menurut ketentuan agama, suami memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jadi tanggungjawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju visi abadi, iaitu kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar daripada seksa api neraka. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan anakanda berdua membangun rumah tangga. Semoga terus dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.
Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat. Maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya anakanda melihat kelemahan pada pasangan anakanda, maka berdoalah agar di sebalik kelemahan itu, terdapat kebaikan yang tidak terduga.
Tingkatkanlah bakti anakanda berdua kepada ayah dan ibu yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar anakanda berdua hingga ke jenjang untuk memulai hidup baru. Anakanda perlu ingat bahawa, cinta dan kasih sayang mereka tidak akan pernah pudar, walaupun anakanda berdua kini telah mendirikan rumah tangga sendiri.

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak Abah, tangis Ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita Syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari Redhamu..
Baru baca lirik ni dah nangis..macam mana,haha. Sedih la, keluarga ili tak macam keluarga orang lain..kisah ili tidak sama dengan kisah muslimah lain, teringat bagaimana kalutnya hari itu..mencari yang semuhrim pada saat-saat akhir, kesian tetamu. Agak-agak wali ili akan bagi ayat-ayat macam lirik ni tak, mungkin tak sesuai..ampunkan ili Abah!! ili berdoa semoga satu hari nanti suami ili mampu menjaga amanah, memberi nafkah mengikut kemampuannya serta mampu mencurahkan kasih dan cinta yang ili tak pernah rasa sebelum ni. Dulu, esakan ili disandarkan di tikar sejadah, tangisan ili hanya diserahkan pada-Nya tapi ili harap satu hari nanti...ili dapat merasai sandaran dan tangisan kebahagiaan di samping seorang suami. Fitrah ili memerlukannya. Jadikanlah ili wanita Syurga, mengerti akan mahar yang akan ditetapkan, ketaatan ili bukan hanya pada nama..semoga indah juga pada maksudnya, insyaALLAH.
Artikel kat atas ni sebenarnya khutbah nikah yang ili ambik dari sebuah novel. Biasanya Kadi atau Imam akan bacakan khutbah nikah sebelum tangan pengantin lelaki digenggam oleh wali untuk melafazkan ucapan ijab & kabul. SubhanALLAH, indahnya saat itu. Sucinya Lafaz Sakinah yang mampu mengubah apa yang haram menjadi halal, dosa bertukar menjadi pahala, dapat menyatukan dua hati yang saling mencintai & bermujahadah sebelumnya, dapat menjalinkan ikatan ukhuwah antara dua keluarga, paling penting lafaz & ikatan ini mampu meraih Redha ILAHI..menjadi lubuk pahala antara suami & isteri demi meraih Syurga-Nya yang abadi. Namun begitu, tanggungjawab pelaksanaan pembinaan rumah tangga selepas lafaz ijab kabul tidaklah semudah yang diangankan. Ia memerlukan kekuatan, perancangan, penerimaan dan pemberian yang mantap. Semoga ALLAH menunjukkan jalan kebaikan untuk urusan ini.
Untuk bakal suami ili, bantulah ili menjadi solehah agar ili mampu menjadi seseorang yang dapat menyempurnakan separuh dari agamamu. ili yakin dengan agama yang ada padamu, ili redha dengan akhlakmu...terlalu banyak kekurangan yang ada pada ili, semoga ALLAH gantikan dengan seribu kebaikan yang ada padamu, insyaALLAH.
Sungguh tidak rugi orang yang beristikharah, menyerah diri dan bergantung harap pada-Nya. ili takut, lafaz syukur ili tak mampu dan memang tidak akan mampu jika nak dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH beri kepada ili selama ni. ALLAH menguji kita dengan ujian kebahagiaan agar kita sentiasa bersyukur dan lebih menyintai-Nya.
Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya
setelah ditimpa bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata, "Telah
hilang bencana itu dariku." Sesungguhnya dia merasa sangat gembira dan
bangga, kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka
memperoleh ampunan dan pahala yang besar. <Surah Hud ayat 10 & 11>
Couple itu haram dan jalan yang menghampirinya juga haram. Islam mewujudkan inisiatif yang terindah dalam mengurus fitrah dengan berpandukan panduan wahyu dari ILAHI. Ujian fitrah dihadapi dengan mengukuhkan benteng mujahadah. Matlamat Baitul Muslim dirancang dengan teliti, mencari ilmu untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Fasa Risik, Taaruf, Khitbah dilalui tanpa menodai batasan syariat hingga akhirnya disatukan dalam fasa Pernikahan dengan tenang serta memperoleh redha ALLAH..insyaALLAH bahagia dunia dan akhirat. Memahami situasi dan tanggungjawab besar yang dipikul bakal suami yang semestinya perlu mendahulukan keluarganya, tambahan pula dia merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga, masih ada kakak dan adik-adik yang perlu diberi perhatian. Raikan hak kedua ibu bapanya. Masa untuk lebih fokus pada persediaan!
~wallahu a'lam bissawab~
.jpg)

.jpg)