Friday, 18 January 2013

Ujian Hidup

Assalamualaikum w.r.t.


Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepada-Nya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji 
Nama-Mu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ILAHI
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana...

DIA di hati selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya


Ok, ni angkara Adik yg request banyak sangat lagu minta di 'download' sebelum balik dan dalam banyak-banyak lagu yg dia suruh download tu ili tersangkut dengan lagu ni pulak,hehe. ili ni..kalau orang tak perkenalkan satu2 lagu tu kat ili xdenya ili nak search and dengar sendiri. Macam tu jugak kalau tengok apa-apa drama atau movie...rasa macam best je dengar lagu tema dia, baru ili akan cari lagu tu even lagu tu sebenarnya dah berkurun lama wujud,hee. 
Hah, saya dah jatuh cinta dengan drama Warkah Cinta & mula bertekad untuk mencari bukunya pulak...siri 1 & siri 2 terus,haha. That story...betul-betul buat ili feeling,huh astaghfirullah ili..ili. Komen ili setelah 12 episod berjaya dihabiskan...cerita tu mengajar kita bagaimana cinta hadir menyentuh hati dua insan & bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut. Amir, Wardah & Balkis...ketiga-tiga mereka menggunakan pendekatan yg berbeza dalam mengawal rasa di hati masing-masing. Arghhh..dah macam pengulas drama tak berbayar pulak,haha. Tu je la...taknak komen dah. I cant face same situation as them...semua orang berbeza persepsi. ili malu sikit kot kalau nak berwarkah-warkah macam tu <terasa nak lempang muka sendiri> dan sebenarnya ili tak pernah percaya dengan diri ili sendiri untuk menghadapi keadaan tu. ALLAH Maha Mengetahui sebab tu DIA aturkan satu perjalanan yang sangat-sangat indah untuk ili lalui & ili amat-amat percaya akan aturan-Nya. 

"Aku sudah berjanji dengan diriku untuk memelihara cinta ku hanya untuk suamiku. Hanya sesudah lafaz ijab & kabul barulah lafaz cinta & sayang akan aku ucapkan namun aku tidak dapat menafikan dalam hatiku sekarang ada satu wajah yang ku simpan kemas...sukar untuk aku luahkan."

Ini satu pengakuan yang agak berani mati ya, ALLAH lebih tahu...ni la niat & lafaz ikrar untuk diri ili sendiri yg ili simpan sejak sekian lama. Lepas tengok warkah cinta, terinspirasi pulak ili nak edit dialog tu,hee. Sebelum ni sekadar niat dalam hati je...tak pernah terjemah kat mana-mana tulisan. Ya ke...atau ada pernah terkhilaf..terlafaz ayat tu kat somewhere, wallauhu a'lam...macam dah lupa pulak ili,hehe. 
Betul kata Ustaz, kita akan rasa serba salah untuk melakukan sesuatu jika kita takde ilmu berkenaan hal tersebut. ili pernah alaminya...bagaimana ketakutan, resah gelisah dan akhirnya..alhamdulillah, sekarang ili dah matang sikit nak control semua tu <hopefully>...insyaALLAH. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan...DIA ada, tak pernah lelah memberi ili petunjuk & panduan hidayah-Nya...syukur sangat. Semoga ili istiqomah & sentiasa upgrade iman..insyaALLAH..doa-doakan.

p/s: Ok, ni last entry sebelum balik esok pagi...kalau panjang umur bertemu lagi la dengan tulisan ili akan datang. ili tak rasa ada orang boleh jejak blog ili ni except kalau dia google nama ili sebab yang private cuma entry ili bukan blog, sape blogger dia mesti faham,hee. Last but not least, Pandai dia tekan hon tadi ^__^
Ampunkan salah silap ili, moga ada bahagia untuk semua...kebahagiaan dunia & kebahagiaan abadi di akhirat nanti, insyaALLAH.



Ujian hidup bukan sekadar apabila kita menghadapi air mata & kesusahan Tapi Kemewahan, kebahagiaan & kemasyhuran juga merupakan ujian hidup untuk semua. Ujian Iman, Ujian Taqwa & Ujian kesetiaan Cintamu pada ALLAH S.W.T..

~wallahu a'lam bissawab~


Saturday, 5 January 2013

Rindu Kasihnya..

Assalamualaikum w.r.t.

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi 
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati...


Dulu...waktu sekolah selalu dengar lagu ni kan, bila dengar je terus nangis semuanya. Kesedihan & air mata ili sebab...ili tak pernah rasa semua ni. Orang lain tak tahu..xde sorang pun tahu apa yg ili rasai sebenarnya, diorang boleh dengar ili bercerita even mungkin family ili sendiri tapi apa yg mereka faham & dengar takkan sama dengan apa yg ili alami. Hanya ALLAH yg benar-benar mengetahuinya. Mungkin xde yang pernah terfikir kehidupan mereka wujud tanpa kehadiran seorang ayah. Tapi ili membesar dengan satu hakikat...ili hadir ke dunia ni tanpa insan bergelar ayah. Dah besar...di akhir zaman sekolah rendah ili baru ili tahu "Oh, aku ada ayah rupanya!" SubhanALLAH...ALLAH uji ili sampai tahap tu tapi masa tu ili masih tak faham apa2 lagi, sekarang..bila dah masuk usia dewasa baru ili betul2 faham situasi sebenar kehidupan ili selama ni. Masa tadika & awal sekolah rendah...ili selalu ponteng..tak hadir sekolah sebab ada kawan-kawan kata ili takde ayah. Bila Ummie tanya..kenapa taknak g sekolah...lama baru ili jawab yg ada orang kata macam tu kat ili. Naifnya zaman kanak-kanak ili...dengan jawapan sebegitu mesti akan buat Ummie ili sedih kan tapi ili tak tahu masa tu. 
Sejak ili tahu yang ili ada ayah...memang ili tak boleh terima kenyataan tu sebab kenapa ayah ili tak sama macam ayah orang lain yg selalu ada bersama anak-anaknya. Mungkin ada kebencian dalam hati ili terhadap Abah tapi Ummie selalu marah kalau ili keluarkan ayat2 yg melampau bila bercakap tentang Abah. Dari hari ke hari ili cuba untuk memahami situasi ni & cuba untuk terima kehadiran Abah dalam hidup ili walaupun dia macam dah lupa yg dia masih ada ili & Adik sebagai anaknya. Ya ALLAH, ini ujian lagi untuk ili...sekarang ili rasa seolah-olah hidup ili dah hilang satu keberkatan....mungkin doa dari seorang ayah atau mungkin kerana secebis rasa benci ili terhadap Abah membuatkan kehidupan ili pincang...susah untuk menggapai apa yang ili impikan. 

Abah...
Tanpa pengetahuan Abah,
ili tak pernah tinggalkan doa untuk Abah setiap kali selepas solat.

Abah...
ili rindu nak merasai dakapan & ungkapan kasih sayang dari Abah,
ili rindu nak mengucup tangan Abah terutama di pagi hari raya,
ili rindu nak merasai kehidupan sebuah keluarga yang sempurna.

Abah...
Bukan ili minta wang ringgit,
ili cuma nak sedikit kasih dari Abah,
Ampunkan ili Abah,
Dan Redhakan kehidupan ili dunia & akhirat,
ili sayang Abah.

Ya..inilah sebahagian kisah ili, salah satu sebab utama kenapa ili 'fobia' dengan insan lelaki. Dan takkan semudah itu untuk ili menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup ili. ili taknak anak-anak ili nanti merasai perkara sama lagi macam yang pernah ili alami. ili ingin carikan seorang Ayah yang terbaik untuk mereka...anak-anak ili kelak. Sungguh..ili tak cari seorang suami atau pendamping untuk ili tapi yang betul-betul ili inginkan adalah seorang Imam // Khalifah & Ayah untuk anak-anak ili. Semoga ALLAH permudahkan & memimpin pencarian ili ni, insyaALLAH. 
Ini baru sedikit kisah yang ili ceritakan...mungkin cerita dari Adik ili berbeza, dia lain dari ili...dia macam tak faham & xde pun rasa tak puas hati dengan Abah seperti apa yg ili rasa sebab tu penerimaan dia terhadap lelaki berbeza dengan ili. Hmm...Adik ili ni macam nakal sikit tapi xpe..kena lecture hari-hari dengan ili..nampaklah sedikit perubahan tu,huhu.
ili...insan kerdil yang sangat lemah & naif tapi ili tahu ALLAH sentiasa ada untuk ili...

"Don't feel shy about showing your weaknesses to ALLAH because He will help you turn them into strengths."

p/s:: Sesiapa yang terbaca entry ni, mohon jangan tunjuk @ bagi baca kat Ummie ili, Abah ili atau Adik ili sekalipun <kalau ada yang kenal la>. Mohon sangat...malu ili,hehe dan paling penting ili taknak buat Ummie nangis lagi macam ili pernah buat waktu kecik dulu. Biar la..ili simpan kat sini,,memang ni diari ili kan. Satu hari nanti jurnal ni la akan jadi saksi perjalanan bagaimana pencarian ili mencari Seorang Ayah yang terbaik untuk anak-anak ili. Semoga ALLAH Redha & sentiasa memberikan petunjuk untuk ili..ili tahu..ALLAH dah plan yang terbaik untuk ili, bakal anak-anak ili & keluarga ili kelak. Ok, stop writing...mata dah membengkak,hee

~wallahu a'lam bissawab~



Thursday, 3 January 2013

Selamat Hari Lahir Akak

Assalamualaikum w.r.t.

Benarkah ini ujian lagi,huhu. Semalam...eh bukan semalam je, sejak ili tahu yg semalam adalah hari ulang tahun kelahiran Kakak dia...ya sejak tu lagi dalam fikiran ili dok terfikir "Should I?"...should I wish or not. Malu...belum ada apa2 ikatan lagi ili macam dah over dgn family dia. Even kakak dia yg mula2 add ili di fb, ili masih malu utk memulakan ukhuwah antara kami melainkan sebelum ni kami dah pernah chatting2...itu lain citer la. Tapi...sungguh hanya ALLAH yang Maha Mengetahui isi hati ili sebenarnya...ili nak sgt bagi wish kalau boleh orang first yg wish tapi tak ke itu menampakkan yg ili macam ada apa2 dgn adik dia. Sekadar rasa hati masing-masing yg belum terluah menjadi satu ikatan...pertunangan atau pernikahan. Fatwa hati ili berat mengatakan...ili malu, sebagai pihak perempuan ili segan utk menjadi 'starter' dalam berukhuwah dgn keluarga pihak lelaki. Akak...maafkan ili, malu ili mengatasi keinginan ili utk bagi wish kat Akak, bukan ili tak online semalam malah rasanya dlm 2 minggu study week ni..semalam la masa ili paling lama bukak fb, setiap masa intai wall Akak...ili baca komen2 & termasuklah komen Akak adik-beradik.
Pagi ni...lepas Subuh ili intai lagi wall Akak & oh no...kenapa tiba-tiba mata ili basah dgn air mata. ili sedih...tak tahu apa yg ALLAH corakkan utk masa depan ili & dia dan apa yg patut ili lakukan. Nangis baca tulisan...ucapan kesyukuran Akak utk parents.
Di kesempatan ini...ili nak ucap Selamat Menyambut Hari Lahir yg ke 23 tahun untuk Akak, insyaALLAH...andai ada jodoh ili dengan adik Akak maka berjodoh la juga ili dengan Akak & ahli keluarga yg lain. Masa tu nanti xde la ili nak nangis2 macam sekarang & buat privacy wish macam ni lagi,hehe. 
ili cuma ambik langkah berjaga-jaga agar satu saat jika ditakdirkan jodoh ili bukan dengan adik Akak, ili boleh menghindari satu fitnah & maruah antara dua keluarga akan terbela sedangkan pertunangan pun ALLAH suka kalau kita rahsiakan apatah lagi hanya 'ikatan' rasa ni. Harap Akak faham...ili minta maaf lagi sekali.
Syukran jazillan Akak sebab memahami situasi antara kami ^__^


ili ketandusan sumber utk mintak pendapat dalam hal ni...cuma tanya Adik & Sahabat baik ili je, mintak pandangan diorang dalam kes Should I or Should Not ni...Ya ALLAH, rasa kurang sangat3 ilmu yg ili ada, dalam hal ni pun ili tak tahu nak buat cam ne. Nak tanya orang lain....memang xde yg tahu pasal ni pun, xnak la kena bukak hide story lagi...ramai pulak yg tahu,hee. Adik kata wish...sahabat ili kata Not, last ili bukak novel Ustazah Fatimah Syarha...mohon dgn ALLAH agar di beri petunjuk. Akhirnya ili tanya hati ili...minta fatwa hati sendiri. Baru kes nak wish birthday Akak, ili dah sasau cari solution...kes lain yg lebih berat tu wallahu a'lam la...ALLAH lebih tahu,hehe.
Kesilapan masa lalu ili akan pastikan tidak akan berulang lagi..insyaALLAH. Bagi ili mungkin kesilapan sebab benda tu buat ili malu yg teramat tapi  dalam sudut lain..ia mungkin satu hikmah utk ili dan dia...yalah kalau tak kerana ili merendahkan ego & turut rasa hati tu xde la situasi macam sekarang kan & ili takkan belajar banyak perkara dalam hal ni. Adik marah sgt sebab ili kata ili malu nak wish, haish...dia tak tahu yg kakak dia ni dah banyak memalukan diri sendiri sebelum ni,haha.
Maaf Akak..kalau Akak anggap cara ili ni kurang sopan, insyaALLAH...ili masih setia utk mencari ilmu & menerima ilmu untuk kebaikan bersama.:-)

p/s:: Kalau Akak dah terbaca entry ni sekarang pun xpe tapi ili tulis entry ni dgn niat agar satu hari nanti ili dapat tunjuk kat Akak dalam keadaan ili dah pun selamat bergelar adik ipar Akak bukan dgn situasi yg masih dalam Rahsia ILAHI ni, ili tahu Akak faham..terima kasih  Kak ^__^

~wassalam~


Tuesday, 1 January 2013

Entry Tahun Baru

Assalamualaikum w.r.t.

Tahun baru...actually niat & azam tahun baru ili dah bermula dari tarikh 1 Muharram 1434 Hijrah yg lepas tapi masa tu ada kat rumah, tak boleh online so tak dapat nak update kat sini. ili rasa untuk tahun 2013 ni lebih afdhal ili maintain dgn azam tahun Hijrah tu kot,hee. 
Taknak la share...open sangat kalau ili nak share niat & impian ili utk tahun ni. Kalau dah tercapai...jadi realiti semua impian ili tu baru ili share ok,huhu.
Rasa nak taip entry panjang2 and masukkan gambar banyak2 je tapi nanti ili rasa bersalah kat buku2 & nota-nota exam tu...lama tinggalkan diorang sebab curi masa nak update blog. Ya2 je ili ni kan,haha. Konon study hard la tu,hehehe.
Semoga ALLAH merahmati kehidupan ili & keluarga utk tahun ni, sebelumnya & akan datang...teruskan niat utk ili meraih Redha-Nya dalam apa jua perkara, insyaALLAH...Semoga dipermudahkan. 
Doakan ili & sahabat2 yg lain agar berjaya menghadapi final exam sem ni dgn jayanya. Maafkan salah silap ili...Bittaufiq wannajah!!

~wassalam~

Monday, 31 December 2012

Warkah Cinta

Assalamualaikum w.r.t.

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau Syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha Mengerti letaknya cinta ku ini

Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan

Izinkan aku meniti di atas hamparan Syurga-Mu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

Cintaku ini...

Bahaya ni...virus baru, tetiba tersangkut dgn drama Warkah Cinta pulak...mmg terbaik time2 study week ni...tingkatkan fokus & imanmu ili ^__^. Lepas tgk first episod terus search lagu tema drama ni...share kat fb. Selamatnya video tu ter'published' kat fb baru faham lirik di sebalik lagu ni..oh no...akan ada hati yg terusik ke,huhu. Dalam makna di sebalik lirik ni tapi kefahaman ili terbatas pada tahap2 tertentu je. x tau la...betul ke tu maksud sebenar tapi serius..i like this song very2 much....citer tu pun best, kena search novel dia pulak kot lepas ni,hehe ili..ili.
Actually ili dah siapkan satu puisi based on this lirik lagu tapi haish bahaya sangat kalau nak share dgn semua...malu den,haha. Biarkan ia tersimpan dalam 'memory' ili je, ili yg baca pun dah tersengih sorang2...kalau bagi publish lagi la bahaya...boleh buat org angau,hahaha. Jagalah Hati...Banyakkan Soal Mati.
This is the last entry bertarikh 31 December 2012...tahun ni rasa macam satu peringkat kematangan ili je, ALLAH bagi ujian agar ili berfikir tentang kehidupan. Apa lagi yg boleh ili katakan...DIA mmg Maha Penyayang...tak bersyukur lagi ke dgn nikmat yg ALLAH dah bagi kat ili selama ni? Alhamdulillah...ili bersyukur sangat2, dari dulu DIA tak pernah biarkan ili hanyut jauh dari-Nya. Bila ili lalai DIA terus bagi ujian agar ili kembali insaf...mengingati yg ili masih ada DIA sebagai Kekasih Pertama ili. Semoga ili terus tabah...istiqomah di jalan yg diRedhai-Nya, insyaALLAH. 


Impian tahun baru...tunggu entry bertarikh 1 Januari 2013 pulak ^__^

p/s:: Nak letak lagu warkah cinta sebenarnya tapi xde pulak kod lagu tu...belum update lagi kot so ili letak lagu akur janji ni...nothing meaning,hee