Saturday, 24 November 2012

The Step of LoVe

Assalamualaikum w.r.t.

Blue Mosque, Turki.
Nak bercinta?? Sape xnak kan, semua makhluk ciptaan-Nya pasti ada rasa ingin mencintai & dicintai...fitrah terindah kurnia ILAHI. Tapi terlalu ramai yg telah tersalah langkah dlm menyemai & menyuburkan cinta mereka. ALLAH..kalau la mereka tahu akan keindahan yg telah diaturkan oleh Pencipta Cinta nescaya mereka tak akan membazir waktu dgn couple & segala macam yg sewaktu dengannya. Bagi mereka yg belum terjebak dgn dunia cinta insani atau yg baru mula merasai benih-benih cinta dlm hati tu boleh ikut panduan ni, insyaALLAH bermanfaat & sgt berguna utk kita mengurus 'rasa' yg mula bertunas dlm hati masing-masing.

  1. TAK Boleh Couple
  2. TAK Bersentuhan
  3. Menjaga Pandangan Mata
  4. TAK boleh mencintai @ syok yg berlebihan
  5. Elakkan cinta tu hingga boleh membazirkan masa @ harta
  6. Kahwin bagi yg mampu <Cinta paling High Class>
  7. Bermujahadah bagi yg belum mampu & persiapkan diri ke arah Baitul Muslim
Tahu, Mahu, Mampu...Pause, Priority, Pergi...3 ras, 3 K
Nak Kekasih Belum Halal, Kekasih Halal @ Kekasih Halalan Toyyiba...
The choice is yours...ALLAH nak kita Bahagia
Ni antara batas-batas pergaulan dlm bercinta mengikut syarak,
 Islam mempersempitkan yg haram & meluaskan yg halal, Bersabarlah. 
Jaga Hati..Jaga Iman..Love Till Jannah.

ili boleh berbicara tentang cinta dlm pelbagai bentuk tapi bila cinta ili datangi...ili teramat malu pada keterangan ili sendiri. Cinta sendirilah yg menerangkan cinta & percintaan. Setiap orang akan melalui pengalaman cinta yg berbeza...bergantung kepada diri masing-masing, bagaimana mereka 'control' perasaan tu samada untuk ke Jannah atau Jahanam..wallahu a'lam bissawab.

 # Bila debaran ni nak berhenti? 
Sakitnya mujahadah tapi itulah hikmah keindahan-Nya...


Debaran Cinta

Assalamualaikum w.r.t.

Benarkah ini ujian lagi
Berombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan...mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu..

Sempadan cinta yang terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu



Mula2 Flora Cinta lepas tu ayat ni pulak..ALLAH, rasa mcm jantung ili dah lari dari tempat sepatutnya ia berada...nervous sgt3. Dan...sifat ili, bila ada benda2 yg blh buat ili nervous tahap ni <sbnrnya bila masuk soal hati & perasaan je>..mula la x lalu makan, x lena tidur & paling teruk sekarang..langsung tak boleh baring..dup dap dup dap..sesak nafas sakit dada ili,huhu.
Ok..ili cuba utk tidak membayangkan apa2..cuba utk tidak menaruh harapan tapi..arghhh menipu diri sendiri lg..rasa mcm nk demam..rasa sejuk seluruh badan, ingat ALLAH je..kalau betul moga DIA permudahkanlah semuanya...
Dah la seminggu ni mmg x hilang2 debaran tu..mmg btl2 rasa nk demam dah..ingatkan sbb bebanan kerja yg byk tp lepas hantar assignment last tk mgu ni pg tadi rupanya debaran tu tetap ada & makin bertambah2 kelajuannya lepas baca status tu malam ni.

***
Dia tahu...dia faham...dia pandai mengusik..dia bijak dalam tindakannya..
Ya ALLAH, jadikanlah ini nikmat & anugerah terindah dari-Mu bukan satu kehancuran untukku!! Aku ingin selamatkan jaminan akhiratku Ya Rabb..Aku sayang hatiku..
Sungguh2 indah anugerah rasa ini namun jika tersilap langkah walaupun sedikit ia tetap meninggalkan kesan...ili tahu ili x kuat..ALLAH tahu ili x mampu sebab tu DIA aturkan satu perjalanan yg cukup2 indah untuk ili..SubhanALLAH..Maka Nikmat Tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan.
Bagaikan ili mendapat satu hati yg baru...lain sgt..terlalu banyak perbezaan..ili dpt rasakan satu perubahan dlm diri ili, eh bukan satu...byk2 perubahannya,hee.

***
Debaran ini...adakah satu petanda
Debaran ini amat menyakitkan
Timbulnya beribu persoalan
Apa sebenarnya yg sedang berlaku?
Apa yg telah dirancang?
Apa? Apa? Apa?

Ya ALLAH,
Indahnya aturan-Mu
Demi ALLAH..nikmatnya Islam dalam memberi panduan
Seiring fitrah insani..

Beratnya menggalas rasa ini
Panduan wahyu ILAHI menjadi ikutan
Semoga pengakhirannya adalah kebahagiaan yg abadi...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

~wassalam~

Tuesday, 20 November 2012

My Heart Cant Stop Beating

Assalamualaikum w.r.t.

Sahabat ili gtw "Heart beat is involuntary action that we cant control it...you need to face it...and try to control your action but if you cant too just do something like talk and avoid to think of it."
For me as a future engineer "Heart beat can make my heart become more faster and faster and sometime its can design a new experiences that i never expect it before."
How sweet Islam mengharamkan couple andai nikah belum menjadi satu ikatan?
SubhanALLAH...
Bila engineer & doctor mula mengeluarkan statement sastera cam ni la jadinya..
It's look a starting point for me when she sent me the 'Friend' request on that day and start from that time...i being more weird..how myself actually look,haha
Baru introduce kat sister, ili dah jadi mcm apa je...berdebar tak tentu hala dan bertambah debaran tunggu Akak online..kot2 ada interview session with a lot of integration question...pengsan ili~~hee
Agak2 kalau introduce kat parents mcm mana pulak ili...huhu so so nervous..
This is me...bila ada something yg mengusik hati mula la nak speaking bagai..rosak grammar ke apa dah tak kisah dah janji dpt luah,hehe.
Sekarang sibuk dgn isu Gaza kan...ili sedih + cemburu, tak berani nk komen lbh2 tp ili jealous dgn Umat Islam di sana..walaupun mereka setiap saat dihujani peluru oleh tentera Israel tapi peluang utk mereka syahid fisabillah sentiasa terbuka...masyaALLAH...mati dlm keadaan tersenyum..mata memandang ke atas, air muka jernih je..jelas tanda2 kematian yg x akan di hisab...terus ke Syurga, siapa tak cemburu..kita ni mcm mana pulak..muhasabah hati..muhasabah Iman.


ili..sabar..soal jodoh ni, berserah dan redha...andai ada yang sudi..ili terima, seafdhalnya biar ada restu keluarga kedua-dua belah pihak..menyulam cinta dan kasih sebelum ada ikatan yang sah ini..sungguh ili tak berani!! <sbb tu sasau je sejak ada rasa tu kan..:P
Hati ini milik ALLAH, sentiasa berubah-ubah.. mahu dicintai dan menyintai...tapi tak guna harapkan apa2 yang belum pasti...atau terkinja2 raih simpati agar dicintai, asal sahaja ikhlas dan bersungguh dalam usaha mendekatkan diri sebagai hamba yang abadi...maka yakinlah, doa sahaja dipermudahkan urusan nanti, mungkin dia hadir dengan sendirinya..hehee..selamanya Cinta ILAHI~
{copy paste + edited}
Serius berdebar & mmg ili tak expect walaupun cara mcm ni yg ili nantikan dari dulu lg...apa agaknya akan berlaku..apa yg dia dah citer kat Akak..mcm2 ili pk..nantikan next story mcm mana k~~
  #boleh pulak ili tulis entry ni dlm waktu yg sgt2 kritikal skrg...kerja dtg berpusu-pusu..cuti seminggu mmg langsung tak ingat apa, balik kampus baru tahu betapa banyak kerja yg perlukan belaian ili..oh no..ili rasa nak demam dah..dok tenung je kerja..sbb stress langsung xleh buat..ALLAH..i need a strength..

My Heart Cant Stop Beating unless bila ALLAH dah 'panggil' ili.....SENYUM.....

waallahu a'lam bissawab

Friday, 2 November 2012

Kekasih Halalku

Assalamualaikum w.r.t.

Cinta..terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali..padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Ke mana pun kan pasti kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali

Demi Cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu..biarkan aku merasuk dalam hati Cinta


Dah tahu dah...ni lagu citer Adam & Hawa...drama bersiri pilihan ili sekarang, setiap masa up to date with this drama,hehe. Lagu ni ili tuju khas utk jodoh ili...bukan atas nama sesiapa,huhu. Uniknya perasaan ili..boleh menangis..sedih..marah dalam satu masa tapi hanya dgn satu ayat ili boleh senyum tanpa henti. Ceria & riang ria dlm hati mcm x pernah ada masalah. I'm become a weird person now...haha..ili..ili.



Hah...part ni sebenarnya yg nak gtw, Forum Kekasih Halalku bersama Ustazah Fatimah Syarha,huu cant wait that moment, my heart beating faster and faster! Suka sgt karya2 & celoteh Ustazah Fatimah ni. Rela tolak semua program @ meeting @ discussion yg clash dgn program ni...nk g yg ni jgk,haha. Over sgt kalau bab cinta ko ni ili...hee. Cinta la sgt kan...blog ni cm dh xde makna je bila menulis utk diri sendiri & bukan menyebarkan dakwah <harap terbuka pintu hati ili satu hari nanti utk 'available' kan blog ni seperti sebelumnya & pasti & yg pasti ili akan edit entry utk publish hanya certain2 je. Malu sgt3...apa la yg ili dok mengarut lepas2 tu...mmg sgt memalukan. Tak pun, ili akan buat blog baru dgn nama samaran khas utk berkongsi ilmu..insyaALLAH.


Novel Cinta High Class...hopefully berkesempatan utk dapatkan 'ayat-ayat cinta' dari Ustazah malam ni...suruh dia tulis kat novel yg ili beli ni...sweet...huhu. Soalan utk ahli panel pn ili dh sediakan...semangat,haha.




Sekalipun Cinta telah kuuraikan & kujelaskan panjang lebar, Namun jika Cinta kudatangi..aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dgn terang, namun tanpa lidah, Cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kpd Cinta..
Dalam menguraikan Cinta, akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dlm lumpur..
Cinta sendirilah yg menerangkan Cinta & Percintaan...

_wallahu a'lam bissawab_


Tuesday, 9 October 2012

Akhirnya Aku Curang..

Assalamualaikum w.r.t.

Ya ALLAH, kalaulah boleh ku bertukar wajah..ingin saja aku bertukar menjadi orang lain bukan lagi menjadi diriku.
Malunya...Hanya ALLAH saja yg tahu,
Kenapa ili..sampai begitu sekali tindakan yg kau lakukan?
Ke mana prinsip yg aku pegang selama ni?
Di mana ili yg kononnya fobia dengan insan bernama 'Adam'.

Ya ALLAH, terasa hina sangat-sangat-sangat,
Terasa maruahku sudah separuh lenyap,
Terasa hati ili sakit yang amat,
Marah dengan tindakan diri sendiri.

Ya ALLAH, ini rupanya,
Petanda debaran yg tiada henti semenjak beberapa hari yg lalu,
Akhirnya, tangisan & satu hikmah yang cukup besar telah KAU tunjukkan padaku.

Ya ALLAH, malunya diriku,
Menangis hiba bila menghadap-Mu,
Mengalir air mata bila membaca kitab-Mu,
Sayu hati dengan peristiwa hari ini,
Bertambah sayu bila membaca pengertian di sebalik Surah yg di alun,
Hanya kerana satu ayat...

Ya ALLAH, untuk sekian kalinya,
Aku tunduk pada bisikan itu,
Dan aku mohon tiada lagi untuk yg seterusnya,
Cukuplah... 

I cannot be the same like before...maybe not for this time. Sungguh kalau ALLAH mengubah aku untuk menjadi orang lain ketika ini aku rela..aku sanggup. Malu...impian muslimah solehah yg ku idamkan seolah diuji dengan hentakan batu amaran agar aku lebih istiqamah akan tujuan sebenar hidup ini.
Sungguh aku tidak layak untukmu & aku tak mungkin meletakkan kepercayaan hati kepada insan bernama 'Adam' lagi...not for this time.

Maafkan ili duhai bakal suamiku sebab ili curang sebelum masanya...ili bermain 'cinta yg ala islamik padahal dalam masa yg sama ili bertegas dgn prinsip 'No Couple until Married'. Maafkan ili sebab tersilap memberi hati pada insan yg belum tentu menjadi suami ili. Tiada kata yg dapat menggambarkan betapa ili malu dgn apa yg berlaku...sungguh-sungguh malu tapi kisah itu tetap & telah menjadi salah satu rentetan jurnal hidup ili. 

Maafkan ili...that is me..seorang yg sangat beremosi & terlalu mengikut kata hati.

ili...Pesan pada diri, Jangan tersalah memberikan HATI pada insan yang tak sudi..pada insan yang tak mengerti kerana sekali kau memberi selamanya dia di HATI.
Apabila sekali kau dilukai sampai bila-bila tetap kau akan ingati.

ili...pesan pada diri, berhati-hatilah dalam memberikan HATI. Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai sebab nilai sekeping HATI amatlah tinggi.
Jangan sampai membuat HATI terasa dinodai...that is so true.

"ALLAH tidak menjadikan bagi seseorang mempunyai dua Hati dalam rongga dadanya." <Surah Al-Ahzab ayat 4>

ALLAH menjadikan satu Hati untukku dan akanku serahkan hati ini hanya pada yang berhak memilikinya, 
Nilai sekeping Hati ini amatlah tinggi dan aku tak kan sesekali memberi kebenaran untuk Hati ini dinodai,
Kesilapan itu cukuplah sekali...Kenangan itu cukuplah sekali,
Terima Kasih untuk pengalaman ini.

Kisah ini bukan kisah nyata atau untuk dinyatakan. Sorry..ili terasa seorang yg sangat hipokrit bila bercakap x serupa bikin..hanya pandai memberi nasihat sedangkan diri sendiri yg melanggar perintah bersyarat yg telah ALLAH Agungkan hanya untuk kaum wanita tu.
Sekian...wassalam.

**menulis sambil menangis..boleh? Biarla untuk malam ni je,huhu. Kalaulah lelaki tahu betapa sensitifnya perasaan wanita & fitrah ili...hati ili tak kuat untuk menidakkan situasi tu...