Saturday, 21 April 2012

Aku Bukanlah Untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mula mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon & meminta Hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya...untuk diriku



USM Kampus Kejuruteraan???
Sapa yg x kenal ili mesti x sangka penulis blog ni bakal jurutera rupanya, ingatkan seorang penulis @ sasterawan @ yg sewaktu dengannya...yalah kan, tulisan dlm blog ni semuanya guna ayat bunga2,,,mengalahkan penulis novel terkenal. Dah tu nama blog pn ala bunga2 jgk...ok terimalah kenyataan yg ili & ayat bunga2nya x dpt dipisahkan,haha.

"Saling berpandangan tanpa suara...Hanya kesunyian yg menemani dua Hati yg sedang menanggung derita, dua keping Hati yg melirih hiba & dua keping Hati yg saling mencintai dalam diam..."


Nah..ambik ni, lagi ayat bunga2 dari ili,hehe. Ayat ni ili ambik dari novel hadiah birthday dr Adik ili hr tu..Novel Jodoh itu Milik Kita. Baca novel ni cm baca kisah diri ili sendiri je <<ter'over' perasan jap>...thanks My Dear Sis..pandai pilih novel tk kakak, suka sgt novel ni,huhu.


"Aku Bukanlah Untukmu Sebab Belum Tentu Kau Jodohku"


Friday, 20 April 2012

Telah di Khitbah & akan Menikah

Assalamualaikum w.r.t..
Alhamdulillah...diriku telah di lamar & akan menjalani detik Pernikahan tdk lama lg.
Al-kisahnya.....

************************


Ana telah di khitbah...     wahai hati........kuatkan diri..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu ana sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, ana berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat ana , meletakkan ana kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
ana hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. ana tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. ana bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, ana bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga ana bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
ana bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, ana juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, ana bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. ana hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi ana juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar ana sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. ana hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana ana belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, ana tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya ana jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
ana menjawab tenang..
"Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, ana menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari ana sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali ana ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja ana menangis semahunya tetapi sudah ana ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana ana akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan ana terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, ana semakin banyak mengulang al-Quran. ana mahu sebelum tibanya hari yang ana nantikan itu, ana sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan ana tenang... As-Syifa' ana adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah ana menanti. Benar, ana sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
ana tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa ana sudah bertunang, kebenarannya itu antara ana dan keluarga.
"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, ana senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. ana tersenyum lagi.

Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"
ana hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu ana zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai ana sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan ana dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang ana habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana ana mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila awak menikah?"
Ana tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."

Ana masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan ana sengaja tetapi memang benar ana sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput saya tau!"

Anis tersenyum megah.
"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"
Itu saja pesanku. Ana juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu ana tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu ana menyiapkan diri sebaiknya. Untung ana dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain...


Semuanya ana sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan ana katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Jom makan!"
Ana tersenyum lagi... Akhir-akhir ini ana begitu pemurah dengan senyuman.

"Sila-sila, ana puasa."
:)

Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, ana tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan ana sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Ana juga menanti dengan penuh debaran, moga ana bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan ana, itu sahaja.
******************
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan ana pada ibu.

Akhirnya, ana selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun ana tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan ana kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang ana rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Mardhiah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."
Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya."
Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.


************************************
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."
** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~



  • Ana dlm kisah ni bukan ili...
  • Edited from: iluvislam
  • c/p from: blog seorang sahabat
Di Lamar oleh Maut...Renungkan..kita nt sempat ke di khitbah??



Monday, 16 April 2012

Sesaat Kau Datang

Sesaat kau datang
Sesaat kau hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau mendekat
Kau menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i don't love you
I just don't want to hurt you
I can't let go of all the good times we share together

I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yg ku semat dijiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yg telah kita bina

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Kerana aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku harap ada karma
Yang datang kepadamu...kepadamu


1st time dgr lagu ni, ili cuma tw lagu ni best & i like this song sbb muzik dia yg sesuai dgn jiwa ili tapi bila search kat utube..tgk video klip sbnar..mula hayati lirik dia sikit2..hati brdetak...Ya ALLAH..kebetulan yg bagaimana ini. Dan saat tu..ili mula sedar sesuatu, mmg byk kebetulan dlm hidup ni samada kita sedar ataupun x dan x mustahil kadang2 kebetulan yg sama jgk akan berlaku kpd orang lain.

"Perempuan yg suci adalah perempuan yg di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pn ALLAH m'benarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana ALLAH teramat mencintainya.  Tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki di mana ALLAH utk menjaga kita?? ALLAH seperti melepaskan kita kpd seorang manusia yg lebih banyak mengecewakan kita. Jika ALLAH datangkan kesedaran  dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali utk di 'jaga'-Nya."

Bila renung ayat ni...ili sendiri pn terasa pedihnya, sampai mcm tu sekali ALLAH menjaga seorang perempuan suci itu sehinggakan hatinya pn tdk trsentuh dgn cinta mana-mana lelaki tapi masih ada lg @ x perempuan sesuci ini dalam realiti sekarang...mungkin ada tapi semestinya 'dia' bukan ili. Oh lemahnya hati ini Ya Rabb!!
Lelaki yg dimaksudkan mestilah lelaki yg bukan mahram bagi perempuan tu...kalau suami lain citer.




Wahai kaum Adam..bakal Imam ku, kami...bukanlah kaum Hawa yg lemah tapi kami punya kelembutan yg sangat mudah terusik dgn kata-kata..tingkahmu. Air mata kami bukan utk menagih simpati darimu tapi simbol kekuatan dalaman kami. Kami memiliki sekeping hati yg mengharap akan hadirnya Cinta, Sayang & Kasih dari seorang insan yg akan menjadi pelindung kami..'cikgu' kami utk ke Syurga..pemilik tulang rusuk kiri kami.



Untukmu Sahabat...kuatkan hati, ALLAH xkn memberi ujian di luar kemampuan hamba-Nya & setiap yg berlaku tu ada hikmahnya yg tersendiri. DIA lepaskan yg baik kerana DIA ingin memberi yg lebih baik. Dan ingatlah...tulang rusuk tu xkn pernah tertukar dgn yg asal...Macam mana kita tahu dia lah sebenarnya pemilik tulang rusuk kita adlh bila mana lafaz ijab kabul mengikat kita dgn jodoh kita...ketika itu kita tahu...hanya dia & dialah pemilik tulang rusuk itu. Saat tu...berusahalah utk berbakti, memberikan yg terbaik utknya krn pada dialah terletaknya Syurga kita.




Indahnya aturan ILAHI, kita menghadapi cabaran, masalah, kegembiraan dll tapi bila kita kembali Redha & ingatkan diri pada Hikmah ketentuan-Nya mesti kita akan sentiasa tersenyum walaupun menghadapi ujian yg paling sukar.:-)


Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yg rimbun
Bertemu dahan yg rapuh
Tempat ku berteduh

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu

Di Hati kecil..ku Menaruh Harapan...

<petikan lagu menaruh harapan>

ili rasa malu sgt dgn diri sendiri...berdoa pada-Nya memohon seorang suami yg soleh tapi ili...gelaran solehah tu masih teramat jauh dr ili. Namun, doa..mintalah yg baik dgn ALLAH tanpa jemu, andai ditakdirkan jodoh kita nt tidak spt yg kita harapkan..Redhalah krn pilihan ALLAH adalah yg paling tepat, mungkin hadirnya dia sbg pelengkap kekurangan yg ada pada diri kita & kita..cubalah utk melengkapi kekurangan yg ada pada dirinya semampu mungkin.



Betul kata seorang sahabat ili...Gerak Hati tdk akan pernah menipu 
Tapi Nilailah Gerak Hati itu dgn pandangan Islam bukan pandangan syaitan...



Sunday, 15 April 2012

Cinta, Sayang & Rindu

Cinta itu akan lahir even sebelum kita kahwin dgn Jodoh kita lagi cuma bergantung pada cara kita lafaz dan semaikan ia, di situlah kita selalu keliru...rasa Sayang & Rindu tu dah ada sebenarnya sebab tu orang kata Cinta itu Fitrah Insani & setiap yang lahir di muka bumi ini telah ditanamkan dalam hatinya rasa ketuhanan & Cinta cuma dugaan cinta kpd manusia boleh membawa kita kpd dua jalan...Jalan Neraka @ Jalan Syurga.




Bila ia halal tk kita...perasaan akan jadi lain sgt..Bahagia yg di rasa sukar di gambar dgn kata-kata..Rindu bila berjauhan..nak bagi yg terbaik untuknya..Andai Suratan Takdir..saat itu akan tiba jua.

Dipetik dari 'mesej' seorang teman.:-)

Cinta ALLAH, Cinta Rasul & Simpan Cinta hanya utk org2 yg berhak memilikinya...
Simpan Sayang & Rindu utk org2 yg anda Sayang...


Saturday, 14 April 2012

Seruan Hatiku

Hanya padamu
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir mengharapkanmu
Hanya padamu & jiwaku padamu
Wahai kasihku, usia kita...usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta, sebenar-benar Cinta

Hatiku di sini
Keindahanmu milikku
Jadi bersatu
Hatiku memanggil
Harapkan kau sentiasa kekal
Hanya dirimu

Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini & bersama
Air mataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau di sisi bersamaku selamanya

Katakanlah kepadaku
Diri ini sekian lama mengharapkan
Hati ini, Perasaan ini
Bersama Hati & Perasaanmu...

Eh, Baby...ala comel-comel !!!

**Seruan Hatiku..Khas buat mereka yg meminati lagu 'Albi Nadak'.**

_Jagalah Hatimu & aku akan Jaga Hatiku_