Assalamualaikum w.r.t.
Semalam, jalan-jalan kat pulau dgn ex-roomate...Iman & Ain <ini semua gara2 projek mechatronics yg buat ili pening & akhirnya terdampar di pulau tu...kononnya..padahal mmg nak berjalan kan ili,isy3. Mula2 lepak di usm induk..shoot kat view plg cantik kat sana..xleh la share gambar2 tu..gambar ili eksklusif ok..hanya utk tatapan org2 tertentu je,haha. After photoshoot kat sana terus pergi Queensbay..sambung bergambar lg,hee. Malam tu lepas dinner, meronda dekat kedai buku...betapa excitednya ili masuk Popular tu..eeee...kalau la ada duit lebih mmg x sayang nak borong buku2 tu semua. Dan perkara paling sedih adalah...mampu snap photo je buku tu..x terdaya nak beli..sadis,huhu. Lepas snap gambar tiba2 datang pak guard jenguk kat rak buku tempat ili berdiri & senyum kat ili. Mesti dia nampak kat cctv ili curi ambik gambar buku2 tu,haha.
Antara buku yg menarik jiwa ili semalam...weee::
Cinta bukan paksaan...
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan...
"Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki."
Cinta merupakan perkara yg dianjurkan dalam Islam, tidak ada satu pun nas yg melarang cinta..bahkan cinta adalah dasar bagi agama. Rasulullah SAW sendiri mencintai Aisyah dengan memanggilnya Humaira (isteri yg memiliki pipi kemerah-merahan).
Dipanggil demikian kerana wajahnya nampak kemerah-merahan di saat marah. Rasulullah SAW memberikan kasih sayang dgn motif cinta. Dan cinta yg telah menimpa manusia tidak perlu dikurangi atau dirosak, kerana cinta adalah hal yg manusiawi. Para sahabat juga mengalami percintaan, begitu juga para pengikutnya.
Cinta merupakan bentuk penyatuan rasa rindu hati dan jiwa sebelum penyatuan fizikal.
"Dengan terakadnya kita...akan selalu kujunjung kasihmu, mendoakan kesejahteraanmu, mentaatimu dan menghormatimu, wahai suamiku. Akan kuletakkan erti cintamu di mahkota wanitaku. Dikaulah pemimpinku, imamku, mursyidku, sahabat sejatiku, wahai khalifahku..."
Ok..ni je yg sempat snap..kalau selongkar lagi mesti banyak lagi buku2 yg buat ili tergoda,haha. Banyak buku ttg cinta sebab...ili tgh cari hadiah utk akak senior yg baru kahwin <jangan percaya alasan ni>..terasa nak bagi hadiah buku...hopefully dia suka hadiah yg ili pilih ni.
Pesan kat Iman..kalau nak beli hadiah apa2 utk ili..x payah pening2 fikir nak bagi hadiah apa..ili paling suka kalau org bg buku..walaupun ada beberapa lg buku yg ili beli dan x sempat baca pn lagi tapi masih terasa nak tambah koleksi,hehe.
~wassalam~
No comments:
Post a Comment